Tiada Sebab Bn Tolak Belanjawan 2021 Kata Tajuddin


malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 9:00 pm
Tajuddin Abdul Rahman
Sokongan bersyarat yang diberikan oleh BN terhadap Belanjawan 2021 menimbulkan tanda tanya mengenai sokongan gabungan itu agar belanjawan berkenaan dapat diluluskan.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata Umno yang juga sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) tiada masalah untuk memberikan sokongan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, Umno juga telah membuat ketetapan berhubung perkara itu dan tiada sebab untuk menolak Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lalu.

"Secara peribadi saya berpuas hati dengan Belanjawan 2021 yang dilihat membantu rakyat di setiap lapisan.

“Walaupun kita sebahagian dari kerajaan, kita juga mempunyai peranan untuk melakukan ‘semak dan imbang'.

“Sebagai 'backbenchers' saya gembira kerana peruntukan diberikan adalah besar dan ia meliputi seluruh rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, pusingan pertama pengundian Belanjawan 2021 akan berlangsung pada 17 Nov.

Kemampuan kerajaan PN untuk meluluskan belanjawan masih menjadi persoalan apabila Perdana Menteri Muhyiddin yassin dikatakan memperolehi majoriti tipis Dewan Rakyat.

Kelmarin, ketika membahaskan Belanjawan 2021, bekas perdana menteri Najib Razak berkata, sokongan BN terhadap belanjawan kali ini adalah sokongan bersyarat.


Ini kerana Umno masih menuntut supaya kerajaan melanjutkan moratorium selama enam bulan dan membenarkan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP.

Kenyataan Najib itu dikritik Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan ‘sokongan bersyarat itu ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.

Dia juga berpendapat, amat janggal untuk ahli parlimen Pekan mengenakan sokongan bersyarat seperti itu.

“Sedikit berbeza dengan ahli parlimen lain, saya rasa meletakkan syarat sokongan supaya kerajaan meluluskan pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Akaun 1 dan lanjutan automatik moratorium agak janggal kerana ia tiada keperluan dalam Belanjawan 2021 ini," katanya ketika berbahas semalam.

Pada 4 Nov lalu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang parti itu menyokong tidak berbelah bagi Belanjawan 2021.

'Apa yang dibangkitkan Najib bukan isu'

Seorang lagi ahli Parlimen BN yang enggan namanya disiarkan berkata, keputusan itu dibuat BN secara konsesus dan syarat itu juga telah dimaklumkan pucuk pimpinannya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

"Sebenarnya tidak menjadi isu lagi, BN telah menyatakan sokongan kepada Belanjawan 2021 dengan tidak berbelah bagi, tapi mengemukakan pertimbangan supaya perdana menteri melanjutkan moratorium dan membenarkan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Jadi, apa yang dibangkitkan Najib dalam persidangan Parlimen bukan lagi isu. Bagi saya ia selaras dengan keputusan yang telah dibuat," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu seorang lagi Ahli Parlimen BN ketika dihubungi berkata ucapan Najib pada sesi perbahasan itu kelmarin bukanlah satu isu.

"Saya secara peribadi menyokong apa yang dibangkitkan oleh Najib kerana itu juga ketetapan BN.

"Jadi, apa yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri itu bukan isu," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/tiada-sebab-bn-tolak-belanjawan-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 487 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Tak Mampu Bantu Kami Kata Persatuan Pelancongan Sabah

Belanjawan 2021 Tak Mampu Bantu Kami Kata Persatuan Pelancongan Sabah

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 249 hits
Persatuan Pelancongan Sabah menjangkakan banyak pusat pelancongan mungkin ditutup jika kerajaan tidak mengkaji semula Belanjawan 2021 dan menambah peruntukan untuk industri itu KOTA KINABALU Persatuan Pelancongan Sabah yang kecewa dengan Be...
Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 349 hits
Kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas Presidennya Mohamad Sabu memaklumkan keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam P...
Belanja Lebih Untuk Pulih Lebih Pantas Kata Panel Forum Belanjawan 2021

Belanja Lebih Untuk Pulih Lebih Pantas Kata Panel Forum Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 272 hits
Belanja lebih untuk pulih lebih pantas kata panel forum Belanjawan 2021 Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 N
Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Lebih 6 600 cadangan diterima daripada sesi konsultasi Belanjawan 2021 bersama parti politik dan juga melalui lawan sesawang Belanjawan 2021 sehingga 2 November kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz Beliau berkata ini ...
Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan Capai Kata Sepakat Lulus Belanjawan 2021

Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan Capai Kata Sepakat Lulus Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 284 hits
nbsp KUALA LUMPUR Para pemerhati menggesa ahli Parlimen untuk mengetepikan perbezaan mereka dan mencapai kata sepakat untuk meluluskan cadangan Belanjawan 2021 pada sesi pengundian di Parlimen yang dijangka pada 25 November ini nbsp Penguru...
Tolak Belanjawan 2021 Demi Selamatkan Rakyat

Tolak Belanjawan 2021 Demi Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 294 hits
SHAHBUDIN HUSIN Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 6 November lalu Pertama rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan penca...
Tuduhan Pengkhianat Jika Tolak Belanjawan Shahidan Kata Dia Tidak Maksudkan Najib

Tuduhan Pengkhianat Jika Tolak Belanjawan Shahidan Kata Dia Tidak Maksudkan Najib

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 353 hits
freemalaysiatoday com KUALA LUMPUR Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional Shahidan Kassim berkata beliau tersasul dan tidak tujukan ungkapan pengkhianat kepada Najib Razak apabila membidas pihak yang menolak Belanjawan 2021 p...
The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak