Mysalam Kembali Manfaat Untuk Golongan B40


Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN  STAF mySalam bersama barisan hadapan di PKRC Serdang semasa program taklimat manfaat Covid-19.KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 tidak perlu lagi bimbang sekiranya masih belum mempunyai perlindungan diri seandainya sebarang musibah berlaku pada masa hadapan.
Hal ini kerana, Kementerian Kewangan Malaysia melalui syarikat Great Eastern Takaful  menyediakan skim Perlindungan B40 – mySalam bagi ahli mySalam yang terdiri daripada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta mana-mana individu yang layak mengikut kriteria ditetapkan kerajaan.
Menurut Ketua Skim mySalam, Khairul Anuar Che Yeop, skim takaful berkenaan masih mengekalkan manfaat dan ciri-ciri sedia ada.
Beliau menambah bahawa terdapat penambahbaikan skim pada tahun ini iaitu ahli mySalam kini berpeluang untuk mendapatkan bantuan alatan perubatan yang melibatkan proses tuntutan yang sedikit berbeza berdasarkan kelayakan bermula dari 1 April 2021 yakni ahli mySalam perlu berurusan secara terus dengan Pegawai Kerja Sosial Perubatan di setiap hospital panel bagi tujuan tuntutan.
“Sebagai contoh berkenaan manfaat bantuan alat perubatan bagi tahun ini,  ahli mySalam boleh mendapatkan bantuan sten jantung  yang layak dituntut bagi pesakit yang dimasukkan ke wad sahaja dan tidak termasuk pesakit yang menerima rawatan harian (hospital) serta rawatan di rumah.
“Selain itu, manfaat ini hanya tertakluk kepada peralatan perubatan yang diperlukan akibat daripada hospitalisasi sahaja dan tidak merangkumi  ubat-ubatan ataupun keperluan pakai buang seperti susu dan lampin penggunaan tunggal ,” ujarnya di sini baru-baru ini.
Seterusnya, permohonan bantuan alat perubatan tersebut akan diproses oleh Peka B40 atau Tabung Bantuan Alat Perubatan. Setelah tuntutan diluluskan, pesakit akan menerima alatan tersebut.
“Namun begitu, perlu ditekankan bahawa terdapat had yang telah ditetapkan bagi setiap jenis alat bantuan perubatan yang disenaraikan dalam manfaat ini yang ditanggung kos pembeliannya oleh  mySalam,” katanya.
Skim mySalam merupakan inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan diberikan kerajaan secara percuma yang bertujuan memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat melalui Tabung Amanah mySalam.
Skim tersebut menyasarkan tiga kumpulan penerima BPR iaitu individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan; individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun dan individu Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur antara 18 hingga 65 tahun serta berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Skim ini juga memberi manfaat kepada individu sehingga RM30,000 setahun yang akan digunakan untuk semua tuntutan alatan perubatan sehingga jumlah yang diperuntukkan habis digunakan. Manfaat ini telah bermula sejak 1 April lalu.
Selain itu mySalam turut menawarkan manfaat penyakit kritikal bagi ahli yang didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal dalam tempoh perlindungan akan menerima bantuan tunai sebanyak RM8,000 sekali seumur hidup selain daripada manfaat hospitalisasi sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari setahun.
Sebagai rekod, setakat 31 Mei 2021, sejumlah RM49,534,800 tuntutan telah diluluskan kepada penerima mySalam, kelulusan RM61,023,750 bagi tuntutan Covid-19 sejak awal penularan wabak dan jumlah tuntutan bulanan tertinggi telah diluluskan kepada penerima mySalam untuk tahun ini adalah sebanyak RM11,237,350.
Kata Khairul Anuar lagi, bagi penerima yang ingin membuat tuntutan disebabkan jangkitan Covid-19, mereka yang dimasukkan ke wad akibat wabak berkenaan boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari, terhad kepada 14 hari setahun.
“Komplikasi yang berpunca daripada virus Covid-19 yang mengakibatkan salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal tersenarai boleh dituntut di bawah manfaat Penyakit Kritikal,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi memudahkan orang ramai membuat tuntutan, mendapatkan maklumat lanjut serta membuat semakan, pihaknya telah  mewujudkan 141 kios beroperasi di hospital panel melibatkan hospital kerajaan, hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan hospital universiti dengan dibantu kru seramai 292 orang.
“Pihak kami juga sedang dalam perancangan dan bekerjasama dengan ATM untuk menambah kios di hospital tentera seluruh negara untuk menjadikan jumlah keseluruhan kios kepada 150 buah di seluruh negara namun kami masih perlu mendapat kelulusan akibat sekatan pergerakan penuh yang berlangsung ketika ini,” katanya.
KRU mySalam Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom membuka kaunter bagi warga penjara Kluang termasuk banduan bagi penyampaian informasi dan penghantaran tuntutan.Berkenaan cara membuat tuntutan penyakit kritikal dan hospitalisasi, orang ramai boleh merujuk langkah dan tatacara berkaitan dengan melayari www.mysalam.com.my dan mengikut arahan selanjutnya serta memuat naik beberapa dokumen tuntutan berkaitan seperti Borang Penyakit Kritikal dilengkapkan doktor yang merawat, salinan dokumen pengenalan diri dan salinan nota discaj.
Pada masa yang sama bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet atau kurang arif dalam menggunakan cara dalam talian, mereka disarankan untuk pergi ke hospital-hospital kerajaan terdekat untuk dibantu kru mySalam dalam membuat tuntutan atau memberi penerangan lanjut mengenai skim dan sebagainya. Setiap petugas di kios mySalam telah dibekalkan dengan latihan dan peralatan yang mencukupi untuk membantu orang ramai.
“Tuntutan yang diluluskan akan dimaklumkan kepada penerima melalui mesej pesanan ringkas (SMS) dan maklumat ini juga akan dimuat naik ke portal mySalam.
“Great Eastern Takaful akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim BPR ,” katanya.
Selain itu, tempoh masa yang diambil untuk pembayaran tuntutan dikreditkan ke akaun penerima adalah dalam jangka masa sepuluh hari bekerja atau kurang namun tertakluk kepada penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.
Jelasnya, sekiranya tuntutan tersebut lulus untuk pembayaran, transaksi e-kredit akan selesai dalam jangka masa tiga hari bekerja.
“Sekiranya anda telah mengemukakan tuntutan dan 10 hari telah berlalu sejak tuntutan dikemukakan, kami mengesyorkan anda untuk log masuk ke portal mySalam bagi mendapatkan maklumat status tuntutan atau hubungi talian 1 300 88 8938,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/mysalam-kembali-manfaat-untuk-golongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40 Usahawan Orang Asli

Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40 Usahawan Orang Asli

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 247 hits
Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyediakan beberapa insentif dalam usaha membantu usahawan terjejas dan golongan B40 bagi meneruskan kelangsungan dan meningkatkan pendapatan mereka Menterinya Datuk Abd Latiff Ahmad berkata antara insen...
Manfaat Minyak Kayu Putih Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Manfaat Minyak Kayu Putih Yang Mungkin Korang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 309 hits
MANFAAT MINYAK KAYU PUTIH YANG MUNGKIN KORANG TAK TAU Minyak kayu putih ni cikla rasa amat popular dari dulu kan iyelah sejak dari zaman mak ayah kita muda muda Ada jer masalah kesihatan minyak kayu putihlah yang dorang cari Pendek kata dar...
Manfaat Brokoli Pada Manusia

Manfaat Brokoli Pada Manusia

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 288 hits
Manfaat Brokoli untuk kesihatan yang perlu kita amalkan Nama saintifik bagi brokoli adalah brassica oleracea var Botrytis Orang diet selalu gunakan brokoli untuk plan makan dia Brokoli adalah salah satu sayuran yang popular di negara kita B...
8 Manfaat Baking Soda Selain Pengembang Roti Bisa Putihkan Gigi

8 Manfaat Baking Soda Selain Pengembang Roti Bisa Putihkan Gigi

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 307 hits
Nggak cuma mengembangkan roti baking soda juga bisa dipakai buat urusan urusan kayak gini
10 Manfaat Pokok Bunga Telang Selain Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu

10 Manfaat Pokok Bunga Telang Selain Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 738 hits
10 Manfaat Pokok Bunga Telang Selain Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu Bila sebut bunga telang terus terbayang nasi kerabu yang cukup popular di Pantai Timur10 Manfaat Pokok Bunga Telang Selain Bunga Telang Untuk Nasi KerabuSedikit info tentan...
Ketahui 7 Manfaat Untuk Kesihatan Yang Ada Pada Bunga Cengkih Yang Boleh Anda Amalkan

Ketahui 7 Manfaat Untuk Kesihatan Yang Ada Pada Bunga Cengkih Yang Boleh Anda Amalkan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 305 hits
Benda hitam kecil macam bunga yang dipanggil Bunga Cengkih ni jadi popular baru baru ni sebab dikatakan ada keupayaan rawatan ajaib untuk covid 19 Orang ramai mula share video tersebut Kemudian ada lagi video lain yang saya dapat dikongsika...
Kj Umum Pelajar Golongan Ini Akan Terima Suntikan Vaksin Pfizer Ianya Akan Bermula Pada Tarikh Ini

Kj Umum Pelajar Golongan Ini Akan Terima Suntikan Vaksin Pfizer Ianya Akan Bermula Pada Tarikh Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 248 hits
Menurut The Star Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa pelajar yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia bakal menerima dos pertama vaksin be...
Tidak Menyukai Melayu Dan Budayanya Menyebabkan Golongan Peranakan Semakin Pupus

Tidak Menyukai Melayu Dan Budayanya Menyebabkan Golongan Peranakan Semakin Pupus

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 469 hits
Dondang sayang Peranakan tiada pewaris MELAKA Budaya dondang sayang yang diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka merupakan identiti masyarakat di negeri ini Tidak hanya popular dan diamalkan oleh orang Melayu kesenian menyanyi sambil ber...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2