I Guru Gesa Kerajaan Jabatan Agama Bantu Pusat Tahfiz


Oleh RAMDHAN SAMSUDIN MOHD AZIZEE HASANPETALING JAYA: Kerajaan dan Jabatan Agama Islam digesa membantu 1,603 pusat tahfiz yang sebahagiannya mengalami pelbagai masalah melibatkan guru serta pelajar ketika ini.
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan mencadangkan, Jabatan Agama Islam setiap negeri melibatkan Baitulmal dan Lembaga Zakat untuk melihat peluang membantu pusat tahfiz tersebut.
Katanya, bantuan itu perlu dilihat mengikut keutamaan yang lebih cenderung kepada guru tahfiz kerana gaji mereka hanya bergantung kepada sumber pembayaran yuran pengajian ibu bapa.
“Saya mencadangkan bantuan secara ‘one off’ diberikan terlebih dahulu kerana pendapatan guru tahfiz sudah lama terjejas berikutan pusat tahfiz tidak dibenarkan beroperasi secara fizikal.
“Guru tahfiz juga perlu diberikan latihan kemahiran digital menggunakan teknologi seperti laptop dan tablet supaya guru lebih mudah mengajar pelajar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Pada 22 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan lebih 10,000 atau 50 peratus pelajar pusat tahfiz di seluruh negara tercicir dalam pengajian ekoran pelaksanaan tiga siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Keadaan itu menyebabkan pelajar tahfiz tidak dapat mengikuti pengajian dengan sempurna kerana pembelajaran secara maya yang ditawarkan mengundang pelbagai masalah terutama pemilikan peranti dan capaian internet.
Tambahnya, jika bantuan itu melibatkan guru sudah semestinya melibatkan pelajar juga.
Beliau juga turut mencadangkan bantuan alat peranti dan data internet diberikan kepada pelajar bagi memudahkan proses pengajian mereka.
“Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi swasta dalam membantu memberikan bantuan data internet kepada pelajar,” ujarnya.
KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIADalam pada itu, Pensyarah Jabatan Quran dan Hadith Universiti Malaya, Dr. Sedek Ariffin berkata, keberkesanan belajar secara online dalam kalangan pelajar tahfiz tidak berkesan berikutan suasana ketika belajar tidak efektif berbanding sebelum ini dilakukan secara berjemaah.
Katanya, hal itu menyebabkan pusat tahfiz menurunkan gred pemarkahan supaya lebih mudah pelajar tahfiz mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Jujur saya katakan, pembelajaran secara online sememangnya kurang berkesan. Mengikut statistik yang diterima, berlaku penurunan sebanyak 40 peratus di pusat tahfiz swasta kerana swasta lebih bermasalah kerana tiada penyeliaan yang sempurna daripada pengurusan mereka.
“Mengikut pemerhatian mudir, pembelajaran seperti menghafaz al-Quran sememangnya dilakukan secara berjemaah, jika pelajar berada di rumah, fokusnya mudah hilang,” jelasnya.
Tambahnya, jika pelajar tersebut berada di pusat tahfiz, sememangnya mereka dididik mengikut rutin harian mereka yang hampir kesemuanya dilakukan bersama guru dan pelajar yang lain.
Katanya lagi, berikutan pembelajaran yang kurang berkesan menyebabkan lahirnya hufaz-hufaz yang kurang berkualiti pada masa hadapan. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/i-guru-gesa-kerajaan-jabatan-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Diseru Main Peranan Bantu Kerajaan Bendung Covid 19 Di Sabah

Pembangkang Diseru Main Peranan Bantu Kerajaan Bendung Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 185 hits
BernamaShahelmey berkata pemimpin pembangkang juga diseru berganding bahu bersama kerajaan terutama dalam menjayakan program imunisasi bagi melindung rakyat daripada pandemik COVID 19 Foto BERNAMA KOTA KINABALU Semua pihak termasuk bersama ...
Tibai Pelajar Oku Guna Penyapu Guru Agama Didakwa

Tibai Pelajar Oku Guna Penyapu Guru Agama Didakwa

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 183 hits
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5 000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan PETALING JAYA Seorang guru agama di sebuah madrasah di Telok Mas mengaku t...
Presiden Umno Terus Pantau Beri Idea Bantu Kerajaan

Presiden Umno Terus Pantau Beri Idea Bantu Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 137 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beliau akan terus mengambil pendekatan untuk membantu kerajaan baharu bagi membendung penularan wabak Covid 19 Menurutnya ia termasuk dengan cara memantau memberi pandangan d...
Hiburan Segalanya Atas Kerelaan Pu Azman Bantu Saudara Baru Peluk Agama Islam

Hiburan Segalanya Atas Kerelaan Pu Azman Bantu Saudara Baru Peluk Agama Islam

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 211 hits
Pelakon dan juga pendakwah selebriti Pencetus Ummah Azman meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dapat membantu seorang wanita yang berhajat untuk memeluk Islam menerusi siaran langsung Instagramnya baru baru ini Ujar PU Azman perkara te...
Madrasah Dan Pusat Tahfiz Pahang Nazak

Madrasah Dan Pusat Tahfiz Pahang Nazak

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 121 hits
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD MAAHAD Tahfiz Darul Ulum Al Islami ditutup ekoran penularan wabak Covid 19 di Felda Jengka 11 di Maran Pahang UTUSAN SALEHUDIN MAT RASADMARAN Pandemik Covid 19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu melumpuhkan op...
Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin

Kerajaan Pun Tak Boleh Paksa Edika Yusof Ulas Isu 779 Guru Tolak Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 465 hits
Rentetan daripada isu 779 guru yang menolak suntikan vaksin COVID 19 pelakon Edika Yusof turut tidak ketinggalan dalam memberi pandangan tentangnya
Tiada Sumbangan 6 Pusat Tahfiz Di Pasir Puteh Berdepan Risiko Ditutup

Tiada Sumbangan 6 Pusat Tahfiz Di Pasir Puteh Berdepan Risiko Ditutup

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 326 hits
Lebih 500 pelajar anak golongan asnaf mungkin hilang tempat belajar PASIR PUTEH Lebih 500 pelajar di enam pusat pengajian tahfiz al Quran di kawasan Semerak di sini berdepan risiko kehilangan tempat belajar berikutan institusi tersebut berd...
Peranan Belia Yakin Belia Mampu Bantu Kerajaan Mppk Usahawira

Peranan Belia Yakin Belia Mampu Bantu Kerajaan Mppk Usahawira

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 228 hits
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara Menurut Presidennya Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri golongan belia boleh diambil kira dan dil...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat