Lebih 6 000 Cadangan Diterima Daripada Sesi Konsultasi Belanjawan 2021 Kata Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Lebih 6,600 cadangan diterima daripada sesi konsultasi  Belanjawan 2021 bersama parti politik dan juga melalui lawan sesawang  Belanjawan 2021 sehingga 2 November, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul  Abdul Aziz.
Beliau berkata, ini termasuk lebih 170 cadangan yang diterima susulan perjumpaan bersama ahli politik.
“Secara amnya, cadangan tertumpu kepada sokongan dan bantuan  yang diperlukan untuk mengatasi kesan-kesan Covid-19 menjelang tahun  2021.
“Antara sektor dengan cadangan tertinggi, termasuklah kesihatan, sokongan pekerjaan, pendidikan dan industri PKS.
“Kementerian sedang memperhalusi kesemua cadangan untuk disertakan  dalam Belanjawan 2021 yang bakal diumumkan pada Jumaat, 6 November ini,”  katanya dalam kenyataan hari ini.
Zafrul berkata, sesi konsultasi bersama parti politik adalah  kesinambungan kepada usaha penyediaan Belanjawan 2021 yang inklusif dan  komprehensif.
Katanya sejak Julai, lebih 40 sesi konsultasi diadakan melibatkan lebih 2,000 individu dan wakil perniagaan.
“Ini termasuk sesi turun padang ke setiap negeri buat kali pertamanya  dalam sejarah kementerian untuk mendekati rakyat dan perniagaan yang  terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.
Beliau berkata, konsultasi Belanjawan 2021 bersama wakil parti  politik negara melibatkan Umno, GPS, PAS, MCA, Warisan dan Pakatan  Harapan (PH), yang terdiri daripada PKR,DAP dan Amanah.
“Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak  berkepentingan, iaitu rakyat, perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan  serta sektor awam dan swasta, yang terlibat dalam proses konsultasi  ini,” katanya.
Beliau berkata, Belanjawan 2021 merupakan fasa ke-5 dalam strategi 6  fasa atau Strategi 6R, iaitu rancangan pemulihan ekonomi kerajaan yang  digerakkan sejak Mac lepas.
Katanya, fasa sebelum ini merangkumi pelan rangsangan ekonomi  Prihatin, Prihatin PKS+, Penjata dan Kita Prihatin berjumlah RM305  bilion.
“Belanjawan 2021 adalah kesinambungan pencapaian pakej tersebut dan  mempunyai 3 matlamat utama, iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan  perniagaan dan ketahanan ekonomi,” katanya.
#Sumber : FMT  
MR :  Zahrul bersifat mudah dan terbuka 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/lebih-6000-cadangan-diterima-daripada.html