Golongan Mana Paling Terseksa Jika Ada Pkpd


JAWAPANNYA mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsa dan perumahan-perumahan rakyat bertingkat. Mengapa? Golongan ini terseksa? Berbanding mereka yang di perkampungan, waima rumah-rumah setinggan? Sebabnya di rumah-rumah kediaman seumpama ini, tiada ruang untuk berehat di luar pintu rumah, kerana korridor adalah kawasan lalu lalang penghuni.

Jika ada PKPD, maka penghuni setiap rumah, betul-betul duduk dalam rumah, kecuali seorang, itu pun untuk masa terhad sahaja, terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan makanan. Selepas itu, kembali semula ke dalam rumah dan berkurung.

Seperti kelaziman rumah-rumah pangsa murah, dan perumahan rakyat, ada yang 3 bilik atau 2 bilik, tidak berapa luas, dan sudah tentunya semua konkrit. Konkrit, memang lambat menyerap panas, akan tetapi juga lambat menyejuk. Kerana keadaan demikian, maka penghuni, sudah tentu terpaksa memasang kipas, dan penghawa dingin (bagi yang ada) untuk menyejukkan ruangan. Oleh kerana dalam situasi PKPD, penghuni 24jam sehari berkurung.

Untuk mengelak suasana pengap, maka kipas berputar 24jam, jika ada penghawa dingin, juga akan “on” 24jam (kerana tiada waktu rehatnya, ada kompresor meletup). Keadaan ini lah yang menyebabkan bil elektrik mencanak naik (pinjam istilah jangkitan covid-19 yang meningkat). Apa tah lagi ditambah kerap memanaskan air, untuk membancuh KOPI, atau KOPI O atau 3+1 white coffee.

Pengalaman semasa PKP1.0 yang menyerupai PKPD masa akhir-akhir ini, bil elektrik 3 kali ganda berbanding biasa. Jika bil biasa RM150, maka semasa PKPD akan menjadi RM450.

Bagi penghuni yang bergaji tetap (belum diberhentikan), tambahan bil elektrik, sebagi ganti belanja minyak, maknanya, zero-zero lah. Akan tetapi, mereka yang bekerja sendiri, atau mereka yang bekerja tidak tetap (ada kerja ada upah), PKPD merupakan penyiksaan luar biasa. Mengapa? Selain tidak termasuk dalam kategori yang dibantu (bukan petani, bukan nelayan, bukan pemandu pelancong sambilan, bukan pemandu teksi, bukan penjaja, bukan pekebun, bukan peternak, tidak berdaftar dengan e-kasih, tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan, bukan OKU, bukan ibu tunggal), selepas PKPD, akan berhadapan dengan pemotongan elektrik, pemotongan air, jika menyewa, berhadapan dengan pengusiran.

Untuk makanan sekelurga (antara 3-5 orang), mungkin akan dapat bakul makanan (5kg beras 5%, 1kg gula, 3 tin kecil sardin (yang bernasib baik- sardin cap ayam), 1 bungkus mee kering cap udang, 1 paket minyak makan bersubsidi), 1 bungkus biskut 400gram, 1 botol kitchap 200ml sebagai penganjal perut dalam tempoh PKPD.

Suasana sebegini seperti dalam keadaan perang (bagi mereka yang tidak bernasib baik ini),bezanya perang melawan musuh yang tidak menggunakan senjata atau bom, tetapi melalui virus.

Penulis memperhatikan sejak PKP1.0, golongan yang disebutkan di atas, adalah golongan yang tercicir di peringkat negeri, tetapi bukan di peringkat Persekutuan, kerana golongan ini diberikan BPN atau BPR.

Golongan ini, hanya menelan air liur, apabila kerajaan negeri mengumumkan memberi bantuan one-off kepada golongan yang “terkesan” berasaskan takrifan kerajaan negeri, sedangkan jika dikaji betul-betul, mereka yang disebutkan “tidak bernasib baik tersebut” lebih terkesan berbanding petani, nelayan, pekebun atau mereka yang tersenerai dalam data base kerajaan negeri yang mendapat bantuan.

Mungkin di masa hadapan, perlunya data base bagi mereka yang tergolong kurang bernasib baik ini, agar, tidak terlepas pandang menerima bantuan. - Apa Yang Tersirat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/golongan-mana-paling-terseksa-jika-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebagai Kerajaan Mahiaddin Dan Menteri2 Pn Sepatutnya Paling Ke Depan Tunjuk Kesetiaan Kepada Agong

Sebagai Kerajaan Mahiaddin Dan Menteri2 Pn Sepatutnya Paling Ke Depan Tunjuk Kesetiaan Kepada Agong

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 216 hits
Sikap berlengah dan berdalih pimpinan dalam kerajaan PN terhadap titah Agong dan Majlis Raja Raja berkaitan keperluan Parlimen dibenarkan bersidang dengan segera dan secepat mungkin adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku Ia bukan saja...
Meski Lakonan Terima Komen Pro Kontra Hyeri No 1 Dalam Ranking Pelakon Paling Popular Kini

Meski Lakonan Terima Komen Pro Kontra Hyeri No 1 Dalam Ranking Pelakon Paling Popular Kini

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 306 hits
Seperti yang semua ketahui Korea mempunyai satu syarikat yang sering mengeluarkan senarai drama dan pelakon trending pada saban minggu Untuk minggu ini nampaknya The Penthouse 3 telah mengungguli senarai tersebut sambil diikuti rapat oleh Y...
Resipi Nasi Goreng Kambing Paling Sedap Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Resipi Nasi Goreng Kambing Paling Sedap Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 352 hits
Bagi penggemar sajian Nasi Goreng pastinya akan terliur melihat menu Nasi Goreng Kambing ni Sangat ringkas cara pembuatannya namun rasanya memang sangat membuka selera Menerusi perkongsian saudari Nurul Ateekah beliau menunjukkan cara cara ...
3 Penyebab Paling Sering Bisnis Gagal Tenang Ada Solusinya

3 Penyebab Paling Sering Bisnis Gagal Tenang Ada Solusinya

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 280 hits
Saat ini memulai sebuah usaha itu mudah Yang sulit adalah mempertahankannya supaya tetap berjalan
Share Sampai 11k Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap Sekali Makan Tak Boleh Berhenti

Share Sampai 11k Resipi Tauhu Berlauk Paling Sedap Sekali Makan Tak Boleh Berhenti

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 433 hits
Resipi ringkas dan simple semacam ini adakalanya buat anak makan tak berhenti Apa lagi gabungan bahan ringkas dari tauhu telur dan telur serta isi ayam yang tinggi khasiatnya Nak tahu macam mana nak buatnya Jom cuba resipi perkongsian ini M...
Jawab Kebutuhan Anak Muda Realme Luncurkan Ponsel 5g Pertama Yang Paling Murah Di Indonesia

Jawab Kebutuhan Anak Muda Realme Luncurkan Ponsel 5g Pertama Yang Paling Murah Di Indonesia

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 222 hits
Jawaban untukmu yang pengin punya ponsel 5G dengan powerful performance tapi harganya murah meriah
Inilah Manusia Paling Kaya Di Dunia Sejak 1400 Tahun Lalu Hingga Kini

Inilah Manusia Paling Kaya Di Dunia Sejak 1400 Tahun Lalu Hingga Kini

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 630 hits
Beliau adalah antara salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang terawal menerima Islam Beliau juga antara sepuluh orang yang dijamin masuk syurga oleh Nabi Muhammad SAW Insan mulia sahabat Nabi Muhammad ini merupakan manusia terkaya di du...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam

Bersihkan Kerang Macam Pro 7 Bahan Dapur Ni Jadi Penyelamat