Tiada Sumbangan 6 Pusat Tahfiz Di Pasir Puteh Berdepan Risiko Ditutup


azrulhakimie

Lebih 500 pelajar anak golongan asnaf mungkin hilang tempat belajar PASIR PUTEH– Lebih 500 pelajar di enam pusat pengajian tahfiz al-Quran di kawasan Semerak di sini, berdepan risiko kehilangan tempat belajar berikutan institusi tersebut berdepan masalah dana untuk menampung perbelanjaan makan minum serta bayaran bil elektrik dan air.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata dua pusat pengajian tahfiz al-Quran berkenaan terletak di Kampung Dalam Rhu, manakala masing-masing sebuah di Kampung Pak Makyong, Kampung Besar, Kuala Semerak dan Kampung Dalam Huma.
“Lebih 500 pelajar yang sebilangan besarnya terdiri daripada anak golongan asnaf di pusat-pusat itu mungkin hilang tempat belajar dalam masa yang singkat sekiranya tiada bantuan daripada mana-mana pihak.
“Saya cadangkan supaya kerajaan Persekutuan salur geran tahunan untuk membantu enam pusat pengajian itu yang semakin tenat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada pemberita selepas melawat Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari di Tok Bali, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Hassan berharap geran bantuan itu akan dapat meringankan beban pihak pengurusan pusat terlibat untuk menampung perbelanjaan harian yang sebelum ini hanya diperoleh menerusi sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) semata-mata.
Sementara itu, Mudir Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari Khahairizal Abdullah berkata pusat tersebut membelanjakan RM300 sehari untuk perbelanjaan makan dan minum untuk keperluan 25 pelajarnya.
“Pusat tahfiz ini juga pernah tidak dapat membayar bil elektrik dan air yang tertunggak sejak tiga bulan lepas dengan jumlah RM3,500 kerana tiada sumbangan. Kami bersyukur tunggakan itu dapat dijelaskan semalam selepas menerima dana daripada pihak yang tidak dapat disebutkan namanya sebaik sahaja mendapat maklumat dalam media sosial,” katanya.
Khahairizal berkata pihaknya meramalkan keadaan pusat itu akan bertambah tenat dalam tempoh enam bulan akan datang sekiranya tidak menerima sebarang bentuk bantuan atau dana bagi menampung perbelanjaan bulanan.
“Sebelum PKP, seramai 80 pelajar termasuk dari Terengganu dan luar negara terutama Vietnam, Indonesia dan Kemboja mengikuti pembelajaran secara percuma di pusat yang ditubuhkan sejak 1998 ini,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/tiada-sumbangan-6-pusat-tahfiz-di-pasir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Madrasah Dan Pusat Tahfiz Pahang Nazak

Madrasah Dan Pusat Tahfiz Pahang Nazak

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 253 hits
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD MAAHAD Tahfiz Darul Ulum Al Islami ditutup ekoran penularan wabak Covid 19 di Felda Jengka 11 di Maran Pahang UTUSAN SALEHUDIN MAT RASADMARAN Pandemik Covid 19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu melumpuhkan op...
I Guru Gesa Kerajaan Jabatan Agama Bantu Pusat Tahfiz

I Guru Gesa Kerajaan Jabatan Agama Bantu Pusat Tahfiz

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 455 hits
Oleh RAMDHAN SAMSUDIN MOHD AZIZEE HASANPETALING JAYA Kerajaan dan Jabatan Agama Islam digesa membantu 1 603 pusat tahfiz yang sebahagiannya mengalami pelbagai masalah melibatkan guru serta pelajar ketika ini Presiden Ikatan Guru Guru Muslim...
Ptm Untuk Menekan Risiko Learning Loss

Ptm Untuk Menekan Risiko Learning Loss

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 198 hits
Bagaimana pun Menkominfo menegaskan keselamatan insan pendidikan tetap prioritas utama
Wanita Hamil Perlu Ambil Vaksin Elak Risiko Jangkitan Kategori 3 4 Dan 5

Wanita Hamil Perlu Ambil Vaksin Elak Risiko Jangkitan Kategori 3 4 Dan 5

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 262 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Waspada pelbagai varian baharu dan berbahaya muncul sekarang BANGI Wanita mengandung masih perlu mengikut prosedur operasi standard yang ketat meskipun sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID 19 Meskipun kadar pe...
Pkpd Ppr Taman Manggis Bergantung Kepada Penilaian Risiko Pkd

Pkpd Ppr Taman Manggis Bergantung Kepada Penilaian Risiko Pkd

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 308 hits
Sebuah program saringan bersasar khas telah dijalankan di Projek Perumahan Rakyat Taman Manggis Jalan Zainal Abidin di sini tadi Ketua Menteri Y A B Tuan Chow Kon Yeow ketika ditemui memberitahu beliau dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan Dae...
Saya Tak Cukup Putih Henry Golding Berdepan Diskriminasi Hollywood

Saya Tak Cukup Putih Henry Golding Berdepan Diskriminasi Hollywood

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 509 hits
HENRY GOLDING KEJAYAAN pelakon kelahiran Malaysia yang kini membina nama di Hollywood Henry Golding sebenarnya seindah yang dilihat daripada kaca luaran apabila secara dalamannya dia dikecam hebat apabila watak yang dimainkan dalam filem Sn...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan

Lawan Petanque Makan Ayam Gepuk Bang Ujang Minum Penang Ais Tingkap

8 Contoh Kata Sambutan Pembukaan Acara Resmi Singkat

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh