Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial


Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan, Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat tiga kes melibatkan penularan kandungan video di aplikasi TikTok yang mempunyai unsur hasutan, penghinaan dan permusuhan serta peniruan gaya majlis istiadat diraja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5.
Beliau berkata kes pertama melibatkan seorang bekas penjawat awam yang menggunakan akaun TikTok miliknya untuk membuat komen berunsur hasutan serta penghinaan terhadap kerajaan dan pemimpin negara.
“Kes kedua pula melibatkan seorang lelaki yang menggunakan akaun TikTok miliknya yang didapati memuat naik hantaran mempertikaikan kerajaan dalam menangani insiden di Kampung Sungai Baru, yang berkemungkinan mencetuskan permusuhan antara kumpulan dalam negara.
“Kes ketiga pula melibatkan penularan video memaparkan satu keluarga yang berpakaian serba kuning dan bertengkolok seperti gaya istiadat kerabat diraja dalam satu majlis akikah yang dipercayai menyalahgunakan lambang diraja,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) dan Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
Beliau berkata ketiga-tiga kes membabitkan penyalahgunaan media sosial yang boleh menimbulkan hasutan, penghinaan dan permusuhan dalam kalangan masyarakat.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan PDRM akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang terbabit.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruang awam mahupun media sosial,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Tiga Individu Disiasat Hantaran Berunsur Hasutan, Tiru Gaya Istiadat Diraja Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/16/tiga-individu-disiasat-hantaran-berunsur-hasutan-tiru-gaya-istiadat-diraja-di-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Penjawat Awam Antara 3 Disiasat Kes Penularan Video Berunsur Hasutan Dan Penghinaan Di Tiktok

Bekas Penjawat Awam Antara 3 Disiasat Kes Penularan Video Berunsur Hasutan Dan Penghinaan Di Tiktok

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1877 hits
Bekas penjawat awam antara 3 disiasat kes penularan video berunsur hasutan dan penghinaan di TikTok Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar S Muthuvelu Foto NSTP Saifullizan Tamadi KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia menja...
Chegu Bard Ditahan Berkaitan Ceramah Berunsur Hasutan Berhubung Institusi Diraja

Chegu Bard Ditahan Berkaitan Ceramah Berunsur Hasutan Berhubung Institusi Diraja

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 720 hits
Chegu Bard Ditahan Berkaitan Ceramah Berunsur Hasutan Berhubung Institusi Diraja KUALA LUMPUR 6 Sept Polis menahan seorang aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard malam tadi bagi membantu siasatan berhubung video tular di med...
Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial

Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 726 hits
Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Menyentuh Mempamerkan Anjing Di Media Sosial Terdapat pelbagai perbezaan pandangan di dalam kalangan ulama mengenai hukum memelihara anjing Namun begitu Islam tidak menafikan kepentingan haiwan itu dalam kehidup...
Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

Pengikut Media Sosial Naik Selepas Jadi Pembawa Dulang Majlis Kahwin Amira Fattah Anzalna Nasir

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2809 hits
Original Content Pelakon popular Anzalna Nasir mendedahkan jumlah pengikutnya di media sosial semakin meningkat selepas tampil anggun sebagai pembawa dulang hantaran pada majlis perkahwinan pasangan sensasi Amira Othman dan Fattah Amin yang...
Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial

Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1130 hits
Inkues Zara Ditangguh Koroner Kecewa Penyataan Saksi Tersebar Di Media Sosial KOTA KINABALU 19 Sept Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mendengar inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini meluahkan kekecewaan selepas dimaklu...
Tular Di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol Yang Baru

Tular Di Media Sosial Mesin Terminal Pengesahan Subsidi Petrol Yang Baru

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1831 hits
Views 2 Kita dah masuk zaman AI tak kanlah nak beratur lagi macam zaman 90an Tak dipastikan kesahihannya tapi dalam video yang lain dengan mesin yang sama individu dalam video beberapa kali menyebut ia adalah sistem pengesahan untuk BUDI Pa...
Vslim Disahkan Selamat Oleh Kkm Usahawan Vdare Healthy Beauty Bangkit Lawan Fitnah Media Sosial

Vslim Disahkan Selamat Oleh Kkm Usahawan Vdare Healthy Beauty Bangkit Lawan Fitnah Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 4132 hits
Assalammualaikum semua Industri kesihatan dan kecantikan di Malaysia sentiasa berkembang dengan pelbagai produk baharu yang membantu masyarakat menjaga penampilan dan keyakinan diri Namun dalam dunia digital hari ini cabaran besar bukan sah...
Hak Menulis Di Media Sosial

Hak Menulis Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 2480 hits
Hak Menulis di Media Sosial Monolog Jiwa JMBELOG Hak Menulis di Media Sosial Monolog Jiwa Refleksi puitis tentang kebebasan dan tanggungjawab menulis dalam ruang digital Menulis di media sosial adalah hak setiap individu Ia ruang untuk melu...
Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini

Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1161 hits
Australia Larang Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Mula Disember Ini Kerajaan Australia akan menguatkuasa perintah yang melarang kanak kanak di bawah usia 16 tahun daripada memiliki akaun media sosial bermula 10 Disember ini Menurut satu pa...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Padang Besar Here We Come Part 1

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

Strawberry Smoothie

Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Super Junior Rai Ulang Tahun Ke 20 Di Kuala Lumpur Menerusi Super Show 10

Selamat Datang November

Delicious Recipe Of Beef Haleem

Lirik Lagu Melukis Senja Fynn Jamal

Ungu Prinsa Mandagie Laguku Chord

Doa 1 November 2025