Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya


Hampir empat bulan beliau menghilang tanpa jejak. Bagaimana keadaannya? Di mana lokasinya? Apa khabarnya? Tiada siapa yang tahu. Hanya harapan, doa dan usaha pencarian yang masih tersisa.
Mohammad Ashraf yang ‘lenyap’ pada 23 Mac 2019 lalu ketika menyertai Gopeng Ultra Trail ternyata menggemparkan sejagat raya. Ia memacu seluruh rakyat negara untuk terus memohon kepada Yang Esa supaya diberikan petunjuk untuk menemuinya. Malah ramai yang turut serta dalam pencarian walaupun sehingga kini masih tiada tanda.
Saban hari, kita dibelenggu pertanyaan tentang berita terbaru mengenainya, berharap akan muncul hari di mana media sosial mahupun media cetak akan memaparkan artikel dengan tajuk ‘Acap Sudah Berjaya Ditemui’. Ya, mungkin suatu nanti, Insyallah.
Namun, kehilangan misteri ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia. Mungkin ada diantara anda yang sudah pernah mendengar nama-nama seperti Umai, Azarul Mukhriz mahupun Hassan Ayat. Kebanyakkan orang menganggap kehilangan mereka ini dikaitkan dengan kejadian mistik.
Justeru, seorang penulis yang pernah ‘berceritera’ di sebuah majalah yang popular sekitar tahun 90-an sehingga tahun 2000 telah berkongsi pengalamannya berdepan dengan kes yang hampir sama.
Di mana Acap? Ramadhan sudah hampir seminggu. Pasti keluarga Acap sedang bersedih dan mengharapkan kepulangannya. Sesat? Atau, seperti yang didakwa banyak pihak, Acap telah dibawa ke alam lain oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar? Dia tidak dapat keluar dari alam itu, berkahwin dengan penghuninya dan kini lebih bahagia tinggal di sana?
Wallahua’lam. Semuanya masih misteri. Kita doakan saja Acap selamat dan suatu hari nanti pulang semula ke pangkuan keluarganya.
Saya tidak mahu cerita bab itu sebab anda boleh membacanya di medium lain. Yang saya hendak cerita ialah sebenarnya selain Acap, sudah banyak kisah ghaib berlaku di dalam masyarakat kita. Mereka ini hilang dalam keadaan yang misteri dan terus tidak dijumpai sehingga hari ini.
Mari saya kongsikan satu cerita: Kejadian ini di ceritakan kepada saya oleh Haji Osman Abu, yang saya temui di rumahnya di Kampung Pangkalan Minyak, Ayer Molek, Melaka, pada pertengahan 2003.

Kata Haji Osman, pada pagi 20 Disember 2000 dia membawa Fatimah minum di warung berdekatan. Sewaktu dia rancak berbual dengan kawan-kawan, Fatimah tertidur di meja. Tidak lama kemudian Fatimah terjaga dan mencari-cari dua orang budak yang tadi duduk di sebelahnya (sebenarnya tiada).
Fatimah kemudian mengajak Haji Osman pulang kerana ada orang sedang menantinya di rumah. Benarkah apa yang Fatimah katakan itu? Tidak. Tiada sesiapa yang menanti mereka di rumah.
Cerita Haji Osman, pukul 2.30 petang, dia berbaring di sofa, manakala Fatimah membasuh pinggan di dapur. Tapi tidak lama kemudian, senyap saja. Dia tidak dengar sebarang bunyi lagi. Fatimah pun tidak kembali ke ruang tamu.
Haji Osman cari isterinya itu di dapur, di bilik dan sekeliling rumah. Tidak ada. Mungkin ke rumah jiran-jirannya, juga tiada.
Di mana Fatimah? Bersama dengan jiran-jiran lain, mereka mencari pula di Bukit Busut Licin, di hadapan rumah Osman. Fatimah yang berusia 73 tahun dan mula nyanyuk, sebelum itu sering ke Bukit Busut Licin kerana katanya, di situlah arwah ibunya tinggal. Fatimah selalu bercerita pada Haji Osman bahawa ibunya itu kini hidup dalam sebuah mahligai yang sangat indah. Arwah ibunya juga sering memanggil dan mengajaknya tinggal bersama.
Usaha mencari dilakukan dengan bantuan polis. Malangnya hinggalah ketika saya bertemu dengan Haji Osman pada 2003, Fatimah masih tidak dijumpai.
Gambar: X Mastika Ke mana dia menghilang? Dua orang jiran Haji Osman, namanya Misah dan Zaiton memberitahu saya, mereka selalu terhidu haruman bunga kenanga dan minyak atar yang sering dipakai oleh Fatimah.
Selalunya, bau itu akan terhidu di ruang tamu, dapur, halaman dan tepi jalan tempat mereka sering berbual dengan Fatimah. Seolah-olah Fatimah ada di situ, tapi mereka tidak dapat melihatnya.
Ada juga penduduk yang lalu di hadapan rumah Haji Osman pada waktu malam terhidu bau minyak atar dan bunga kenanga.
Zaiton juga memberitahu saya, tidak tahu mengapa, Fatimah selalu muncul dalam mimpinya, memberitahu bahawa dia nampak Zaiton, tetapi Zaiton tidak dapat melihatnya. Seorang kanak-kanak pula pernah ternampak Fatimah di bawah sepohon pokok di kebun milik Haji Osman. Tapi hanya budak itu saja yang nampak.
Percayakah anda bahawa Fatimah sebenarnya masih hidup, tetapi telah berpindah alam?
Fatimah tidak dijumpai sehinggalah Haji Osman meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
Nanti sambung, saya ceritakan kisah lain pula.
Sumber: Zulkarnain Zakaria & X Mastika 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/04/didakwa-ghaib-selepas-basuh-pinggan-kisah-misteri-kehilangan-fatimah-19-tahun-lalu-masih-jadi-tanda-tanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Tunjuk Langit Sambil Menangis Tulisan Misteri Wanita Selepas 27 Minit Hidup Semula Jadi Tanda Tanya

Dia Tunjuk Langit Sambil Menangis Tulisan Misteri Wanita Selepas 27 Minit Hidup Semula Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 407 hits
Seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan telah cuba disedarkan sebanyak enam kali Namun setelah dibawa ke hospital wanita tersebut berjaya dihidupkan menggunakan alat rawatan khas selama 27 minit meninggal dunia W...
Tanda Tanya Tentang Misteri Nasi Burung Sos Limau Merecik Terungkai Kerana

Tanda Tanya Tentang Misteri Nasi Burung Sos Limau Merecik Terungkai Kerana

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 748 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Korang mesti pernah dengar pasal Nasi Ayam makanan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia Begitu juga dengan Nasi Daging yang kita tahu be...
Kemana Dr Rozmey Menghilang Kehilangan Dr Rozmey Terjawab Selepas Beberapa Tahun Hilang Tanpa Berita

Kemana Dr Rozmey Menghilang Kehilangan Dr Rozmey Terjawab Selepas Beberapa Tahun Hilang Tanpa Berita

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 500 hits
Kemana Dr Rozmey Menghilang Kehilangan Dr Rozmey Terjawab Selepas Beberapa Tahun Hilang Tanpa Berita Mungkin telah lama kita tidak mendengar nama Datuk Dr Hj Che Rozmey Che Din atau lebih mesra dipanggil Dr Rozmey oleh rakyat Malaysia Diken...
Chegu Bard Rakaman Cctv Bocor Timbulkan Tanda Tanya

Chegu Bard Rakaman Cctv Bocor Timbulkan Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 341 hits
Rakaman itu menimbulkan kebimbangan mengenai privasi pelanggan dan prosedur siasatan pihak polis kata bekas anggota majlis pimpinan PKR
Lirik Lagu Ulik Mayang Yang Penuh Tanda Tanya

Lirik Lagu Ulik Mayang Yang Penuh Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 408 hits
Bagi rakyat negeri terengganu sudah pasti mereka tahu lagu ulik mayang Yang menjadi persembahan tradisional nenek moyang mereka pada zaman dulu kala Dan jika di tanyakan sejarah ulik mayang sudah pasti mereka juga mengetahuinya Di artikel k...
Kisah Seram Diganggu Selepas Kematian Nenek

Kisah Seram Diganggu Selepas Kematian Nenek

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 1071 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKembali lagi dalam siri kisah seram Untuk kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua kisah seram berkenaan gangguan selepas kematian nenek Bagi aku kisah ini menarik nak tahu menarik ke tidak jom kita ba...
Bau Misteri Pada Waktu Malam Selepas Hujan Di Pasir Gudang

Bau Misteri Pada Waktu Malam Selepas Hujan Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 399 hits
Bernama Jun 29 2019 09 41 08 Pada 20 Jun lepas 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar manakala 13 murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang mengalami sesak nafas loya dan muntah dipercayai akibat terhidu udara yang tercemar itu Gambar fail JOHOR BA...
Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 1257 hits
Ceritanya bermula begini satu hari sedang aku kemas kemas barang salon untuk disimpan Dalam Aku asyik mengemas barang tiba tiba loceng pintu berbunyi Ada customer di luar Wajahnya menunduk memandang lantai Masa aku buka pintu untuk menjempu...
Masih Berusia 2 Tahun Anak Chelsea Olivia Sudah Piawai Berenang

Masih Berusia 2 Tahun Anak Chelsea Olivia Sudah Piawai Berenang

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 281 hits
Masih berusia dua tahun putri pasangan Chelsea Olivia dan Glenn Alinskie yakni Nastusha Olivia Alinskie sudah piawai berenang
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord