Tiba Masa Pinda Akta Oku 2008 Rapatkan Jurang Kata Faizal


 
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu menyambut kepulangan atlet paralimpik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, petang tadi. (Gambar Bernama)SEPANG: Ketika rakyat Malaysia meraikan kecemerlangan atlet negara pada temasya Paralimpik Tokyo 2020 yang menutup tirai semalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu mengambil kesempatan itu untuk mengorak langkah memperkasakan lagi agenda golongan kurang upaya (OKU).
Menterinya Ahmad Faizal Azumu berkata sudah tiba masanya pindaan terhadap Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 dilakukan bagi merapatkan jurang sedia ada, selain memberi lebih kemudahan dan akses kepada golongan itu berdasarkan peredaran masa, lebih-lebih lagi ketika berdepan pandemik Covid-19.
Sebagai permulaan, beliau memohon semua pihak menyediakan perkhidmatan penting seperti bantuan kebajikan, perbankan, makanan dan peruncitan, terutamanya secara dalam talian dengan memastikan ia benar-benar dapat diakses secara menyeluruh serta menitikberatkan kemudahan digital bagi OKU menjalani urusan harian mereka.
“Begitu juga dengan peluang pekerjaan, dengan dasar satu peratus pengambilan pekerja golongan OKU di sektor awam dapat direalisasikan sepenuhnya. Saya berharap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat meningkatkan jumlah peluang pekerjaan kepada golongan ini dan saya yakin sektor swasta juga akan mencontohinya.
“Ahli keluarga Paralimpik kita yang kini dikenali di seluruh dunia sebagai ‘WeThe15’ yang mewakili 15% atau bersamaan 1.2 bilion penduduk dunia, mesti diberikan hak setara dengan setiap warganegara Malaysia. Kita perlu mengambil tindakan yang betul, sekarang juga, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menyambut kepulangan kelompok terakhir kontinjen negara dari Tokyo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, petang tadi.
Ahmad Faizal turut meminta semua pihak memberi sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), terutamanya yang melibatkan OKU dengan memperkenalkan langkah baharu bagi membangunkan PKS yang mampan, selain tidak melupakan golongan itu yang masih memerlukan penambahbaikan antaranya membabitkan pengangkutan dan bangunan awam.
Katanya komitmen rakyat Malaysia dalam hal ini adalah satu-satunya cara menghargai golongan istimewa itu sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia yang mampu membangunkan dan mengharumkan nama negara.
“Sebagai sebuah keluarga, menjadi tanggungjawab semua pihak membantu golongan OKU. Usaha membangunkan atlet Paralimpik tidak hanya terletak kepada KBS sahaja, pendekatan secara holistik segenap lapisan masyarakat bermula dengan kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri,” jelasnya.
Kejayaan membawa pulang tiga butir emas dan dua perak dari Tokyo 2020, merupakan pencapaian terbaik Malaysia sejak menyertai edisi pertama temasya itu pada 1972 di Heidelberg, Jerman, yang sekali gus mengatasi pencapaian tiga emas dan satu gangsa di Rio 2016. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/tiba-masa-pinda-akta-oku-2008-rapatkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akta Oku 2008 Perlu Dipinda Faizal

Akta Oku 2008 Perlu Dipinda Faizal

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 134 hits
Oleh SUFIAN HADI SOJAK AHMAD FAIZAL AZUMU dalam sidang akhbar ketika hadir menyambut kepulangan kelompok terakhir kontinjen Malaysia dari Sukan Paralimpik 2020 Tokyo di KLIA Sepang hari ini UTUSAN FAISOL MUSTAFASEPANG Sudah tiba masanya unt...
Kata Kata Semangat Manfaatkan Masa

Kata Kata Semangat Manfaatkan Masa

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 296 hits
Kata kata Semangat Manfaatkan Masa Masa akan terus berjalan ke hadapan Masa tidak akan pernah undur ke belakang Anda dan saya akan semakin menjadi tua Kita tidak akan menjadi muda semula Inilah lumrah kehidupan Ia tidak boleh kita ubah dan ...
Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 242 hits
Orang awam menyaksikan siaran langsung pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat PETALING JAYA Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berpendapat tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri Ismail Sab...
Rapatkan Jurang Dengar Rintihan Anak Muda Mb Selangor

Rapatkan Jurang Dengar Rintihan Anak Muda Mb Selangor

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 295 hits
Perayaan kemerdekaan kali ke 64 tahun ini harus digunakan untuk memahami jurang generasi yang semakin serius di antara generasi muda dan dewasa Ketika generasi muda mahukan politik baharu yang peka rakyat generasi lebih dewasa sebaliknya le...
Lupakan Rancangan 5 Tahun Ambil Langkah Konkrit Buat Masa Ini Kata Zaid

Lupakan Rancangan 5 Tahun Ambil Langkah Konkrit Buat Masa Ini Kata Zaid

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 252 hits
Zaid Ibrahim berkata kerajaan harus fokus kepada beberapa aspek yang memerlukan perhatian segera PETALING JAYA Malaysia harus berhenti berdrama dalam menyediakan rancangan lima tahunnya dan mengambil langkah konkrit pada masa ini dengan mem...
Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 213 hits
Peribahasa Melayu pernah menyebut masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia siakan Perumpamaan itu memberi makna yang tersendiri hari ini apabila jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkifli sec...
Terserah Pada Pm Untuk Tentukan Masa Depan Saya Kata Speaker Dewan Rakyat

Terserah Pada Pm Untuk Tentukan Masa Depan Saya Kata Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 268 hits
Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan mula berkhidmat sejak Julai 2020 PETALING JAYA Azhar Azizan Harun menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob unt...
Kejatuhan Perkhidmatan Awam Mula Ketika Dr M Jadi Pm Kata Bekas Diplomat

Kejatuhan Perkhidmatan Awam Mula Ketika Dr M Jadi Pm Kata Bekas Diplomat

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 227 hits
Dennis Ignatius berkata mereka yang menghalang keinginan Dr Mahathir Mohamad akan ditukarkan PETALING JAYA Kemerosotan dalam sektor perkhidmatan awam bermula ketika Dr Mahathir Mohamad pertama kali bertugas sebagai perdana menteri dan sejak...
Sabar Sekejap Ada Harapan Untuk Rentas Negeri Kata Khairy

Sabar Sekejap Ada Harapan Untuk Rentas Negeri Kata Khairy

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 274 hits
AGENDA DAILY Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Kerajaan mempertimbangkan lebih banyak kelonggaran prosedur operasi standard termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh terdekat kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Be...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded