Kejutan 13 Julai Anwar Bakal Sokong Muhyiddin


30/06/2020

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepercayaan terhadap beliau pada sidang Parlimen, 13 Julai nanti.

Penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sokongan diberikan Anwar itu susulan kekecewaan beliau terhadap tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat berulangkali menafikan hak beliau sebagai calon Perdana Menteri bagi blok pembangkang selain peralihan sokongan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) kepada kumpulan Dr Mahathir.

Melalui perubahan sokongan kepada Muhyiddin, Ahmad Atory mendakwa Anwar akhirnya dapat menggagalkan rancangan Dr Mahathir menjadikan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri bagi blok pembangkang kelak.

“Sebenarnya jika Dr Mahathir tidak meletakkan Mohd Shafie sebagai calon Perdana Menteri, Anwar mungkin berpeluang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Muhyiddin susulan ada segelintir ahli Parlimen daripada UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) difahamkan cenderung menyokong beliau.

“Dr Mahathir menyedari hakikat itu dan terpaksa mencalonkan Mohd Shafie untuk menggagalkan Anwar walaupun beliau menyedari tindakan itu akan memecahbelahkan blok pembangkang iaitu Pakatan Harapan Plus (PH Plus).

“Kini, Anwar dipercayai menjalinkan ikatan kerjasama secara ‘senyap-senyap’ dengan Muhyiddin bagi menggagalkan pula usaha Dr Mahathir mengangkat Mohd Shafie sebagai Perdana Menteri PH Plus dan situasi ini pastinya memberi kelebihan kepada Muhyiddin,” katanya merujuk sumber Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas situasi terkini hala tuju Anwar selepas Presiden PKR itu dilihat seolah-olah disisihkan DAP dan Amanah yang lebih cenderung menyokong Dr Mahathir dalam menentukan calon Perdana Menteri bagi gabungan blok pembangkang ketika ini.

Terkini, Dr Mahathir mencadangkan Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah sebagai calon Perdana Menteri baharu bagi blok PH Plus, dengan Anwar dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dicalonkan bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Cadangan itu dikatakan mendapat sokongan DAP dan Amanah, bagaimana pun kedua-dua parti itu menegaskan perlu membincangkannya di peringkat dalaman dan Majlis Presiden PH terlebih dahulu.

Pertemuan kontroversi Ahmad Atory berkata, peralihan sokongan Anwar kepada Muhyiddin turut disebabkan pengaruh Anwar dalam partinya sendiri, PKR dilihat semakin terhakis dengan ramai ahli dan penyokong parti bertindak keluar daripada parti itu dari masa ke masa.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan DAP dan Amanah kini melihat Dr Mahathir lebih berpengaruh dan berkemampuan daripada Anwar dalam usaha mengambil alih semula kerajaan daripada tangan Perikatan Nasional.

Muhyiddin
“Atas sebab itu, Anwar dilihat sudah mula bermesra dengan Muhyiddin untuk mewujudkan pakatan baharu dengan pertemuan kontroversi beliau bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini seolah-olah mengesahkan perkara itu.

“Bagaimanapun, saya berpandangan Muhyiddin masih memerlukan UMNO, Pas dan kumpulan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang dijangkakan diadakan pada bila-bila masa.

“Justeru, sejauh mana hubungan kerjasama antara Muhyiddin dan Anwar dapat dikekalkan selepas persidangan Parlimen akan datang adalah bergantung kepada strategi Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU15,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia, Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman tidak menolak kemungkinan teori kerjasama Anwar dan Muhyiddin benar-benar akan berlaku susulan kedua-duanya merupakan kawan lama dan mempunyai pengaruh tersendiri dalam parti masing-masing.

Menurutnya, Anwar menerusi partinya, PKR boleh membantu mengukuhkan blok Perikatan Nasional diterajui Muhyiddin susulan mempunyai bilangan ahli Parlimen antara teramai selain dianggap parti pelbagai kaum.

“Sekiranya kerjasama itu benar-benar berlaku, maka margin Muhyiddin mengekalkan jawatan Perdana Menteri dapat dikekalkan sampai penghujung penggal pentadbiran kerajaan tanpa perlu mengadakan PRU15 secara mengejut.

“Kemungkinan kerjasama itu berlaku ada asas kerana keadaan politik sekarang sangat cair dengan mana-mana parti tidak berpaksikan pada satu-satu ‘tiang seri’ sahaja. Dalam bahasa politik mudah, kebanyakan pemimpin politik bermain banyak ‘kolam’ pada ketika ini,” katanya.

Namun, Abdul Aziz menolak kemungkinan Muhyiddin bakal mengadakan PRU mengejut dalam masa terdekat susulan kedudukan Bersatu pada ketika ini dilihat sangat lemah.

Selain itu, beliau menegaskan kerjasama Perikatan Nasional di antara UMNO, Pas dan Bersatu masih belum dapat dimuktamadkan dengan UMNO dan Pas dirasakan lebih selesa bergerak di bawah panji Muafakat Nasional.

Mahathir
Pengaruh Azmin“

Bagaimanapun, masalah dalaman UMNO yang kini mempunyai empat fraksi terdiri pasukan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohammad Hasan dan Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka memberi kelebihan kepada Muhyiddin untuk merundingkan bentuk kerjasama lebih menguntungkan Bersatu,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub menyifatkan bentuk kerjasama di antara Anwar dan Muhyiddin sukar direalisasikan kerana Muhyiddin dilihat masih memerlukan pengaruh Mohamed Azmin untuk mengukuhkan Bersatu.

Menurutnya, Muhyiddin juga harus berasa sangsi dengan tindakan Dr Mahathir yang masih menyenaraikan nama Anwar dalam senarai Kabinet bayangan PH Plus walaupun Presiden PKR itu secara terbuka menolak cadangan beliau.

“Isu perseteruan Anwar dan Mohamed Azmin sangat jelas selama ini, jadi adakah Mohamed Azmin akan bersetuju sekiranya Muhyiddin hendak mengadakan kerjasama politik dengan Anwar selepas ini?

“Satu lagi persoalan, adakah UMNO dan Pas bersetuju untuk terus kekal dalam Perikatan Nasional sekiranya Anwar dijemput menyertai pakatan itu?

“Bagi saya, ini adalah antara bentuk persoalan rumit yang mungkin menyaksikan kerjasama Anwar dan Muhyiddin gagal direalisasikan,” katanya

Berita penuh:
https://www.sinarharian.com.my/article/90016/BERITA/Politik/Anwar-bakal-sokong-Muhyiddin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/kejutan-13-julai-anwar-bakal-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

Anwar Bakal Sokong Muhyiddin Pkr Kemungkinan Rakan Baru Pn

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 331 hits
Anwar Ibrahim PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diramalkan bakal menerima sokongan tidak disangka daripada Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukannya dalam mendepani usul undi penentuan kepe...
Surat Akujanji Anwar Sokong Muhyiddin Palsu Saifuddin

Surat Akujanji Anwar Sokong Muhyiddin Palsu Saifuddin

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 720 hits
Diterbitkan Hari ini 1 31 pmSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan surat akujanji yang menggambarkan presiden partinya Anwar Ibrahim menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Malaysia Palsu kata Saifuddin...
Poco M2 Pro Disahkan Sokong Pengecasan Pantas 33w Bakal Diperkenalkan Pada 7 Julai Ini

Poco M2 Pro Disahkan Sokong Pengecasan Pantas 33w Bakal Diperkenalkan Pada 7 Julai Ini

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 358 hits
Sekian lama berteka teki dan membiarkan persoalan mengenai tarikh pelancaran Poco M2 Pro Kini Poco telah menamatkan segala spekulasi dengan mengumumkan bahawa peranti tersebut akan muncul secara rasmi di India pada 7 Julai ini Pengumuman te...
Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2 Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin

Matlamat Dr Mahathir Dalam Politik Cuma 2 Sekat Anwar Dan Naikkan Mukhriz Tindak Balas Anwar Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 534 hits
Sekarang ini sudah jelas lagi bersuluh Matlamat Dr Mahathir di penghujung karier politik dan mungkin juga di penghujung nyawa hanya 2 iaitu sekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri dan naikkan Mukhriz aka Boboi sebagai Perdana Mente...
Bn Pas Gps Dan Parti Sabah Sokong Muhyiddin Demi Kestabilan Politik

Bn Pas Gps Dan Parti Sabah Sokong Muhyiddin Demi Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 357 hits
July 1 2020 9 26 PMPemimpin BN PAS parti dari Sarawak dan Sabah menghadiri mesyuarat dengan Muhyiddin Yassin di Putrajaya petang tadi PETALING JAYA Pemimpin Barisan Nasional PAS bersama parti dari Sarawak dan Sabah menyokong Perikatan Nasio...
Dap Sokong Dr Mahathir Jadi Pm Anwar Tpm

Dap Sokong Dr Mahathir Jadi Pm Anwar Tpm

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 377 hits
SHAH ALAM DAP telah membuat keputusan untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke p...
Pembukaan Sekolah Julai Bakal Jadi Bulan Sibuk Untuk Pelajar Guru Dan Ibu Bapa

Pembukaan Sekolah Julai Bakal Jadi Bulan Sibuk Untuk Pelajar Guru Dan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR 2 Julai Setelah hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah dan hanya menggunakan pendekatan pembelajaran di rumah akibat ancaman pandemik COVID 19 sejak pertengahan Mac lepas pelajar akhirnya bakal menyambung semula p...
Umno Sokong Muhyiddin Pm Pru 15

Umno Sokong Muhyiddin Pm Pru 15

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 356 hits
Rosyahaida Abdullaham hmetro com myAnnuar Musa beramah mesra dengan penjaja ketika melakukan tinjauan pada program Penyerahan Lesen Terhad kepada Penjaja di Jalan Taman Setapak Indah FOTO ASWADI ALIAS SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional Tan S...
Realme X50 Pro 5g Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Julai Hadir Dengan Snapdragon 865

Realme X50 Pro 5g Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Julai Hadir Dengan Snapdragon 865

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 384 hits
Realme Malaysia kini telah mengumumkan mereka bakal membawa masuk Realme X50 Pro 5G bakal hadir untuk pasaran Malaysia pada 6 Julai 2020 ini Ia sekaligus akan menjadi salah satu telefon pintar mercu daripada Realme untuk tahun ini dan semes...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel