Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin
DR MAHATHIR: Saya tidak yakin bahawa DAP dengan begitu mudah boleh hancurkan orang Melayu. Sebab itu saya berkata, tunggulah. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak boleh menerima alasan yang diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari Pakatan Harapan pada Februari lepas.
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, Muhyiddin yang kini merupakan perdana menteri, telah menggunakan alasan orang Melayu akan dihancurkan DAP sekiranya Bersatu terus kekal bersama Pakatan Harapan.
Dr Mahathir berkata beliau tidak begitu yakin dengan alasan itu dan meminta agar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu termasuk Muhyiddin selaku Presiden parti untuk terus bersabar dan tunggu sekiranya ada faktor lain yang lebih meyakinkan.
“Saya beritahu Muhyiddin kerana saya disokong penuh apa sebabnya yang saya nak keluar dari PH.
"Kalau ada sebab sebab lain, tunggulah; kalau ada sebab lain, saya akan keluar dari PH. Tetapi, dia (Muhyiddin) berpendapat kita perlu keluar dari PH hari ini juga.
“Katanya kalau tak keluar maka orang Melayu akan dihancurkan DAP. Saya tidak yakin bahawa DAP dengan begitu mudah boleh hancurkan orang Melayu. Sebab itu saya berkata, tunggulah.
"Kita ambil masa sedikit, fikir mendalam dengan tindakan keluar daripada PH,” kata Dr Mahathir dalam satu rakaman video di Facebook rasmi beliau, hari ini.
Dr Mahathir, pada 24 Februari lepas, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan selaku perdana menteri ketujuh dan Pengerusi Bersatu selepas mendakwa beliau tidak mendapat sokongan daripada parti sendiri.
Selain itu, beliau berkata, tindakan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu membawa keluar parti itu daripada PH tanpa menerima mandat penuh MPT, menyaksikan keruntuhan kerajaan yang hanya bertahan selama 22 bulan.
BACA: Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu
BACA: Tun Mahathir nafi krisis politik bermula lepas beliau letak jawatan
Pada 9 Mei lepas, Ketua Penerangan Bersatu Dr Mohd Radzi Md Jidin menangkis dakwaan Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa MPT parti itu tidak membuat keputusan meninggalkan gabungan PH.
Sambil menyatakan Marzuki bukan lagi Setiausaha Agung Bersatu, Mohd Radzi sebaliknya menjelaskan bahawa MPT Bersatu dalam mesyuaratnya pada 23 Feb telah membuat keputusan yang jelas untuk keluar PH dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar PH.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau ketika mesyuarat MPT 23 Feb itu bertegas tidak akan bekerjasama dengan parti UMNO dan Barisan Nasional yang PH kalahkan pada pilihan raya umum 2018, atas alasan parti itu masih penuh dengan ahli politik yang korup dan mengamalkan rasuah.
“Kita tolak (cadangan) parti kita, masuk dengan parti yang kalah ini (BN + UMNO), parti yang (pernah) dipengerusikan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan jadi kerajaan. (Tetapi) mereka (MPT) tak peduli pendapat saya dan keluar PH.
“Saya fikir dengan mendalam, kalau parti dah tolak saya, saya perlu lepaskan jawatan saya. Itulah sebabnya yang saya lepaskan jawatan sebagai pengerusi PH, dan kemudian sebagai perdana menteri,” katanya lagi. (AA)
Komen Pembaca Weblog IH
Dr M&Anwar Pura-pura Lupa Insiden Di Sabah. Ini...
Anonymous said...Kenyataan bersama Anwar & Tun yang dikeluarkan hari ini sempena memperingati ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei 2018, kedua-duanya tegas menyatakan:
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini tidak sah kerana dibentuk tanpa mendapat mandat daripada rakyat.”.. kikikiki..!! Nitezen dah celik bukan buto..!!
Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang kini cerdik berpolitik, apa lagi para netizen yang acap kali bertindak sebagai wartawan alam maya, tentu tersenyum mendengarnya. Kami tak bodoh 22 tahun dolu maklumat dikawal
Siapa yang merampas mandat rakyat sebenarnya? Bila kena pada orang lain, boleh buat tak tahu saja.
Tapi bila kena batang hidung sendiri pandai pula bercakap. Lidah bercabang sungguh
Rakyat tak buta dalam buat penilaian.
Pasti kita semua tidak lupa bila sekutu PH, Parti Warisan Sabah (WARISAN) diketuai Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan pada 11 Mei 2018 yang enam ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) UMNO dan UPKO menyertai WARISAN.
Enam ADUN itu terdiri daripada empat ADUN UMNO dan dua ADUN UPKO. ADUN UMNO terlibat adalah Abdul Muis Pichu (Sebatik); Hamisa Samat (Tanjong Batu); Osman Jamal (Balung); dan Jamawi Jaafar (Kemabong).
Sementara ADUN UPKO terbabit adalah Ewon Benedick (Kedamaian) dan Abidin Madingkir (Paginatan).
Bersatu tolak sertai semula Pakatan Harapan – Dr Radzi Jidin
Marzuki sangkal Mohd Radzi, Bersatu tak pernah keluar Pakatan Harapan.
Dengan itu boleh WARISAN ketawa memanjang membentuk kerajaan negeri pintu belakang bersama sekutunya PKR dan DAP dengan memiliki 35 kerusi berbanding BN cuma 25 kerusi.
Siapa yang menangis waktu itu? UMNO.
Tapi bila timbul isu membabitkan pembentukan PN, boleh pula Dr Mahathir dan Anwar pura-pura lupa insiden di Sabah.
Politikus lusui usang otak berkarat tak diperlukan lagi. Kami mahu politik segar dan matangMay 11, 2020 at 10:07 AM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/kalau-bersatu-tak-keluar-ph-melayu-akan.html