Tidak Menyukai Melayu Dan Budayanya Menyebabkan Golongan Peranakan Semakin Pupus
Dondang sayang Peranakan tiada pewaris?
MELAKA: Budaya dondang sayang yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka merupakan identiti masyarakat di negeri ini.
Tidak hanya popular dan diamalkan oleh orang Melayu, kesenian menyanyi sambil berbalas pantun itu turut dikuasai dengan baik golongan Peranakan seperti etnik Chetti, Baba dan Nyonya serta Portugis, suatu masa lalu.
Peredaran masa yang mengubah gaya hidup anak muda Peranakan memberi kesan secara langsung kepada tradisi nenek moyang yang sepatutnya diamalkan sehingga kini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN), Ezlina Alias mengakui, kesinambungan dondang sayang dalam masyarakat Peranakan kini berada pada tahap yang amat kritikal.
Beliau berkata, bukan sahaja berdepan dengan isu ketiadaan penyambung legasi dalam kalangan generasi baharu, tetapi jumlah pelopor sedia ada yang semakin berkurang kerana meninggal dunia turut merisaukan pihaknya.
Jelasnya, kematian tokoh dondang sayang tertua etnik Chetti, G. Meenachi pada 5 Jun lalu telah meninggalkan kesan begitu mendalam.
“Dondang sayang sangat unik kerana ia bukan acara menyanyi semata-mata. Kesenian ini perlukan kemahiran berpantun secara spontan yang memerlukan ketajaman fikiran untuk mengarang dalam masa singkat.
“Suatu masa dahulu, etnik Peranakan di Melaka sangat menguasai dondang sayang. Ia sudah menjadi identiti silang budaya di negeri ini. Selepas Meenachi meninggal dunia, apa yang saya boleh katakan tiada lagi pelopor dondang sayang daripada masyarakat Chetti.
“Begitu juga dengan Baba dan Nyonya serta Portugis. Justeru, JKKN sedang menggerakkan usaha untuk mencari pelapis baharu demi memulihara kesinambungan warisan ini. Usaha padu harus dilakukan bagi memastikan golongan muda meminati serta mewarisi kesenian ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Meenachi, 91, meninggal dunia di Hospital Melaka akibat sakit tua.
Mendiang dilahirkan pada 4 Januari 1930 dan mula menunjukkan bakat seni berpantun dan dondang sayang sejak berusia 10 tahun.
Dalam pada itu ketika ditanya berkenaan status dondang sayang dalam kalangan orang Melayu, Ezlina berkata, ia masih terpelihara dan beberapa kumpulan persembahan juga cukup aktif bergerak sebelum negara berdepan pandemik Covid-19.
“Dalam kalangan orang Melayu, kita tidak begitu risau kerana masih ramai pelopor. Kemahiran berpantun juga bukan satu masalah yang besar kerana ia melibatkan bahasa ibunda.
“Cuma dalam etnik Peranakan, kita amat risau. Memandangkan golongan muda mereka banyak yang sudah berubah dari segi cara hidup dan sebagainya. Bagaimanapun, usaha melatih pelapis baharu sedang dijalankan dan respons yang diterima agak baik,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE
Tidak Menyukai Melayu Dan Budayanya Menyebabkan Golongan Peranakan Semakin Pupus....Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2021/06/tidak-menyukai-melayu-dan-budayanya.html