Lepas Makan 3 Minit Terus Satu Muka Merah Ibu Kongsi Bahaya Anak Makan Telur Tak Dimasak Penuh Ada Bakteria
Pemakanan dalam tempoh usia bayi dari lahir hingga dua tahun sememangnya penting bagi kesihatan dan perkembangan mereka. Namun, awas ada di antara makanan yang ibu bapa rasakan selamat tetapi rupanya tidak, kerana boleh mneybabkan alahan pada si kecil.
Seperti perkongsian oleh seorang ibu, Rozalina Razak, yang berdepan dengan pengalaman bayinya yang berusia lapan bulan mengalami alahan di seluruh badan setelah memakan telur rebus.
Nampak biasa, tetapi sebenarnya telur rebus yang tidak dimasak sepenuhnya boleh menyebabkan alahan pada bayi kerana mengandungi bakteria salmonella. Ikuti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat buat ibu bapa di luar sana.
KISAH TELUR TAK DIMASAK SEPENUHNYA!
Masa ni Rania 8 bulan.. ibu bagi dia makan telur yang tak dimasak 100%.. sebab nak bagi dia makan lembut-lembut kan..
Lepas 3 minit terus jadi merah kat muka
Dalam masa 3 minit lepas makan telur tu terus jadi merah-merah kat muka.. gelabah gila masa ni.. kesian sangat kat dia.. lepas tu terus p hospital.. dalam perjalanan naik pulak kat badan dia..
Bukan alergik telur tapi telur tak masak penuh
Padahal sebelum ni bagi dia makan telur takdak masalah macam ni pun.. dok cakap mungkin dia alergik telur.. rupanya tak.. dia bukan alergik telur tapi telur yang tak dimasak sepenuhnya walaupun 80% masak telur tu ada BAKTERIA SALMONELLA.. sebab tu jadi macam ni..
Kita yang dewasa pun kalau makan telur yang tak dimasak sepenuhnya membahayakan kesihatan.. tapi orang kita selamber je makan telur goyang-goyang gedik-gedik tu..
Jangan bagi anak makan telur tak dimasak 100%
So nak buat pesanan untuk semua jangan lah jadi macam ni ya.. jangan bagi anak anak makan telur yang tak dimasak 100%..orang dewasa pun tak digalakkan untuk makan sebenarnya.. tapi disebabkan takdak sakit apa pun makan je jugak kan.. Sekian, cerita..
Sumber : Rozalina Razak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/09/02/lepas-makan-3-minit-terus-satu-muka-merah-ibu-kongsi-bahaya-anak-makan-telur-tak-dimasak-penuh-ada-bakteria/