Tidak Mustahilkah Anwar Muhyiddin Dan Najib Bersatu Semula



Dua tahun sebelum memecat Anwar Ibrahim pada 1998, Tun Mahathir Mohamad telah mengambil langkah berdamai dengan Tengku Razaleigh Hamzah atas nama perpaduan Melayu
Perdamaian pada tahun 1996 yang diaturkan oleh taikun Ananda Krishnan itu kemudian disusuli dengan pembubaran Semangat 46 dan penyertaan beramai-ramai ahlinya ke dalam UMNO
Peristiwa itu adalah detik bersejarah kerana sebelum itu pada 1987, Tengku Razaleigh atau Ku Li hanya kalah 43 undi kepada Tun Mahathir bagi pertandingan jawatan Presiden UMNO setelah melalui persaingan yang sengit dan kempen memburuk-burukkan antara satu sama lain yang paling parah dalam sejarah
Pertandingan itu berlarutan sehingga ke mahkamah dan seterusnya UMNO diharamkan pada 1988, disusuli dengan penubuhan UMNO Baru oleh Tun Mahathir
UMNO Baru yang ditubuhkan Tun Mahathir melarang sama sekali Ku Li dan pengikutnya daripada menyertai parti itu
Ku Li dengan itu menubuhkan Semangat 46 untuk meneruskan perjuangan menentang Tun Mahathir dengan asas utamanya adalah untuk menghidupkan semula UMNO yang telah diharamkan dan memulihkan negara daripada pelbagai kerosakan ekonomi serta amalan rasuah yang didakwa berleluasa
Dalam era bermusuh dengan Ku Li, dua PRU selepas itu iaitu pada 1990 dan 1995, ia telah dimenangi dengan bergaya oleh Tun Mahathir, walaupun Ku Li hampir membuat kejutan pada 1990 sebelum beliau ditumpaskan oleh isu tengkolok salib yang dipakainya
Hanya pada 1998 apabila Anwar dipecat, barulah disedari tindakan Tun Mahathir berdamai pada 1996 itu bukanlah untuk penyatuan Melayu, tetapi untuk mengelakkan dua musuhnya – Ku Li dan Anwar berpadu tenaga untuk menentangnya
Jika Ku Li tidak diajak berdamai, tentulah mustahil Tun Mahathir berani memecat Anwar kerana penggabungan mereka, ditambah dengan penyertaan Pas yang dipimpin oleh Fadzil Noor ketika itu, ia bila-bila masa boleh mewujudkan gelombang kebangkitan yang mampu mengakhiri hayat politiknya selaku Perdana Menteri
Tetapi, oleh kerana Semangat 46 sudah dibubarkan dan Ku Li sudah kembali ke pangkuan UMNO, memecat dan mendepani kesan pemecatan Anwar itu tidak sukar dihadapi oleh Tun Mahathir
Yang nyata, mengajak Ku Li kembali menyertai UMNO atas nama perpaduan Melayu dan kemudian memecat Anwar memperlihatkan Tun Mahathir tidak mampu menghadapi dua musuh secara serentak dalam waktu sama
Selepas memecat Anwar pada 1998 dan kemudian memenjarakannya, PRU seterusnya pada 1999 juga dimenangi oleh Tun Mahathir sebelum beliau mengumumkan persaraannya pada 2003
Selepas berjaya menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya bermusuh pula dengan Najib Razak, apabila beliau mengumumkan untuk kembali ke dunia politik pada 2015 dengan tujuan untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu, Tun Mahathir sekali lagi menggunakan taktik yang sama iaitu berbaik semula dengan musuh lamanya, Anwar kerana tidak mahu ada dua musuh yang perlu dihadapinya secara serentak
Tindakan Tun Mahathir mengunjungi Anwar di mahkamah pada 2016 menandakan bermulanya detik mereka berbaik semula yang berlaku di tengah-tengah spekulasi bahawa Najib, Perdana Menteri ketika itu mungkin membebaskan Anwar lebih awal daripada penjara
Dengan berbaiknya Tun Mahathir dan Anwar itu, PH akhirnya berjaya menumbangkan UMNO, Najib dan BN, sekaligus menjadikan Tun Mahathir berjaya menjadi Perdana Menteri buat kali kedua
Sekarang, dengan kacau-bilau politik yang berterusan disebabkan perlakuan Tun Mahathir – bermula dengan melengah-lengahkan janji peralihan kuasa, merancang kekacauan dalam PH sehingga ia tumbang, tertubuhnya kerajaan PN dan kerakusan ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi – tiga musuhnya telah wujud secara serentak
Mereka ialah Najib, Anwar dan Muhyiddin, malah Ku Li juga boleh dikira sebagai musuh Tun Mahathir juga sekarang ini
Najib secara terang-terang sedang melawan Tun Mahathir dengan pelbagai serangan melalui media sosial sehingga banyak pendedahannya tidak mampu dibalas, Anwar enggan lagi bekerjasama dengannya melalui PH, manakala Muhyiddin melakukan tindakan secara diam dalam menghakis pengaruh Tun Mahathir daripada Bersatu
Mengimbau sejarah, gabungan Anwar, Muhyiddin dan Najib inilah yang membentuk Team Wawasan pada pemilihan UMNO 1993 dahulu yang bermulanya ancaman terhadap Tun Mahathir sehingga beliau bertindak memecat Anwar pada 1998
Kalau pun tidak sekarang atau dalam waktu terdekat ini, melihat kecelaruan politik yang berlaku hari ini, adalah tidak mustahil ketiga-tiga mereka ini perlu bersatu semula di masa akan datang nanti
Bahkan, khususnya untuk menenggelamkan kacau ganggu politik yang dicetuskan oleh Tun Mahathir, penyatuan semua Team Wawasan ini adalah keperluan yang tidak dapat dielakkan lagi
Oleh kerana Tun Mahathir sudah menunjukkan teladan berbaik dan bermusuh adalah halal untuk kepentingan politik, maka untuk tujuan yang lebih murni iaitu menghilangkan kacau ganggu yang ditimbulkannya dalam politik negara, ketiga-tiga mereka ini juga harus meneroka sama kemungkinan ke arah itu. (Shahbudindotcom 02/07/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/tidak-mustahilkah-anwar-muhyiddin-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Akujanji Anwar Sokong Muhyiddin Palsu Saifuddin

Surat Akujanji Anwar Sokong Muhyiddin Palsu Saifuddin

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 730 hits
Diterbitkan Hari ini 1 31 pmSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan surat akujanji yang menggambarkan presiden partinya Anwar Ibrahim menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia Palsu kata Saifuddin...
Perlukah Muhyiddin Bersatu Kembali Ke Pangkuan Umno

Perlukah Muhyiddin Bersatu Kembali Ke Pangkuan Umno

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 381 hits
Kemelut dalaman Bersatu dan kekuatan parti serpihan Umno itu menjadi perhatian terutamanya dari keupayaannya mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama sekutunya Umno PAS GPS dan parti dari Sabah Ketika Umno dan BN mem...
Muhyiddin Sudah Memberitahu Pemimpin Bersatu Supaya Bersedia Kemungkinan Pilihanraya Mengejut Akan Diadakan

Muhyiddin Sudah Memberitahu Pemimpin Bersatu Supaya Bersedia Kemungkinan Pilihanraya Mengejut Akan Diadakan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 375 hits
MUHYIDDIN AKAN BUBAR PARLIMEN SEBELUM BELIAU DIJATUHKAN KATA PEMIMPIN BERSATU Shahbudin Husin Pagi tadi saya berkesempatan berbual agak panjang dengan seorang pemimpin yang menjadi Ahli MPT Bersatu Pusat Beliau adalah Ahli MPT yang pro kepa...
Kejutan 13 Julai Anwar Bakal Sokong Muhyiddin

Kejutan 13 Julai Anwar Bakal Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 1895 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepercayaan terhad...
Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 337 hits
Anwar Ibrahim PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepe...
Najib Pm Semula Idaman Umno

Najib Pm Semula Idaman Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 377 hits
Idea ini mungkin umno boleh menang besar di PRU15 dan PRK Chini No wonder Anwar tak dapat sokongan Sarawak
Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2 Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin

Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2 Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 539 hits
Sekarang ini sudah jelas lagi bersuluh Matlamat Dr Mahathir di penghujung karier politik dan mungkin juga di penghujung nyawa hanya 2 iaitu sekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri dan naikkan Mukhriz aka Boboi sebagai Perdana Mente...
Muhyiddin Cuba Bebaskan Najib Dari Segala Tuduhan Dapat Bertanding Pru15

Muhyiddin Cuba Bebaskan Najib Dari Segala Tuduhan Dapat Bertanding Pru15

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 235 hits
Ramai yang menasihat saya supaya sokong dan bekerjasama dengan Perdana Menteri MuhyiddinIngin saya jelaskan kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin Dia bersama dengan saya dan beberapa kawan lain menubuh Parti Pribumi Bersatu M...
Najib Troll Dr M Tak Boleh Kerjasama Dengan Muhyiddin

Najib Troll Dr M Tak Boleh Kerjasama Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 470 hits
Najib Razak hari ini secara menyindir Dr Mahathir Mohamad berhubung alasan tidak dapat bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Najib dengan sinis memuat naik tangkap layar artikel disiarkan Malaysiakini dengan kapsyen kenapa mer...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya