Tiba Tiba Dia Nampak Ada Benda Terapung Kisah Seram 15 Tahun Lalu Di Kampus Cyberjaya



Kisah tu bermula masa saya masih menuntut di universiti. Asalnya kampus ini dulu dekat Melaka tetapi atas sebab-sebab nak menempatkan lebih ramai penuntut kami dipindahkan ke kampus lagi besar dekat Multimedia Super Koridor kat Selangor. Nama pun dah canggih na so hangpa pun dah boleh agak dah nama U ni dan kat mana. Masa tu kami first batch kat Cyberjaya nun, yang dulunya tempat jin bertendang dan merupakan kawasan kelapa sawit. Hmmm so korang boleh agak-agak la betapa banyak penunggu dan penunggi yang menghuni berpuluh-puluh ekar daerah tu kan. Masa tu baru je masuk era millenium (ehchewah) dan tempat tu nak dibangunkan cepat-cepat sejajar dengan nama dialah, macam-macam bangunan perniagaan dan juga institut-institut pengajian tinggi lain dah siap untuk dihuni.
Bila dah pindah Cyberjaya tu rezeki kamilah dapat dok asrama yang sangat limited. Dapat sebaris dorm tu semua satu geng,seronok la boleh lepak ramai-ramai ternyata bilik kitorang la jadi port bergosip la, layan movie etc. Bilik hostel siswi saya tu tingkat 1, tingkap dia berhadapan dengan padang permainan. Mesti korang pikir apa hal pulak la tetiba ada playground plak kan dekat asrama perempuan. Walaupun kami pun macam kanak-kanak ribena tapi sebenarnye padang tu untuk anak-anak staff universiti tu, block apartment/kuarters mereka seberang blok kami. Kiranya playground tu ditengah-tengah. Di tepi kuarters tu ada surau universiti. So pembaca boleh gambarkan kalau saya buka tingkap boleh nampak jelas playground dan boleh juga nampak kuarters staff serta bangunan surau.
Kitorang selalu la sk*d*ng aktiviti playground tu.Punyalah ramai manusia macam fun fair… almaklumlah Cyberjaya tu kan jauh dari town. Takdelah aktiviti warga kampus nak buat selain lepak foodcourt dan taman...nak keluar town pun jauh kalau takda kenderaan. Public transport pun jarang-jarang ada kecuali bas time tu. So bukannya kanak-kanak yang main kat playground tu tapi ramai la student pi playground tu nak berdating, hisap rokok, main gitar la, berpiknik dan berhuha especially time malam. Lebih happening dari dorm kami yang sedia bising tu. Kalau nak kire angle dia tersorok sikit dek bangunan-bangunan saya sebut tadi sebab dekat sangat ngan carpark dan sebab lokasinya yang hujung-hujung ke exit utama keluar kampus. So kalau kena sergah ngan pak guard ke ape boleh je cabut lari dengan mudah. Orang luar pun senang nak masuk. Masa tu sebab kampus baru bukak undang-undang pun tak ketat sangat. Banyak je pak guard nepal mengular dan mengelat tido bawah gazebo dan bergayut telepon awek dekat playground tu. Kitorang yang selalu perhati dari tingkap bilik mampu rolling eyes je lah. Tapi lepas dah banyak komplen ke warden sebab mengganggu ketenteraman pelajar, warga universiti dilarang untuk lepak kat situ selepas pukul 7 malam. Alhamdulillah…dah kembali aman kami di blok siswi tu. Tapi sunyilah pulak dah takde happening-happening dekat playground dah. Rindu plak suasana bingit macam taman awam time-time Pokemon tengah popular dulu (tetiba sangat statement ni. hahaha).
Ok sambung balik cerita. Ada satu malam tu pi dating ngan boyfren dekat Dengkil. Bunyi mcm hek eleh komannya Dengkil je? Tapi jangan memain time tu memang tempat paling dekat nak makan tomyam dan ayam gajus power. Macam saya cakap tadi, Cyberjaya memang jauh dari town. Masa kampus baru bukak dulu kedai tak banyak….mall jauh sekali malas nak pi KL sebab jauh sangat, esok nak kelas pagi dan sebagainya. Wah pelajar contoh sangat khennn. Jalan pergi balik Dengkil dari Cyber time tu bukan canggih macam skarang hiway bagai. Hmmm boleh tahan serams la sebab jalan kampung yang tak banyak lampu serta banyak selekoh..bile orang lain tak nampak saya pejam mata bile lalu jalan gelap tu. Hehe hilang macho. Tapi bila pikirkan seronok sangat dan betapa sweetnya boifren datang jauh-jauh semata nak jumpa siap pinjam kereta abang dia lagi. Demi cintalah katakan. Tapi sekarang dah jadi ex-boifren ye hahaha so from now onwards kite panggil Mr X jelah.
Berbalik kepada cerita..dah kenyang makan tomyam tadi, balik kena menghadap jalan yang sama.
Macam biasa gua acah-acah terrer tapi kalau boleh tak tengok kiri kanan jalan. Mr.X saya rilek je bawak kereta sambil karaoke dengar lagu dari radio cabuk dia tu je.Tetiba je kat satu selekoh….
BEDEBUK!!
Hoh.Apa benda plak tu!!!Sudahhh. Berderau darah. Terasa macam ada satu object yang jatuh ke atas bonet belakang kereta. Mr.X cepat-cepat berhentikan kereta nak periksa bonet belakang. “Eh kenapa you berhenti! Jalan ajelah!” saya bebel marah tapi dalam hati macam-macam dok pikir.
“Haih kena la check. Mana tau benda jatuh tu binatang ke ape? Kesian dia”, ujar si X.“Tapi kalau benda lain macama..” tak sempat saya habiskan ayat dia dah keluar kereta. Ish.Nampak kelibat dia menepuk-nepuk bonet dan tertungging seketika nak check kalau ada kerosakan. Saya dah gigit jari. Sisi penakut tu slowly dah keluar dah.
Tak lama kemudian Mr.X kembali ke tempat duduk driver. Muka dia ada sedikit bingung. “ Ada kemik sikit atas bonet tu. Sebelum bunyi tadi takde. Kita lalu dusun durian ke tadi?”Aku cuba fikir. “Macam takde kot.”Mr.X tersenyum kembali. “Ala mungkin bata jatuh kot dari lori,” katanya, mungkin nak sedapkan hati aku.Logik juga.Tadi dalam perjalanan banyak lori lalu. Mungkin juga. Saya menarik nafas lega sedikit.Mr.X berseloroh dan tergelak kecil, “Habislah ape nak jawab kat Bang Long ni dah rosakkan kereta dia. Bulan depan ni takleh makan tomyam, kena makan pasir kahkah.”
Kami menyambung perjalanan dalam 20 minit dan akhirnya sampai ke kampus. Dah tiba masanya Mr.X pulang ke rumahnya.Jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Si X ni hentikan kereta di satu sudut parking lot yang menuju ke tangga naik ke bilik dorm saya. Untuk ke tangga tersebut saya perlu melalui playground tadi di sebelah kanan saya. Seingat saya malam tu panas gila. Masa tu tengah musim kemarau tak silap. Tapi tidak lama selepas saya keluar kereta dan berdiri membye-byekan Mr X yang berlalu pergi, tiba-tiba angin berlalu kencang macam taufan.
“Whadde-“.
Nasib tak pakai skirt. Nasib jugak tak terbang tudung iols. Yang pelik tu angin tu sekali lalu je. Tak lama lepas tu tenang balik. Heh. Saya bingung sekejap tapi saya tak fikirkan sangat. Terus saya naik ke dorm yang gelap tu dengan hati berdupdapdupdap.
Sampai ke bilik macam biasa dipenuhi geng-geng lepak. Lepas bersembang dua tiga das… tengok jam dah nak pukul 1 pagi. Sebelum gerak, barulah dua-tiga orang member nak bagitau sejak pukul 8 malam tadi air takde. Aaah sudah. Ada renovation works pulak. Nasib baik dah mandi dan solat isya sebelum dinner kat Dengkil tadi.. tapi macamana nak pakai toilet dan sewaktu dengannya? Ada dapat info akak bilik depan selaku ketua dorm bagitau takde masalah, dia dah letak notis kat tandas tadi yang warden bagitau untuk ke tandas surau sementara gangguan air tu dipulihkan besok pagi. Isk. Lepas akak ketua tu bagitau, time tu dan pulak saya terasa nak terkencing . Dah minum teh o ais 3 gelas kat Dengkil tadi. Ish. Memikirkan nak kena seberang playground la hape la… iskkk menyusahkan! Mula-mula fikir saya macam tulah.
Tapi teringat juga angin kencang tadi.. hmmm. Dalam bilik tinggal roommate saya Mary yang tengah bergayut telepon, yang lagi sekor ni Emma tengah sibuk chatting di computer dengan boifren pakai PC saya. Hobi dia nih suka berchatting tapi speaker on. So kalau ada mesej masuk di Yahoo Messenger tu..confirm bising la kan. “Eh Emma off speaker tu la kot yea pun. Ngantuk ni.” saya membebel. Yolahyolah kata si Emma, terus switch on mode headphone. Memang saya dah letih betul time tu. Saya dah tukar pakaian kaftan tapi… hmmmm belum lagi pegi toilet tadi untuk melunaskan hajat kecil. Roomate saya lagi sorang yang paling kental dan ala-ala ninja bodyguard, si Sufi tak balik-balik lagi . Masih lagi tengah siapkan assignment kot dengan groupmate dia dkt blok siswi sebelah. Tidur terus kat sana la agaknya.
So terpaksalah menyusahkan si Mary temankan saya ke surau untuk guna toilet. Dia pun ok je, kebetulan habis dah pun bergayut dan terus kami turun bersama. Rupa kami memang lawak keadaan time tu dah tengah malam tak koser nak berlawa-lawaan. Si Mary dengan bedak sejuk baju gedoboh dia dan berseluar tido yankee yang koyak, saya dengan baju kaftan kelawar dan tudung bunga-bunga yang tak matching… macam dua ekor badut sarkis Kami memang kena seberang playground tu lah. Sambil-sambil tu Mary yang memang innocent dan kuat melawak cakap kat saya, “Agak-agak kalau hantu nampak kita dia takut tak hahahahhaha”.
Serta-merta tiba-tiba tiupan angin kencang berderu sekali lagi …. dan untuk sebentar saja. Bulu roma saya naik, tapi demi nak terkencing tadi tu saya gagahkan jugak. Karang terburai kang kena jugak pegi toilet juga kan. Teringat saya “angin” kat parking lot tadi. Tapi saya buat bodoh je dan tetap berjalan ke arah surau. Saya cubit dan bebelkan si Mary tadi. “Mulut jangan chapoi boleh tak?”
“Alah apa nak takut. Bulan kan ada. Pak guard kan ada.. lagi-lagi kita nak pi surau” katanya sambil berlala-lala.”Kemarau pun ada angin-angin kan, I like!” dia tunjukkan saya buaian playground tu. Eh, dalam samar-samar cahaya bulan tu, ada orang duduk di buaian tu membelakangkan kami, memakai seragam pak guard. Kepalanya tunduk, mungkin sibuk ber-sms agaknya. Oh patutlah berani betul si Mary tadi. Saya menarik nafas lega. Agaknya pak guard tu standby mana tau ada orang sibuk nak menceroboh playground. Kami lalu belakang pak guard, dia tak menoleh. Mungkin dah tau kami kena seberang playground untuk ke surau. Mary sambung tergelak kecil. Ish dia ni memang sukalah bergurau tak kena tempat kadang-kadang.
Selesai urusan saya di surau, kami pun patah balik dan lalu jalan yang sama. Dari ekor mata saya, nampak Pak guard masih disitu. Saya dok fikir. Dah lebih 15 minit takkan asyik tunduk lagi kot. Tak sakit tengkok ka? Dia masih membelakangi kami.. tapi kali ni cahaya bulan lebih terang. Kami dah melepasi dia dan menghampiri pintu dorm, tapi saya macam perasan yang sebenarnya pak guard tu bukannya bongkok. Kepalanya tu yang sebenarnye macam diselubungi kain putih kan. Eh? Ya ka?
Masa saya dok terpikir sendiri tu.. kami dah hampir ke pintu naik ke dorm. Macam dapat membaca fikiran saya, angin bertiup kencang skali lagi. Mary dah melangkah laju ke hadapan saya dan tak tahu kenapa langkah saya terhenti. Kepala saya secara autopilot nak sesangat menoleh balik ke buaian tu. Nak confirmkan apa yang saya nampak. Tu la dia hobi saya yang paling tak best. Walaupun penakut tapi suka sangat nak sedapkan hati sendiri dengan kepastian………
….dan ramalanku benar belaka. Libras always can trust their gut feeling (eh tetiba lagi). Ternyata pakguard itu bukan pakguard. Di hadapan saya, buaian tu sekarang berhayun sendiri, krekkkkk…kreeekkkkk kreekkkkkk.Macam dah bertahun tak kena WD40. Padahal tak sampai setahun playground tu terpacak!
Dan “Pak guard” tadi? Beliau sedang terapung. Mata saya bulat dan langkah saya bagai digam. Nak nangis pun ada. Pandangan saya bagai terpaku melihat pakaiannya menyerupai telekung yang sudah koyak-koyak dah comot dan berlumpur. Nak kata macam pocong, “benda itu” tidak berbungkus. Yang anehnya, bahagian mukanya itu bagaikan berasap kelabu, tiada muka. Nampak asap tu macam berpusing-pusing macam ribut kecil. Wajahnya tidak ada permukaan yang solid pun. Macam berasap sahaja. Pada masa ni saya juga terasa macam ada bunyi echo static yang sangat kuat berdesing. Telinga saya bingit macam nak pecah.Saya dan “beliau” macam ada staring contest, dia tengok saya, saya tengok dia. Makin lama, makin dekat dia terapung, seolah-olah nak mendekati saya.Dalam saya nak meraung tapi tak keluar suara tu…
….tiba-tiba saya macam tangan saya direntap.
“Ko ni kenapa Zek,” desingan tadi hilang, dan diganti dengan bebelan Mary.
Saya terkumam tak terkata apa-apa. Dia tak nampakkah tadi? Katanya dia sudah naik ke tangga, tengok belakang saya tak ada. Sampai kebawah dia nampak saya berdiri macam nak nyanyi lagu negaraku sambil merenung buaian tu. Walaupun dia tak nampak “beliau”, tapi dia memang perasan buaian tu bergerak sendiri dan terus dia juga meremang bulu roma. Terus kami berlari ke atas sampai tersungkur-sungkur la nak ke bilik. Si Emma tadi dah tido la plak, ahhh mampuslah malas nak update dia, kami terus lompat ke katil masing-masing dan berselubung dalam selimut.
Dah pulakkk kami perasan si Emma tak tutup tingkap kami yang menghadap playground tu. Angin menderu-deru lagi. Dalam seram tu saya dan Mary berbahasa isyarat je dengan satu sama lain gagahkan tutup tingkap dan langsir karang ada yang jengah pulak masuk ke dalam walaupun pandang tempat lain sambil tarik tingkap tutuo. Airliur dah sampai naik kering ketakutan.
Dah kembali ke katil, tiba-tiba Yahoo Messenger di PC saya berbunyi ketukan pintu (bagi adik-adik millenial yang tak sempat pakai yahoo messenger, dia mcm FB messenger juga tapi bunyi ping effect dia mcm orang ketuk pintu kalau ada member-member dalam friendlist yang dah start online). Tapi siapa kejadahnya pulak nak online pagi-pagi ni!). PC saya yang dah sleep tu tiba-tiba bercahaya dan terdengar speaker on balik dengan bunyi ketukan bertalu-talu. Server “hang” ke ape?? Jarang kot terjadi mcm tu.Mary yang tersedar akan kejadian terus melompat dari katil sebelah saya ke katil saya dan kami berdua berselubung dalam selimut.
Tak lama lepas tu bunyi ketukan tu berhenti. Dan terdengar pula bunyi ketukan pintu secara “live” dan cubaan memulas tombol bilik kami.Ya Allah. Dari ketuk-ketuk ramadan secara virtual dia main ketuk betul-betul pulakkkkk.
Ketukan tu berlarutan sampai la pagi. Kami sampai kejung la tunggu berhenti dan ketakutan la tertido sampai pagi.
Entahla, fikir-fikir balik. Mungkin benda tu mengikut dari Dengkil kot. Mr X kata dia takde pula terkena apa-apa lepas balik hantar saya balik malam tu. Mungkin benda tu syiok dengan kawasan kampus kami dia nak buat salam perkenalan agaknya haha. Dapat plak tu bermain kat playground. Mungkin juga alien yang mendarat dari outer space lepas tu terjunam kat bonet kereta Mr X? Sebab tu telinga saya rasa static masa diganggu? Mungkin juga haha.Tapi terrer gak hantu ni boleh pulak dia masuk dalam Yahoo Messenger. Ghost in the Shell sungguh.
Ada gak member saya cerite, tak lama lepas kejadian tu..dalam 2-3 bulan seterusnya. Dia baru balik bergayut dari public phone pukul 12 mlm. Public phone tu dekat ruang tengah dimana blok pertama dan kedua siswi bersambung. Dia nak berjalan balik ke bilik dan dikoridor tu dia memandang ke playground. Tiba-tiba dia nampak ada benda terapung. Dan benda tu sama seperti yang saya gambarkan tadi, dan telinganya berdesing. Makin lama makin dekat dan tinggi benda tu terbang kepadanya (dia masa tu di tingkat 3). Berlari dia laju-laju ke bilik sampai pitam. Demam seminggu.
Jadi betullah dia dah buat playground tu rumah dia. Jaga-jaga adik-adik junior ye. Mungkin dia ada lagi kat situ. Dah 15 tahun saya tinggalkan kampus.. dengar cerita makin bertambah geng-geng dia. Sekarang dah lanjut ke faculty seberang pulak main sergah-sergah budak-budak dalam lab. Siap boleh main komputer plak tu. Hehe. Semoga apa yang ditulis ni jadi hikmah, jangan dok alpa, merendek dan menegur benda-benda sembarangan dan semoga iman kita kuat menghadapi sebarang gangguan.
Sekian cerita seram tak berapa seram saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakehorror.blogspot.com/2019/07/tiba-tiba-dia-nampak-ada-benda-terapung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Uji Personaliti Dengan Lihat Imej Ni Ada 3 Benda Apa Yang Korang Nampak Dulu

Jom Uji Personaliti Dengan Lihat Imej Ni Ada 3 Benda Apa Yang Korang Nampak Dulu

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 487 hits
Ujian personaliti ni kadang best juga sebab kita sendiri boleh tahu dan tersedar tentang diri kita ini jenis yang macamana Jadi beredar di media sosial apabila imej yang warna kuning hitam putih yang menampakkan sesuatu Objek pertama yang a...
Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya

Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 470 hits
Hampir empat bulan beliau menghilang tanpa jejak Bagaimana keadaannya Di mana lokasinya Apa khabarnya Tiada siapa yang tahu Hanya harapan doa dan usaha pencarian yang masih tersisa Mohammad Ashraf yang lenyap pada 23 Mac 2019 lalu ketika me...
Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1349 hits
Kisah seram hostel ini bermula masa Sha mula mula masuk semester 1 Sha dapat bilik di blok Damai 3 aras 2 bilik 33 hostel pelajar perempuan Bilik yang Sha dapat ni bukan la berhantu Tapi bilik Sha berhadapan dengan bilik yang tak diketahui ...
Kalau Terbongkar Akan Diseksa Dan Dibunuh Kisah Hebat Polis Undercover 6 Tahun Dampingi Musuh

Kalau Terbongkar Akan Diseksa Dan Dibunuh Kisah Hebat Polis Undercover 6 Tahun Dampingi Musuh

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 372 hits
Siapa sangka seorang yang disangkakan komunis rupa rupanya berkhidmat sebagai penentang komunis Inilah kisah Paul Kiong seorang anggota polis cawangan khas yang merisikokan nyawanya dengan menyamar menjadi sebahagian daripada kumpulan pengg...
Sumpah Awkward Gila Dapat Tahu Cuma Anak Angkat Lepas 23 Tahun Kisah Gadis Ini Buat Netizen Tersentuh Hati

Sumpah Awkward Gila Dapat Tahu Cuma Anak Angkat Lepas 23 Tahun Kisah Gadis Ini Buat Netizen Tersentuh Hati

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 618 hits
Jalan hidup setiap orang berbeza Ada yang hidup dalam keluarga penuh kasih sayang ada yang membesar dalam keluarga berpecah belah serta ada yang meneruskan liku liku hidup di kaki lima tanpa keluarga Kasih sayang tidak semestinya memerlukan...
Kami Terdengar Bunyi Bising Di Belakang Rumah Kisah Seram Hantu Langsuir Bertenggek Di Pohon Sukun

Kami Terdengar Bunyi Bising Di Belakang Rumah Kisah Seram Hantu Langsuir Bertenggek Di Pohon Sukun

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 9990 hits
Langsuir Korang tahu tak apa beza antara pontianak dan langsuir Ini kisah aku Dulu dulu sewaktu aku sekolah rendah perkara ini berlaku di depan mata aku sendiri Pada suatu malam ketika aku sedang membuat kerja sekolah sambil menonton cerita...
Tunggu Saye Awakk Kisah Seram Tandas Berhantu Di Library Utp

Tunggu Saye Awakk Kisah Seram Tandas Berhantu Di Library Utp

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 2550 hits
Cerita ini dari seorang bekas pelajar UTP nama aku Badrul aku ingin kongsikan suatu kejadian yang sangat seram dalam hidup aku di sebuah tandas di Universiti Teknologi Perak Kisah ini berlaku dalam pertengahan semester pertama aku berada di...
Kisah Petani Karet Di Mandailing Natal Naik Haji Setelah 8 Tahun Menabung

Kisah Petani Karet Di Mandailing Natal Naik Haji Setelah 8 Tahun Menabung

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 224 hits
Menurut dia dalam menabung biaya berangkat haji itu tidak hanya mengalami kendala keuangan tetapi juga harus penuh kesabaran rajin dan selalu berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kemudahan untuk pergi ke Mekkah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord