Tiada Ketetapan Bersatu Keluar Ph Mesyuarat 23 24 Feb Marzuki



Krisis dalaman Bersatu semakin panas apabila Setiausaha Agung Bersatu yang sah Datuk Marzuki Yahya memaklumkan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 dan 24 Feb lalu tidak pernah memutuskan parti itu meninggalkan Pakatan Harapan (PH)
Menurutnya, mesyuarat sebulat suara memberi kepercayaan kepada pengerusi parti Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan mengenai keanggotaan Bersatu dalam PH.
Marzuki berkata, hanya dua perkara yang jelas telah diputuskan MPT dalam mesyuarat itu.
“Selaku setiausaha agung Bersatu saya ingin menegaskan hanya dua perkara yang amat jelas diputuskan dalam mesyuarat terakhir MPT sebagai badan eksekutif tertinggi Bersatu pada 24 Februari lalu.
“Yakni, sebulat suara menolak peletakan jawatan Dr mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan sebulat suara menamakan Mahathir sebagai calon tunggal jawatan perdana menteri.
“Mesyuarat MPT yang bermesyuarat pada 23 Februari juga ingin saya ulangi bahawa tiada keputusan secara rasmi untuk Bersatu keluar PH, walaupun perkara tersebut dibahaskan.
“Tetapi pada akhirnya keputusan sebulat suara memberi kepercayaan penuh kepada Dr Mahathir selaku pengerusi parti untuk membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Marzuki menegaskan kenyataan yang mengatakan keputusan MPT adalah untuk Bersatu keluar dari PH adalah salah sama sekali.
“Ingin saya peringatkan pemimpin utama parti dan kuasa mutlak untuk memimpin Bersatu adalah Dr Mahathitr selaku pengerusinya, selari dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan perlembagaan parti.
“Segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan Dr Mahathir selaku pengerusi selain selaras Fasal 16.2,” katanya.
Marzuki berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Mohd Radzi Md Jidin memberi amaran mana-mana ahli parti yang membelakangkan keputusan parti dan menjalin kerjasama dengan parti lain yang bercanggah dengan pendirian parti adalah tergugur keahlian secara serta-merta.
Selain itu, Marzuki juga mengingatkan bahawa Dr Mahathir masih pengerusi parti yang sah dan mempunyai kuasa mutlak memimpin parti, seperti ketetapan perlembagaan Bersatu.
Justeru, katanya tidak timbul isu Dr Mahathir gugur keanggotaannya di dalam Bersatu.
“Di mana salah laku yang dilakukan oleh Dr Mahathir yang melanggar peraturan parti sehingga boleh menggugurkan keahliannya?
“Sebagai anggota parlimen Langkawi beliau berhak memutuskan apa jua keputusan berlandaskan mandat yang diberi oleh rakyat dan juga pengundi di Langkawi.
“Kenyataan bahawa gugur keahlian secara automatik menurut Fasal 10.2.3 adalah tidak terpakai langsung,” tegasnya.
Sebelum ini, ahli MPT Ulya Aqamah Husamudin juga mendedahkan perkara sama dan berkata Radzi tidak telus serta menyembunyikan apa yang sebenarnya diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.
Marzuki dipecat dari jawatannya pada hujung Mac lalu oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin
Tempatnya digantikan oleh Hamzah Zainuddin. Bagaimanapun, Dr Mahathir selaku pengerusi Bersatu mengesahkan Marzuki masih setiausaha agung parti.
Bersatu terbelah dua selepas Muhyiddin membawa parti keluar dari PH dan Dr Mahathir tidak merestui tindakan itu.
Bersatu kini membentuk gabungan atas nama Perikatan Nasional bersama Umno dan Barisan Nasional (BN), serta PAS, dan disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti kecil di Sabah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27527

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tidak Layak Pengerusikan Mesyuarat Mpt Bersatu Mahathir

Muhyiddin Tidak Layak Pengerusikan Mesyuarat Mpt Bersatu Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 406 hits
Buat dengan betul jika mahu singkir saya Dr M beritahu PPBM Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan pemimpin PPBM supaya mengikut undang undang dan perlembagaan parti jika mahu menyingkirnya dari parti itu Beliau mengingatkan perlembagaan...
Rakaman Suara Muhyiddin Bawa Bersatu Keluar Ph Tanpa Mandat

Rakaman Suara Muhyiddin Bawa Bersatu Keluar Ph Tanpa Mandat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 349 hits
Hujah pemimpin Bersatu kononnya pengerusi parti itu Tun Mahathir bersetuju untuk meninggalkan Pakatan Harapan dipatahkan dengan pendedahan rakaman suara mirip presiden parti berkenaan Muhyiddin Yassin Rakaman itu dikatakan mesyuarat terakhi...
Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 589 hits
DR MAHATHIR Saya tidak yakin bahawa DAP dengan begitu mudah boleh hancurkan orang Melayu Sebab itu saya berkata tunggulah Gambar failPUTRAJAYA Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak boleh menerima alasan yang...
Dr Mahathir Pemimpin Utama Bersatu Ada Kuasa Mutlak Marzuki

Dr Mahathir Pemimpin Utama Bersatu Ada Kuasa Mutlak Marzuki

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 403 hits
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Marzuki Yahya mengingatkan semua pihak bahawa pemimpin utama parti itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau mempunyai kuasa mutlak untuk memimpin Bersatu Katanya ia ada selari denga...
Tiba Tiba Mesyuarat Mpt Bersatu Ditunda

Tiba Tiba Mesyuarat Mpt Bersatu Ditunda

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 399 hits
MPT Bersatu tunda mesyuarat esok Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dijangka akan diadakan esok tanpa menjemput pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden Mukhriz Mahathir telah ditunda Pengumuman itu ekoran notis ...
Dr Mahathir Dan Mukhriz Tidak Dipanggil Mesyuarat Mpt Bersatu

Dr Mahathir Dan Mukhriz Tidak Dipanggil Mesyuarat Mpt Bersatu

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 482 hits
ARIF ATAN Bersatu difahamkan tidak memanggil pengerusi dan timbalan presiden parti untuk Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang dijadualkan berlangsung esok Mengikut notis yang diedarkan panggilan mesyuarat bermula dengan Presiden diikuti...
Keputusan Bersatu Keluar Ph Sudah Dibincang Lama

Keputusan Bersatu Keluar Ph Sudah Dibincang Lama

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 553 hits
Dr Radzi Jidin Foto Bernama KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Dr Radzi Jidin menegaskan kenyataan bekas Setiausaha Agung Bersatu Senator Datuk Marzuki Yahya kelmarin yang mendakwa parti itu tidak pernah membuat keputusan k...
Mpt Bersatu Tak Pernah Buat Keputusan Keluar Ph

Mpt Bersatu Tak Pernah Buat Keputusan Keluar Ph

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 404 hits
MALAYSIAKINIKEMASKINI 11 34PM Penambahan kenyataan Marzuki Yahya berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu pada akhir Februari lalu serta kuasa Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi parti Seorang pemimpin Pemuda Bersatu menyangkal dakwaan ba...
Kiranya Bersatu Keluar Ph Idea Mahathir

Kiranya Bersatu Keluar Ph Idea Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 473 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dakwa Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin Radzi berkata Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat saat akhir Saya juga ingin ...
Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Awie Riez Luka Chord

Board Game Caf S The Analog Social Scene Redefining Pop Culture

Empat Tahun Selepas Angkara Keji Finalis Masterchef Dihukum Penjara 34 Tahun

Revealed The Hyper Exclusive Mv Agusta Superveloce 1000 Ago

Dituduh Jumpa Bomoh Siam Sebab Tiada Job Penyanyi Wanita Buat Laporan Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Imah Nini Coffee Kitchen Menyeruput Nostalgia Di Tengah Kota Bogor

Betul Ke Hypothyroid Penyebab Rasa Letih Melampau

Masak Guna Kuali Periuk Stainless Steel

Kota Lama Duyung Pulau Duyung Terengganu Warisan Yang Terbiar

Kes Telur Masam Michael Ang Selar Usahawan Dijangkiti Herpes Tak Rasa Malu Ke

Fahmi Fadzil Anggap Gandingan Nurul Izzah Amp Saifuddin Nasution Sangat Cocok