Tiada Lagi Rawatan Untuk Ainur Tetapi Ibu Tak Pernah Menyerah


Betapa rawannya hati ibu tatkala melihat wajah si kecil yang baru dilahirkan kebiruan. Jantungnya berdentak laju kerana jelas sekali anak keempat berbeza dari anak-anak yang lain sejurus dilahirkan. Ibu ini hanya menjangkakan mungkin si comel tertelan air ketuban.
Anak yang dinanti siang dan malam ini rupa-rupanya berhadapan dengan masalah yang cukup sulit. Dua hari selepas dilahirkan, segalanya terungkai dan sebagai ibu, Tuan Azilah Tuan Abdullah, 35 tahun, merasakan dunianya gelap serta-merta.
Apa lagi sepanjang kehamilan dirinya tidak berdepan dengan sebarang masalah. Jadi setelah doktor menjelaskan bahawa permata hatinya, Ainur Fatihah Saiful Hafiz yang kini berusia setahun tujuh bulan menghidap penyakit jantung kongenital (pulmonari atresia with ventricular septal defect), hatinya gundah.
Hospital bagaikan rumah kedua buat Ainur Dalam erti kata lain, Ainur Fatihah tidak mempunyai injap jantung dan jantungnya berlubang. Dalam masa yang sama, menurut Tuan Azilah, doktor turut menyatakan bahawa Ainur sebenarnya berdepan dengan penyakit jarang jumpa (PJJ).
“Sebagai ibu, memang bukan mudah untuk saya menelan kenyataan ini. Apatah lagi setiap kali memikirkan masa depan Ainur dan berapa lama masa yang saya ada untuk bersama dia. Segala-galanya bermain dalam fikiran saya, namun sama sekali saya tidak berserah.
“Sebenarnya apabila melihat keadaan Ainur secara luarannya, memang dia nampak seperti kanak-kanak normal. Tidak siapa tahu yang dia sedang menderita. Penyakit yang dihidapinya membuatkan Ainur berdepan dengan masalah kekurangan oksigen dalam badan.
“Kekurangan oksigen juga membuatkan pergerakan Ainur agak terbatas dan dia tak boleh letih. Ainur juga sangat sensitif dengan keadaan sekeliling, jika ada yang demam di rumah, memang saya kuarantinkan Ainur. Bimbang jika dia demam dan seterusnya melarat.
“Tetapi saya tidak mengurung Ainur di rumah, sesekali saya bawa dia keluar melihat dunia luar. Cuma saya sentiasa pantau keadaan Ainur kerana jika tersilap langkah, Ainur akan jadi biru,” ungkap Tuan Azilah atau lebih mesra disapa Aza.
Syukur Allah Pinjamkan Ainur
Dalam usia sebegini, sudah tiga kali pembedahan dilalui tubuh kecil dan comel ini. Biar pun pelbagai usaha dan prosedur dilakukan bagi memulihkan kesihatan Ainur, tetapi setakat ini belum ada apa-apa harapan dan menampakkan sinar.
Aza dan suami reda dengan apa yang berlaku, apa yang diharapkan ada keajaiban untuk kesembuhan Ainur Jadi Aza sering berteka-teki sampai bila Ainur dipinjamkan padanya, namun ibu beranak empat ini bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini. Sesungguhnya ujian demi ujian yang Allah berikan pada Aza sekeluarga membuatkan hatinya terjentik dan berbalik pada Allah.
Hati ibu mana yang tenang jika anak yang baru berusia setahun lima bulan sering kali menjadi penghuni hospital. Tidak lelap matanya mengenangkan keadaan Ainur setiap kali anaknya tidak sihat.
Ainur tidak mempunyai injap besar penyambung jantung dan paru-paru, oleh itu si kecil ini perlu bergantung kepada saluran untuk menghubungkan jantung ke paru-paru bagi proses menghantar darah pada seluruh anggota badan.
Memedihkan hati sang ibu apabila dirinya menerima keputusan doktor bahawa tiada lagi rawatan yang boleh diberikan pada Ainur. Bagai kaca yang berderai apabila Aza perlu menerima hakikat jangka hidup Ainur tidak lama.
“Ketika Ainur berusia tiga bulan, dia pernah melalui prosedrr dengan memasukkan tiub ujian bagi mengetahui masalah sebenar yang dilalui Ainur. Setelah ujian itu barulah kami tahu apa yang menyebabkan Ainur dalam keadaan demikian.
“Sepatutnya dalam masa yang sama Ainur perlu dibedah untuk membuat injap, tetapi doktor pakar mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembedahan itu kerana keadaan Ainur yang tidak mengizinkan serta bakal membahayakan nyawanya.
“Tetapi saya sama sekali tidak berputus asa kerana apa sahaja yang doktor sarankan demi kepentingan Ainur, pasti saya turutkan. Saya ingin lihat Ainur sihat dan membesar seperti anak-anak saya yang lain,” luahnya sebak.
Ainur berbeza daripada kanak-kanak lain, warna kulit, hujung jari, bibir dan lidahnya sedikit kebiruan Hampir Kehilangan Ainur
Masih jelas di ingatan Aza, penghujung tahun lalu dalam usia Ainur hampir setahun, anaknya biru secara tiba-tiba. Ainur jadi lemah dan rupa-rupanya oksigen dalam badannya hanya tinggal 28 peratus. Kala itu, Ainur tidak memberi respon.
Badannya yang menggigil dibungkus dengan kain, dalam hati Aza tidak putus-putus berdoa agar Allah tidak mengambil buah hatinya lagi. Biar pun setiap hari berdepan dengan segala macam risiko, tetapi sesungguhnya Aza tidak bersedia untuk menerima kehilangan Ainur kala itu.
Selepas 40 minit berlalu akhirnya jantung Ainur mula mengepam dan dia mula bernafas seperti biasa. Setinggi-tinggi syukur Aza panjatkan pada Allah kerana memberi kesempatan buatnya untuk terus berbakti kepada anaknya yang satu ini.
“Sejak peristiwa hitam itu, saya jadi lebih berhati-hati dan belajar memujuk hati untuk menerima kebarangkalian apa yang berlaku pada Ainur. Bukan mudah tetapi saya harus bersedia dengan apa sahaja.
“Doktor juga pernah tanya pada saya, jika tiba masanya jantung Ainur berhenti, adakah saya akan mengizinkan untuk prosedur CPR atau intubate dalam menyelamatkan nyawa anak saya.
“Tetapi saya jelaskan bahawa jika telah tiba masanya saya reda. Saya tidak mahu Ainur terseksa lagi. Saya juga telah tandatangan surat agar tidak menjalankan apa-apa prosedur jika sesuatu berlaku pada anak saya,” jelasnya sambil menyeka air mata dan berdoa akan ada keajaiban buat Ainur.
sumber: Mingguan Wanita
 
The post Tiada Lagi Rawatan Untuk Ainur, Tetapi Ibu Tak Pernah Menyerah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tiada-lagi-rawatan-untuk-ainur-tetapi-ibu-tak-pernah-menyerah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dihantui Ketukan Misteri Dari Tingkap Dapur Anak Dakwa Ibu Pernah Diganggu Ketika Hamil 7 Bulan

Dihantui Ketukan Misteri Dari Tingkap Dapur Anak Dakwa Ibu Pernah Diganggu Ketika Hamil 7 Bulan

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 399 hits
Tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara yang tak dapat dijelaskan namun ramai yang ketahui akan kewujudannya Dan terkadang ada perkara yang lebih baik tak terlihat dari muncul di depan mata Setiap orang pastinya ada menyimpan pelbagai kisa...
Pernah Alami Fasa Meroyan Ibu Ini Kongsi Caranya Lawan Emosi Pentingnya Sokongan Suami

Pernah Alami Fasa Meroyan Ibu Ini Kongsi Caranya Lawan Emosi Pentingnya Sokongan Suami

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 326 hits
Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85 peratus sewaktu tempoh berpantang Namun kebanyakannya hanya mengalami pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan Malah ia berlaku sekejap sahaja bi...
Selagi Tak Jadi Ibu Takkan Pernah Tahu Banyak Dugaan Nak Pastikan Jadi Yang Sempurna Untuk Anak

Selagi Tak Jadi Ibu Takkan Pernah Tahu Banyak Dugaan Nak Pastikan Jadi Yang Sempurna Untuk Anak

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 358 hits
Ketika dijemput ke program TV Mingguan Wanita untuk bercerita tentang topik Kerana Ibu Kuturutkan pelakon cantik Elfira Loy dan ibunya Filzah Yusoff saling berkongsi perasaan tentang hubungan mereka anak beranak Kata Elfira dahulu jika terp...
Ngaku Dapat Bisikan Gaib Ini Ibu Bunuh Bayi 3 Bulan Di Rumah Mertua Pisau Dapur Jadi Barang Bukti

Ngaku Dapat Bisikan Gaib Ini Ibu Bunuh Bayi 3 Bulan Di Rumah Mertua Pisau Dapur Jadi Barang Bukti

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 1002 hits
Mengaku mendapat bisikan gaib seorang ibu di Bandung tega menghabisi nyawa bayinya sendiri Kejadian tersebut terjadi di Kelurahan Cigadung Kecamatan Cibeunying Kaler Kota Bandung Minggu kemarin Ibu berinisial FM itu menusukkan pisau dapur k...
Lepas Makan 3 Minit Terus Satu Muka Merah Ibu Kongsi Bahaya Anak Makan Telur Tak Dimasak Penuh Ada Bakteria

Lepas Makan 3 Minit Terus Satu Muka Merah Ibu Kongsi Bahaya Anak Makan Telur Tak Dimasak Penuh Ada Bakteria

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 400 hits
Pemakanan dalam tempoh usia bayi dari lahir hingga dua tahun sememangnya penting bagi kesihatan dan perkembangan mereka Namun awas ada di antara makanan yang ibu bapa rasakan selamat tetapi rupanya tidak kerana boleh mneybabkan alahan pada ...
Bosch Hadir Dengan Kereta Sorong Bayi Elektronik Untuk Memudahkan Ibu Bapa

Bosch Hadir Dengan Kereta Sorong Bayi Elektronik Untuk Memudahkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 340 hits
Bagi para ibu bapa hari ini terdapat pelbagai pilihan kereta sorong bayi dalam memudahkan ibu bapa membawa anak mereka ke mana mana Dalam usaha memudahkan lagi kini Bosch turut memperlihatkan kereta sorong bayi elektronik mereka Dinamakan s...
Tunggu Ibu Abah Disana Bengkak Kaki Tangan Darah Tinggi Ibu Reda Bayi 27 Minggu Pergi Dulu

Tunggu Ibu Abah Disana Bengkak Kaki Tangan Darah Tinggi Ibu Reda Bayi 27 Minggu Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 457 hits
Memang ajal dan maut telah ditentukan Tapi setiap kehilangan pasti dirasakan apatah lagi bagi ibu yang kehilangan si kecil pernah menghuni rahimnya Catatan ibu ini benar benar menyebakkan Kuatnya berdepan dengan pemergian si kecil selepas 2...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement