Sedarkah Kita Bahasa Melayu Semakin Dipinggirkan


Bahasa Melayu bahasa ekonomi antara teras pelan strategik DBP 2021-2025Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi adalah antara tiga teras dalam Pelan Strategik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2021-2025 yang dibangunkan bagi mengindustri dan melestarikan bahasa dan persuratan Melayu

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pelan itu juga bertujuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan bahasa ilmu.

“DBP menggalas tanggungjawab besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu selaras Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan atas kesedaran ini pelan strategik ini dibangunkan.

“Bagi menjayakan pelan ini, komitmen, kesungguhan, kesepaduan, ketekunan dan kerjasama semua pihak khususnya pengurusan tertinggi dan warga kerja DBP amat diperlukan bagi mencapai sasaran ditetapkan,” katanya pada majlis Sambutan Ulang Tahun DBP Ke-65 dan perasmian Pelan Strategik DBP 2021-2025 menerusi Facebook rasmi DBP hari ini.

Tambahnya, DBP telah mempelbagaikan pendekatan bagi mempromosikan kandungan pustaka warisan seperti pantun, peribahasa dan simpulan bahasa termasuklah melalui penggunaan platform digital sesuai dengan perkembangan semasa.

“Dari segi penerbitan, sudah tentu ada pasang surut… saya yakin DBP di landasan yang betul bagi menghadapi cabaran dunia digital dalam menghasilkan penerbitan berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pandemik COVID-19 ini telah membuka ruang baharu cara bekerja di DBP dengan mendigitalkan kebanyakan program dan dilaksanakan secara dalam talian.

“Ini merupakan naratif baharu yang dibawa DBP bagaimana untuk kita kembangkan dan membina Bahasa Melayu menggunakan kaedah baharu, naratif baharu secara pendigitalan ini melibatkan cara kerja dan usaha DBP tanpa lupa usaha penerbitan konvensional yang akan terus DBP laksanakan.

“Pendigitalan ini salah satu usaha untuk memantapkan sistem penyampaiaan pada masa akan datang… ia perlukan warga DBP bergerak pantas, berfikir secara kreatif serta memahirkan diri dengan teknologi baharu untuk pastikan media baharu yang kita gunakan akan digunakan secara berkesan dan optimum,” katanya.
Pada sambutan hari ulang tahun kali ini, DBP memilih tema Aksara Nan Hidup Sepanjang Zaman bagi mengajak masyarakat memahami asas penubuhan agensi berkenaan serta fungsinya dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan sejak tahun 1956 sehingga kini. – Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/sedarkah-kita-bahasa-melayu-semakin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Menyukai Melayu Dan Budayanya Menyebabkan Golongan Peranakan Semakin Pupus

Tidak Menyukai Melayu Dan Budayanya Menyebabkan Golongan Peranakan Semakin Pupus

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 591 hits
Dondang sayang Peranakan tiada pewaris MELAKA Budaya dondang sayang yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka merupakan identiti masyarakat di negeri ini Tidak hanya popular dan diamalkan oleh orang Melayu kesenian menyanyi sambil ber...
Di Malaysia Bahasa Kebangsaannya Semakin Terpinggir

Di Malaysia Bahasa Kebangsaannya Semakin Terpinggir

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 362 hits
Inggeris bukan bahasa pengantar EULONDON Kesatuan Eropah tidak akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama bermula tahun depan Menerusi beberapa cadangan yang dikemukakan semua mesyuarat dan dokumen akan menggunakan baha...
Peminggiran Bahasa Malaysia Semakin Ketara Dikalangan Mereka

Peminggiran Bahasa Malaysia Semakin Ketara Dikalangan Mereka

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 342 hits
GLC GLIC kurang peka isu rakyat Persoalan perdebatan syarikat milik kerajaan dan syarikat pelaburan milik kerajaan giat diperkatakan sejak kebelakangan ini dari segi kebersamaan bersama kerajaan dalam menangkis penularan Covid 19 seperti di...
Dbp S 2021 2025 Strategic Plan Aims To Preserve Broaden Use Of Bahasa Melayu

Dbp S 2021 2025 Strategic Plan Aims To Preserve Broaden Use Of Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 404 hits
Making Bahasa Melayu the language for business and the economy is one of the three thrusts of the Dewan Bahasa dan Pustaka Strategic Plan from 2021 to 2025 with the aim to preserve and broaden the use of the Malay language and its literatur...
Bunyi Binatang Dalam Bahasa Melayu Jom Belajar

Bunyi Binatang Dalam Bahasa Melayu Jom Belajar

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 559 hits
Menegembek dan mengakak Dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang sesuai untuk bunyi binatang Contoh peribahasa Melayu yang sering kita gunakan iaitu masuk kandang kambing mengembek masuk kandang babi haaa bunyi apa jom kita tengok video ...
Resume Dalam Bahasa Melayu Atau Bahasa Inggeris

Resume Dalam Bahasa Melayu Atau Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 524 hits
Resume nak ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Itu persoalan biasa untuk graduan yang baru nak memohon kerja Ada yang kata nak senang gunakan Bahasa Inggeris kerana banyak template yang boleh kita guna dan edit terus dari laman...
Bahasa Melayu Di Tv Tiada Adab

Bahasa Melayu Di Tv Tiada Adab

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 437 hits
Kebelakangan ini didapati penggunaan bahasa Melayu dalam beberapa rancangan televisyen termasuk dari stesen arus perdana tidak lagi memberi perhatian serius kepada kesopanan bahasa Ini dapat dilihat pada skrip disediakan untuk berita formal...
Sistem Kesihatan Indonesia Hampir Lumpur Kes Covid 19 Semakin Naik

Sistem Kesihatan Indonesia Hampir Lumpur Kes Covid 19 Semakin Naik

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 375 hits
AGENDA DAILY Khemah terpaksa didirikan di luar hospital di Indonesia untuk menampung peningkatan jumlah pesakit Covid 19 Gambar AP Presiden Joko Widodo berkata Indonesia kini sedang berdepan dengan situasi luar biasa ketika jangkitan Covid ...
Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Anak Dara Ke Janda Baik

Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Kisah Adik Kucing Asrama Anak Beranak

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Bagaimana Kemahiran Digital Memperkasa Keputusan Harian Dalam Kewangan Moden


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Kicap Mee Sedap Dan Mudah

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga

Arab Saudi Lancar Serangan Udara Di Mukalla Tindakan Strategik Di Pelabuhan Utama

Senarai Perdana Menteri Malaysia

Robot Humanoid Kini Boleh Disewa Untuk Majlis Perkahwinan Di China