Sistem Kesihatan Indonesia Hampir Lumpur Kes Covid 19 Semakin Naik


AGENDA DAILY
Khemah terpaksa didirikan di luar hospital di Indonesia untuk menampung peningkatan jumlah pesakit Covid-19. - Gambar AP
Presiden Joko Widodo berkata Indonesia kini sedang berdepan dengan ‘situasi luar biasa’ ketika jangkitan Covid-19 melepasi dua juta kes di tengah-tengah penularan varian baharu yang semakin membimbangkan pakar kesihatan.
Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia, memperlihatkan peningkatan jangkitan sejak beberapa minggu ini. Hari ini negara itu merekodkan cacatan tertinggi sejak Mac tahun lalu dengan 21,095 kes baharu.
Negara itu yang merupakan lokasi percubaan ujian klinikal peringkat akhir untuk Sinovac keluaran China, memulakan kempen vaksinasinya pada Januari, tetapi hanya dapat memberi vaksin kepada 4.3 peratus daripada 270 juta penduduknya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu memberi amaran peningkatan drastik kadar penggunaan katil hospital di Indonesia menjadi perhatian utama dan memerlukan langkah kesihatan dan sosial masyarakat yang lebih ketat, termasuk sekatan sosial berskala besar.
Kerajaan republik itu bagaimanapun menyalahkan pergerakan orang ramai ketika cuti sambutan Hari Raya Puasa yang lalu, dan kewujudan varian Delta yang pertama kali ditemukan di India.
Dengan lebih dua juta kes keseluruhan dilaporkan semalam, Jakarta menjadi pusat penularan dengan 75 peratus daripada kapasiti katil hospital telah digunakan.
Di ibu kota Indonesia itu kes melonjak mendadak sehingga pihak hospital terpaksa mendirikan khemah sementara untuk dijadikan pusat rawatan.
Di ibu kota wilayah Sumatera Utara, Medan, pegawai perubatan pasukan khas Covid-19, Dr Inke Nadia D Lubis berkata sejak enam bulan lalu 1,800 kanak-kanak dijangkiti virus itu, termasuk 14 yang meninggal dunia.
Lebih sepertiga daripada kes yang dilaporkan itu membabitkan murid sekolah rendah, manakala selebihnya pelajar sekolah menengah, katanya kepada Detik.
Dianggarkan 1,000 pekerja perubatan negara itu meninggal dunia akibat virus berkenaan sejak pandemik bermula, dengan persatuan perubatan Indonesia mengesahkan 401 doktor adalah antara mangsanya, termasuk 14 yang menerima suntikan penuh dua dos vaksin.
Bulan ini lebih 300 doktor dan pekerja kesihatan di Jawa Tengah didapati positif Covid-19.
Peningkatan kes-kes teruk membabitkan pekerja perubatan yang telah disuntik pelalian menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan vaksin Sinovac buatan China. Indonesia sangat bergantung untuk memvaksinasi lebih 180 juta penduduknya awal tahun depan dengan Sinovac.
Jurucakap persatuan perubatan Indonesia, Eka Mulyana berkata ujian klinikal menunjukkan peningkatan kes Covid-19 disebabkan penularan varian yang lebih pantas.
“Di Jawa Barat, kadar penggunaan katil sudah melebihi 90 peratus. Malah, di sesetengah hospital kadarnya sudah melebihi 100 peratus,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/sistem-kesihatan-indonesia-hampir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Jangkitan Baharu Covid 19 Di Indonesia Naik 500 Peratus

Kes Jangkitan Baharu Covid 19 Di Indonesia Naik 500 Peratus

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 284 hits
Kes jangkitan baharu Covid 19 di Indonesia naik 500 peratus Desakan supaya kerajaan melaksanakan sekatan lebih ketat terus disuarakan rakyat Indonesia ketika kes jangkitan Covid 19 direkodkan meningkat sehingga 500 peratus dalam tempoh sebu...
Covid 19 Kes Kematian Sebelum Tiba Di Hospital Naik Di 3 Negeri

Covid 19 Kes Kematian Sebelum Tiba Di Hospital Naik Di 3 Negeri

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 315 hits
AGENDA DAILY Kes kematian sebelum tiba ke hospital di tiga negeri meningkat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan mendapati kes kematian sebelum tiba ke hospital yang berkaitan jangkitan Covid 19 meningkat tujuh kali ganda ...
Agenda Awani Kes Covid 19 Tinggi I Tindakan Kesihatan Awam Di Selangor

Agenda Awani Kes Covid 19 Tinggi I Tindakan Kesihatan Awam Di Selangor

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 364 hits
Kes COVID19 tidak menunjukkan penurunan ketara jadi apa tindakan segera dari segi kesihatan awam bagi mengawal penularannya di Selangor Diskusi Nazri Kahar dan Dr Farhan Rusli Pakar Perubatan Kesihatan Awam dalam AgendaAWANI AWANInews SUBSC...
Kes Terkumpul Covid 19 Indonesia Jangkaui 2 Juta 14 500 Kes Baru Hari Ini

Kes Terkumpul Covid 19 Indonesia Jangkaui 2 Juta 14 500 Kes Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 270 hits
Images COVID 19 Seorang pesakit terlantar di luar hospital Dr Loekmono Hadi di Kudus Java Tengah pada 2 Jun 2021 KONGSI ARTIKEL JAKARTA Indonesia mencatatkan 14 536 kes baru COVID 19 jumlah
Kasus Covid 19 Naik Menag Atur Ulang Sistem Kerja Wfh Dan Wfo Asn

Kasus Covid 19 Naik Menag Atur Ulang Sistem Kerja Wfh Dan Wfo Asn

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 292 hits
Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas menerbitkan Surat Edaran No SE 14 tahun 2021 tentang Sistem Kerja ASN Kemenag pada Masa Pandemi Covid 19 Tahun
Nak Buka Parlimen Kes Mencanak Naik Hebat Covid Kat Malaysia Nih

Nak Buka Parlimen Kes Mencanak Naik Hebat Covid Kat Malaysia Nih

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 390 hits
MOHD MUKHLISLagi pecah rekod tuan tuan asal berbunyi parlimen buka kes tiba2 naik Dahlah tu positif rate 9 46 Paling tinggi setakat ini Muhyidin ini sama ada dua aje either dia ini clueless memang tak tahu apa ataupun dia sengaja buat cluel...
Lampu Merah Kematian Anak Indonesia Karena Covid 19

Lampu Merah Kematian Anak Indonesia Karena Covid 19

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 286 hits
Beriringan dengan kasus penularan yang tinggi Tugas semua pihak untuk memutus rantai penularan Covid 19 pada anak
Pemimpin Islam Indonesia Dipenjara 4 Tahun Sebar Berita Bohong Covid 19

Pemimpin Islam Indonesia Dipenjara 4 Tahun Sebar Berita Bohong Covid 19

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 255 hits
AGENDA DAILY Pemimpin kontroversi Front Pembela Islam Rizieq Shihab dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan Gambar AFP Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas pemimpin kontroversi Front Pembela Islam ...
Kemaskini Kes Positif Covid 19 Di Cameron Highlands 25 Jun 2021

Kemaskini Kes Positif Covid 19 Di Cameron Highlands 25 Jun 2021

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 534 hits
Saya kongsikan kes positif COVID 19 yang dilaporkan di Cameron Highlands mulai 1 Mei 2021 sebagai rekod rujukan peribadi di masa hadapan Sumber gambar grafik ini diperolehi dari Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka