Lupakan Rancangan 5 Tahun Ambil Langkah Konkrit Buat Masa Ini Kata Zaid


FMT ReportersZaid Ibrahim berkata, kerajaan harus fokus kepada beberapa aspek yang memerlukan perhatian segera.PETALING JAYA: Malaysia harus berhenti “berdrama” dalam menyediakan rancangan lima tahunnya dan mengambil langkah konkrit pada masa ini dengan memfokus kepada beberapa aspek yang memerlukan perhatian segera daripada kerajaan yang bertanggungjawab, kata seorang bekas menteri.
Zaid Ibrahim yang pernah memegang portfolio undang-undang berkata, rancangan lima tahun yang dibuat sebelum ini “membuang masa dan wang” kerana ia tidak pernah dibincangkan secara panjang lebar oleh parti pemerintah dan mungkin disediakan oleh “beberapa pegawai kanan kerajaan dengan bantuan perunding asing”.
Katanya, orang ramai mungkin kagum dengan “keluasan dan kedalaman” rancangan sebelum ini tetapi tiada langkah besar mahupun bermakna dilaksanakan sepenuhnya dan sasaran tidak dicapai selepas tempoh lima tahun berakhir.
“Apa jadi dengan rancangan perindustrian kita yang hebat, rancangan untuk perpaduan dan kelahiran semula negara? Apa jadi dengan mencapai impian 2020 dengan negara ini akan maju seperti negara-negara dunia pertama?” soalnya dalam catatan di Facebook.
“Apa jadi dengan sains dan inovasi dalam sistem pendidikan kita? Mana rancangan untuk (menjadi) ekonomi berpendapatan tinggi dan untuk pemerkasaan rakyat?”
Katanya, ini semua tinggal “rancangan dalam arkib Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri”.
Sebelum memulakan rancangan lima tahun, Zaid menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz untuk terlebih dahulu fokus kepada usaha menangani Covid-19 dengan merangka rancangan terperinci yang harus dibahaskan dengan mendalam di Parlimen.
Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, standard pendidikan juga harus dipertingkat dengan mencari jalan untuk menangani kuota tanpa mengorbankan kualiti dan menanamkan daya saing.
“Bagaimana juga kita hendaklah hasilkan graduan yang cukup bagus untuk menyertai perkhidmatan perubatan kerajaan secara kekal? Bagaimana kita hendak hasilkan graduan yang akan mendapat pekerjaan dengan gaji yang berpatutan, cukup untuk membayar (pinjaman) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)?
“Jangan harap menteri pendidikan kita untuk rangka rancangan ini, minta pakar-pakar pendidikan yang bagus (untuk rangkanya) dan bentang kepada Parlimen untuk luluskan. Ini lebih baik daripada rancangan lima tahun yang bunyinya gah,” katanya.
Zaid berkata, perkhidmatan awam juga mesti dirombak dengan memfokuskan kepada skim pencen yang mampan dalam jangka panjang dan negara mesti mencari jalan untuk mengurangkan pembaziran dari segi memansuhkan pencen bagi “menteri-menteri yang sudah bergaji besar, malah kaya raya”.
Katanya lagi, kerajaan mesti mencari jalan untuk mengurangkan bilangan pelantikan penasihat dan duta khas supaya lebih banyak dapat dilakukan untuk rakyat, bukan rakan sekerja dalam Jemaah Menteri.
Tambahan, kerajaan patut merangka rancangan untuk menaik taraf pertanian secara radikal dengan meningkatkan sokongan kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee.
“Ronald adalah menteri yang bagus tetapi beliau memerlukan sokongan politik untuk membuat rombakan dan menjadikan tanah terbengkalai seluas 30 juta ekar berguna dan produktif.
“Beliau memerlukan iltizam politik untuk menjadikan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) lebih sesuai dengan keperluan negara dan petani,” katanya.
Akhir sekali katanya, Kementerian Kewangan harus mengeluarkan lima lagi lesen kepada pihak yang ingin meminjamkan wang kepada perniagaan pada kadar berpatutan, sambil menambah, bank besar harus berpubah kerana mereka tidak menyokong perniagaan kecil dan pengusaha baharu.
Katanya, jika Tengku Zafrul dapat menyediakan rancangan ini, ia harus diserahkan kepada parti politik yang lebih besar bagi pertimbangan; jika tidak, ia tidak akan dapat dilaksanakan.
Zaid menggesa menteri kewangan itu untuk menjadikan China sebagai model bagi Malaysia atas kejayaan rancangan lima tahun mereka hasil perancangan teliti dan “kerja orang yang bijak”, bukan perunding asing.
“Rancangan ini turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada jentera politik. Inilah negara yang patut kita hantar duta khas, untuk mengkaji bagaimana mereka uruskan ekonomi. Kita tidak perlu duta khas ke Timur Tengah atau tempat lain.
“Kita perlu ikut model negara paling berjaya dalam sejarah manusia jika kita serius untuk mengubah trajektori Malaysia yang gagal,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/lupakan-rancangan-5-tahun-ambil-langkah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kuarters Tun M Masa Mula Mula Jadi Doktor Tahun 1956

Ini Kuarters Tun M Masa Mula Mula Jadi Doktor Tahun 1956

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 317 hits
STRUKTURNYA masih utuh dan cantik namun kebanyakan tingkap sudah tidak sempurna
Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

Benar Kata Peribahasa Masa Itu Emas

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 174 hits
Peribahasa Melayu pernah menyebut masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia siakan Perumpamaan itu memberi makna yang tersendiri hari ini apabila jaguh lontar peluru negara Muhammad Ziyad Zolkifli sec...
Buka Semula Sekolah Langkah Wajar Utamakan Keselamatan Pelajar Kata Nutp

Buka Semula Sekolah Langkah Wajar Utamakan Keselamatan Pelajar Kata Nutp

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 204 hits
September 12 2021 NUTP berharap semua guru akan terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada Kementerian Pendidikan susulan pengumuman berhubung pembukaan semula sekolah mulai bulan depan PETALING JAYA Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Keban...
Terserah Pada Pm Untuk Tentukan Masa Depan Saya Kata Speaker Dewan Rakyat

Terserah Pada Pm Untuk Tentukan Masa Depan Saya Kata Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 229 hits
Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat oleh bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan mula berkhidmat sejak Julai 2020 PETALING JAYA Azhar Azizan Harun menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob unt...
Hanya 14 000 Penduduk 18 Tahun Ke Atas Belum Divaksin Di N Sembilan Kata Mb

Hanya 14 000 Penduduk 18 Tahun Ke Atas Belum Divaksin Di N Sembilan Kata Mb

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 208 hits
Menteri Besar Aminuddin Harun berkata pihaknya turut bercadang membuka PPV secara walk in di semua daerah di Negeri Sembilan SEREMBAN Hanya kira kira 14 000 individu daripada keseluruhan 831 107 penduduk Negeri Sembilan berusia 18 tahun ke ...
2022 Akan Jadi Tahun Pemulihan Negara Kata Pengerusi Mpn

2022 Akan Jadi Tahun Pemulihan Negara Kata Pengerusi Mpn

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 176 hits
BERNAMA Menurut Muhyiddin inisiatif ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac tahun lepas telah membentuk asas kukuh bagi membantu pemulihan negara Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin Gambar Bernama Pengerusi Majlis Pemuli...
Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

Tak Perlu Tunggu 100 Hari Ahli Jemaah Menteri Sudah Diberi Masa Cukup Sebelum Ini Kata Dewan Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 215 hits
Orang awam menyaksikan siaran langsung pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat PETALING JAYA Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berpendapat tempoh 100 hari yang diberikan oleh Perdana Menteri Ismail Sab...
Hiburan Depan Kata Lain Belakang Kata Lain Zynakal Kongsi Pengalaman 5 Tahun Bergelar Penyanyi

Hiburan Depan Kata Lain Belakang Kata Lain Zynakal Kongsi Pengalaman 5 Tahun Bergelar Penyanyi

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 319 hits
Penyanyi rap serta komposer muda yang namanya semakin meningkat naik Zynakal ada berkongsikan sedikit pengalaman yang pernah dilaluinya sepanjang hampir 5 tahun bergelar anak seni ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Zynakal atau nama sebena...
Kata Kata Semangat Manfaatkan Masa

Kata Kata Semangat Manfaatkan Masa

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 273 hits
Kata kata Semangat Manfaatkan Masa Masa akan terus berjalan ke hadapan Masa tidak akan pernah undur ke belakang Anda dan saya akan semakin menjadi tua Kita tidak akan menjadi muda semula Inilah lumrah kehidupan Ia tidak boleh kita ubah dan ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023