Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Elak Cukai


Pendakwaan Tarik Balik Rayuan, Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram, Elak Cukai
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Notis penarikan balik rayuan yang dikemukakan pendakwa raya di Mahkamah Rayuan pada 9 Dis, menyatakan mereka tidak berhasrat untuk meneruskan rayuan tersebut.
“Tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy (kini Hakim Mahkamah Rayuan) pada 19 Dis 2024, pendakwa raya telah memberi notis untuk merayu bertarikh 20 Dis 2024. Pendakwa raya memberi notis untuk tidak berhasrat meneruskan rayuan tersebut,” menurut notis itu.
Berdasarkan surat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, pengurusan kes yang telah ditetapkan pada 22 Dis ini, dilapangkan dan rayuan tersebut terbatal sebagaimana diperuntukkan di dalam Aturan 73, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.
Sementara itu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Rosmah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menyatakan keputusan Hakim Muniandy terhadap pembebasan anak guamnya adalah wajar dan adil.
“Kami berasa lega kerana beliau (Rosmah) telah dibenarkan bebas sepenuhnya daripada pertuduhan itu. Keseluruhan proses ini telah menjadi ujian berat bagi beliau dan kami berbesar hati melihat keadilan akhirnya ditegakkan dan kes telah ditutup secara muktamad,” kata peguam itu.
Pada 19 Dis tahun lepas, Hakim Muniandy melepas dan membebaskan Rosmah daripada pertuduhan terbabit, selepas membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu untuk membatalkan kesemua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan tersebut tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang unsur kesalahan dalam tuduhan dikenakan.
Rosmah, 74, memfailkan permohonan untuk membatalkan tuduhan tersebut pada September 2023 dan perbicaraan bermula 24 Ogos 2023, dengan dua saksi telah memberi keterangan di mahkamah.
Pada 4 Okt 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Bangunan Getah Asli, Aras Bawah, 148 Jalan Ampang di sini antara 4 Dis 2013 hingga 8 Jun 2017, dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.
Pertuduhan pengubahan wang haram dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil haram tersebut atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, jika disabitkan.
Pertuduhan berkaitan pengelakan cukai pula dibuat di bawah Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mewajibkan beliau mengemukakan borang taksiran pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN selewat-lewatnya pada 30 April bagi tahun 2014, 2015, 2016, 2017, dan 2018, tanpa alasan munasabah, melanggar Seksyen 112 akta tersebut.
Selain kes ini, Rosmah juga sedang merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta, bagi kes rasuah melibatkan projek sekolah luar bandar solar hibrid 369 sekolah.
Tarikh pendengaran rayuan itu di Mahkamah Rayuan belum ditetapkan.
BACA: Wanita Minta Sunting Gambar Bersama Arwah Anak, Hasilnya Buat Netizen Sebak BACA: “Tak Pernah Rasa Bosan,” Lelaki Indonesia Akui Sering Ke Malaysia Sebab Perkara ‘Ini’ Sumber: Bernama
The post Pendakwaan Tarik Balik Rayuan, Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram, Elak Cukai appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/11/pendakwaan-tarik-balik-rayuan-rosmah-kekal-bebas-tuduhan-pengubahan-wang-haram-elak-cukai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 203 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram setelah berpuas hat...
Pertikaian Undang Undang Dengan Kerajaan Pahang Selesai Pekebun Durian Raub Tarik Balik Rayuan Dalam Notis Pengusiran

Pertikaian Undang Undang Dengan Kerajaan Pahang Selesai Pekebun Durian Raub Tarik Balik Rayuan Dalam Notis Pengusiran

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 178 hits
KUANTAN Pertikaian undang undang antara pekebun durian Raub Kerajaan Negeri Pahang dan beberapa agensi berhubung notis pengusiran berakhir hari ini selepas para pekebun menarik balik rayuan mereka Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai D...
Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal

Hiburan Ramai Nak Tengok Tersingkir Gv Nubhan Kekal Tenang Tak Menang Saya Balik Buat Sambal

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 233 hits
Bintang Gegar Vaganza musim ke 12 Nubhan kekal tenang meskipun menerima pelbagai komen negatif daripada segelintir netizen yang mahu melihatnya tersingkir daripada pertandingan itu Menurut Nubhan fokusnya hanya pada persembahan bukan isu pe...
Travel Smart Musim Hujan Elak Risiko Dan Kekal Selamat

Travel Smart Musim Hujan Elak Risiko Dan Kekal Selamat

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 186 hits
Travel Smart Musim Hujan Elak Risiko dan Kekal Selamat Musim hujan seringkali menjadi cabaran tersendiri bagi sesiapa yang ingin menikmati pengalaman travel di dalam dan luar negara Hujan lebat yang turun secara berterusan bukan sahaja bole...
Nafi Tuduhan Rafizi Sprm Tegas Jalan Siasatan Berdasarkan Aduan

Nafi Tuduhan Rafizi Sprm Tegas Jalan Siasatan Berdasarkan Aduan

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 136 hits
Agensi antirasuah sangkal dakwaan digunakan sebagai alat siasat calon pemilihan PKR SPRM tegas mana mana pihak boleh kemuka aduan berhubung salah laku melalui saluran rasmi yang tersedia bukannya secara terbuka di media sosial tanpa bukti P...
Mudir Madrasah Didakwa Lagi 3 Tuduhan Amang Seksual Seks Luar Tabii

Mudir Madrasah Didakwa Lagi 3 Tuduhan Amang Seksual Seks Luar Tabii

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 202 hits
FMT ReportersMohamad Aswadi Yah sebelum ini berdepan 18 pertuduhan seksual di Kelantan Terengganu dan Perak Tertuduh Mohamad Aswadi Yah 46 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang se...
Faisal Halim Nafi Curang Peguam Dedah Bekas Isteri Suka Buat Tuduhan Melulu

Faisal Halim Nafi Curang Peguam Dedah Bekas Isteri Suka Buat Tuduhan Melulu

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 267 hits
Peguam Syarie yang mewakili pemain sayap Selangor FC Faisal Halim iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader menafikan bahawa anak guamnya itu berlaku curang terhadap isteri Nur Syazwani Mizuana Shahril Faisal Halim nafi pernah curang Menurut laporan...
I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Last Supper In 2025 Hello 2026

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Serpihan Disyaki Jatuh Dari Angkasa Ditemui Di Pantai Nenasi

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours

Family Gathering Laman Casa Tangkak

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Tekanan Diplomatik Tindakan Kerajaan Lebanon Di Tengah Cabaran Dari As Dan Israel

Neuralink Akan Tingkatkan Pengeluaran Implan Otak Pada Tahun Ini Elon Musk

Autism Bukan Penghalang Rakan Baik Tuan Zra Prof Selamat Asrin Kini Ada Album Sendiri Ikon Busking Sejak 80 An