Madrasah Dan Pusat Tahfiz Pahang Nazak


Oleh SALEHUDIN MAT RASAD MAAHAD Tahfiz Darul Ulum Al-Islami ditutup ekoran penularan wabak Covid-19 di Felda Jengka 11 di Maran, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASADMARAN: Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lalu melumpuhkan operasi institusi pendidikan agama swasta dan pusat tahfiz di negeri ini yang disifatkan sebagai sedang ‘nazak’.
Ia diakui Mudir Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Islami di sini, Mohd. Khairul Poniran, 50, yang terpaksa bertahan untuk beroperasi walaupun menghadapi masalah kewangan yang teruk pada ketika ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, maahad yang diasaskan 20 tahun lalu di Felda Jengka 11 itu ‘jantung hatinya’ dan mempunyai 250 pelajar dan 24 guru yang mengajar pelbagai subjek.
“Bagaimanapun, sejak bulan Mei tahun ini, seluruh pusat tahfiz di negeri ini diarah tutup atas faktor keselamatan kesihatan akibat pandemik Covid-19.
“Semua pihak sedia maklum pusat tahfiz dan institusi pendidikan agama swasta bergantung sepenuhnya kepada yuran pelajar dan sumbangan ibu bapa dan dermawan,” katanya di sini semalam.
MOHD. KHAIRUL PONIRANMohd. Khairul berkata, dia dan beberapa guru masih menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) supaya pelajar tidak leka dan dapat menjalankan proses pendidikan di rumah.
Tambahnya, sebelum pandemik Covid-19 melanda negara, pusat tahfiz tiada masalah daripada segi kewangan kerana ramai menginfaq tetapi kini tiada lagi kerana masalah ekonomi yang berlaku.
“Kini, terdapat ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran RM200 kerana pelbagai masalah seperti kehilangan pekerjaan dan lain-lain.
“Saya dimaklumkan, terdapat rakan-rakan yang membuka pusat tahfiz di negeri ini terpaksa tutup operasi kerana tiada sumber kewangan,” katanya.
Sementara itu, Mudir Madrasah Raudhah Al Muhibbin (Pondok Pak Kob), Chenor, Barakahtullah Mohd. Bahari, 39, mencadangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyediakan dana khas tahunan membantu institusi pendidikan agama swasta seperti pusat tahfiz.
Ini kerana ujarnya, pandemik Covid-19 dijangka memakan masa yang lebih lama boleh menjejaskan usaha melahirkan generasi muda tahfiz al-Quran.
Beliau berkata, dana khas kerajaan Pusat dan negeri kepada pusat tahfiz secara langsung menyuburkan usaha mendidik generasi al-Quran menerajui negara pada masa depan. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/madrasah-dan-pusat-tahfiz-pahang-nazak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Separuh Maahad Tahfiz Di Perak Nazak Hanya Mampu Bertahan Tiga Bulan Sahaja

Lebih Separuh Maahad Tahfiz Di Perak Nazak Hanya Mampu Bertahan Tiga Bulan Sahaja

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 576 hits
Suhakam menggesa kerajaan memastikan sekolah tahfiz diselaraskan mengikut undang undang dengan penguatkuasaan PKP PETALING JAYA Perintah kawalan pergerakan 3 0 terus mencengkam dengan terbaharu lebih separuh daripada keseluruhan maahad tahf...
I Guru Gesa Kerajaan Jabatan Agama Bantu Pusat Tahfiz

I Guru Gesa Kerajaan Jabatan Agama Bantu Pusat Tahfiz

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 393 hits
Oleh RAMDHAN SAMSUDIN MOHD AZIZEE HASANPETALING JAYA Kerajaan dan Jabatan Agama Islam digesa membantu 1 603 pusat tahfiz yang sebahagiannya mengalami pelbagai masalah melibatkan guru serta pelajar ketika ini Presiden Ikatan Guru Guru Muslim...
Tiada Sumbangan 6 Pusat Tahfiz Di Pasir Puteh Berdepan Risiko Ditutup

Tiada Sumbangan 6 Pusat Tahfiz Di Pasir Puteh Berdepan Risiko Ditutup

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 411 hits
Lebih 500 pelajar anak golongan asnaf mungkin hilang tempat belajar PASIR PUTEH Lebih 500 pelajar di enam pusat pengajian tahfiz al Quran di kawasan Semerak di sini berdepan risiko kehilangan tempat belajar berikutan institusi tersebut berd...
Juhanis Ajis Sitin Di Lantik Ahli Dewan Negara Baharu Bagi Mewakili Negeri Pahang

Juhanis Ajis Sitin Di Lantik Ahli Dewan Negara Baharu Bagi Mewakili Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 506 hits
KUANTAN Dua orang Ahli Dewan Negara yang baharu dilantik oleh Dewan Negeri Pahang iaitu Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pahang Datuk Juhanis Abdul Aziz dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Datuk Ajis Sitin Dato Juhanis a...
Tujuh Lokaliti Di Kelantan Pahang Dan Sabah Dikenakan Pkpd

Tujuh Lokaliti Di Kelantan Pahang Dan Sabah Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh GAMBAR Abd Razak Aid SEBANYAK tujuh lagi lokaliti di tiga negeri akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan susulan peningkatan kes positif COVID 19 PKPD terbaharu itu melibatkan kawasan di Kelantan Pahang dan S...
Tak Masuk Akal Bersatu Tanding Banyak Kerusi Di Pahang

Tak Masuk Akal Bersatu Tanding Banyak Kerusi Di Pahang

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 183 hits
Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang kata Umno Pengerusi Umno Pahang menyifatkan hasrat Bersatu bertanding di lima kerusi Parlimen dan beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri sebagai tidak masuk akal kerana parti itu tidak ...
Persatuan Pencinta Alam Malaysia Gesa Tubuh Syarikat Untuk Menjaga Taman Negeri Pahang

Persatuan Pencinta Alam Malaysia Gesa Tubuh Syarikat Untuk Menjaga Taman Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 292 hits
KUANTAN Enakmen Taman Negeri Pahang Corporation yang diluluskan dalam sidang DUN semalam berisiko mengancam kepelbagaian bio dan hutan yang dilindungi di negeri itu menurut NGO alam sekitar Persatuan Pencinta Alam Malaysia Ia juga menghala ...
Hulu Jelai Forest Reserve Degazettement Claim False Pahang Mb

Hulu Jelai Forest Reserve Degazettement Claim False Pahang Mb

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 250 hits
Allegations that a 660 hectare area in the Hulu Jelai forest reserve in Lipis would be degazetted for Lanthanide rare earth mining are untrue and there is currently no national standard operating procedure for such mining activities said Pa...
Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kari Ikan Chef Anand

Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The Ai Gold Rush Is Making People Rich

Jay Jay Perjalanan Ke Syurga Chord

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan