Kalau Terbongkar Akan Diseksa Dan Dibunuh Kisah Hebat Polis Undercover 6 Tahun Dampingi Musuh


Siapa sangka, seorang yang disangkakan komunis rupa-rupanya berkhidmat sebagai penentang komunis. Inilah kisah Paul Kiong, seorang anggota polis cawangan khas (SB) yang merisikokan nyawanya dengan menyamar menjadi sebahagian daripada kumpulan pengganas tersebut.
Sekiranya tersilap langkah, Paul mungkin dibunuh dengan kejam seperti ahli kumpulan terbabit yang dituduh pembelot dan berpaling tadah. Walaupun terdedah kepada risiko tersebut, beliau tetap menjalankan amanah yang diberi sehingga berjaya menangkap 43 orang komunis termasuk ketua mereka yang dikehendaki.
Mahu tahu lebih lanjut kisah wira ini? Jom kita baca perkongsian Bekas Ketua Meja Jenayah Sinar Harian, Syahril A. Kadir di laman Facebooknya baru-baru ini.
ENAM TAHUN KELUAR MASUK HUTAN JADI ANGGOTA KOMUNIS… SEBENARNYA PAUL KIONG INSPEKTOR POLIS! Baik, jika beberapa hari lepas saya menulis wira PDRM dari kalangan orang India dan Melayu, hari ini saya nak menulis mengenai seorang lelaki Cina bernama Paul Kiong. Kini usianya dalam 73 tahun rasanya.
Beliau menyertai PDRM pada tahun 1967 sebagai Konstabel dalam SB (Cawangan Khas). Atas kecemerlangannya, Paul dinaikan pangkat satu demi satu hinggalah diiktiraf sebagai pegawai.
Sekitar tahun 80an, pergerakan pengganas komunis semakin membimbangkan khususnya di negeri Perak. Untuk itu Paul diberi tugas yang paling mencabar dan menakutkan – beliau bukan saja diminta bergaul dengan pengganas komunis, tetapi lebih daring lagi, beliau juga diminta untuk menganggotai dan menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut!
Adalah menjadi resam komunis, sesiapa yang tertangkap menjadi tali barut atau menyamar, orang itu akan diseksa dan dibunuh dengan kejam. Dalam hal ini, Paul mengambil risiko besar dengan menerima tanggungjawab berkenaan.
Untuk itu, selama hampir enam tahun, Paul keluar masuk ke dalam hutan Perak, bergaul, berusaha menggunakan segala teknik penyamaran dan risikan sehingga mendapat kepercayaan pengganas komunis dan diterima menjadi anggota mereka!
Kredit: Syahril Ak. Kadir Tak pernah kantoi Dalam tempoh enam tahun tersebut, rumah pertamanya adalah hutan belantara. Paling menarik, walaupun komunis cukup cekap dalam menghidu taktik pihak berkuasa, namun Paul langsung tidak pernah ‘kantoi’ dalam menjalankan penyamarannya.
Malah beliau sempat menangkap 43 orang pengganas komunis hidup-hidup termasuk ketua mereka yang sangat dikehendaki ketika itu, Cheong Kuen daripada 9th Armed Work Force (AWF)! Dalam satu temubual, Paul berkata, pernah satu ketika anaknya sendiri tidak mengenalinya kerana bapa mereka terlalu lama ‘menghilangkan diri’ dan hanya pulang sekali sekala ke rumah.
Apatah lagi bila dia pulang dalam keadaan tidak terurus, compang camping, berjanggut, berbau busuk dan sebagainya kerana terlalu lama di hutan bercampur dengan komunis.
” Dalam hutan kami tidak boleh mandi pakai sabun kerana takut kelibat kami berjaya dihidu pihak musuh,” katanya yang sangat menghargai peranan isterinya yang memahami tugasnya sebagai pegawai polis walaupun ketika itu isterinya tidak tahu langsung yang beliau telah ditugaskan untuk menyamar sebagai anggota komunis.
Kisah Paul ni kalau di Hollywood pasti akan jadi blockbuster movie.
Paul ketika sedang menjalankan operasi. (Kredit: Syahril A. Kadir) Disebabkan keberaniannya yang luar biasa sanggup menyusup masuk ke hutan dan menyamar sebagai komunis bertahun-tahun lamanya, menangkap puluhan anggota pengganas hidup-hidup tanpa melibatkan pertumpahan darah dan sebagainya, Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan menganugerahkan pingat tertinggi keberanian negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) kepada Paul.
Pada tahun 1990 beliau ditukarkan ke Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan pangkat Deputi Supritendan dan bersara pada 1 Februari 1998 dengan pangkat terakhir Supritendan.
Kesanggupan Paul menyertai komunis adalah untuk mengetahui taktik dan pergerakan mereka, sebab itu beliau tidak pernah takut walau berhadapan dengan segala pahit getir pertempuran!
Betullah kata Sun Tzu: “If you know the enemy and know yourself, you need not fear the results of a hundred battles.”
SALUTE DATUK PAUL KIONG!
SYAHRIL A. KADIR
Petaling Jaya, Selangor.
Kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan zaman dahulu seperti Paul Kiong, Sarjan Sabu dan S. Kulaisingam yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri untuk keselamatan orang awam. Inilah erti kemerdekaan dan pengorbanan untuk rakyat yang sebenar.
Sumber: Syahril A. Kadir


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/18/kalau-terbongkar-akan-diseksa-dan-dibunuh-kisah-hebat-polis-undercover-6-tahun-dampingi-musuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiba Tiba Dia Nampak Ada Benda Terapung Kisah Seram 15 Tahun Lalu Di Kampus Cyberjaya

Tiba Tiba Dia Nampak Ada Benda Terapung Kisah Seram 15 Tahun Lalu Di Kampus Cyberjaya

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 833 hits
Kisah tu bermula masa saya masih menuntut di universiti Asalnya kampus ini dulu dekat Melaka tetapi atas sebab sebab nak menempatkan lebih ramai penuntut kami dipindahkan ke kampus lagi besar dekat Multimedia Super Koridor kat Selangor Nama...
Kisah Bocah 9 Tahun Yang Keluhkan Mual Berhari Hari Rupanya Terdapat Benda Asing Berdiameter 18 Cm Di Perutnya

Kisah Bocah 9 Tahun Yang Keluhkan Mual Berhari Hari Rupanya Terdapat Benda Asing Berdiameter 18 Cm Di Perutnya

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 200 hits
Polah tingkah anak harus diawasi ketika bermain jika tidak ingin mengalami kejadian seperti berikut Dilansir Sosok ID dari World of Buzz seorang anak di Harbin Provinsi Heilongjiang Tiongkok dilarikan keluarganya setelah sering mengeluh tid...
Kisah Petani Karet Di Mandailing Natal Naik Haji Setelah 8 Tahun Menabung

Kisah Petani Karet Di Mandailing Natal Naik Haji Setelah 8 Tahun Menabung

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 227 hits
Menurut dia dalam menabung biaya berangkat haji itu tidak hanya mengalami kendala keuangan tetapi juga harus penuh kesabaran rajin dan selalu berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kemudahan untuk pergi ke Mekkah
Dilatih Dengan Pelbagai Ilmu Perang Ini Kisah Pasukan Polis Hutan Wanita Pdrm Buat Kita Semua Kagum

Dilatih Dengan Pelbagai Ilmu Perang Ini Kisah Pasukan Polis Hutan Wanita Pdrm Buat Kita Semua Kagum

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 466 hits
Pasukan Polis Hutan atau PPH adalah merupakan salah satu daripada cawangan unit di bawah Polis Diraja Malaysia Unit ini ditubuhkan hampir 70 tahun yang lalu dan kini ia dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Seperti kebanyakan pasukan berunifo...
Sumpah Awkward Gila Dapat Tahu Cuma Anak Angkat Lepas 23 Tahun Kisah Gadis Ini Buat Netizen Tersentuh Hati

Sumpah Awkward Gila Dapat Tahu Cuma Anak Angkat Lepas 23 Tahun Kisah Gadis Ini Buat Netizen Tersentuh Hati

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 619 hits
Jalan hidup setiap orang berbeza Ada yang hidup dalam keluarga penuh kasih sayang ada yang membesar dalam keluarga berpecah belah serta ada yang meneruskan liku liku hidup di kaki lima tanpa keluarga Kasih sayang tidak semestinya memerlukan...
Kisah Nenek Berusia 101 Tahun Yang Setia Membuat Gerabah Walau Dihargai Rp 1 000 Per Buah

Kisah Nenek Berusia 101 Tahun Yang Setia Membuat Gerabah Walau Dihargai Rp 1 000 Per Buah

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 274 hits
Mbah Sarni warga Desa Ngunut Kabupaten Magetan Jawa Timur terlihat masih gesit mengayuh meja kecil berputar di depannya yang berisi adonan tanah liat berwarna hitam pekat Tangannya juga cekatan mencelupkan lap basah untuk membentuk tanah li...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye