Mpt Bersatu Tak Pernah Buat Keputusan Keluar Ph


MALAYSIAKINI

KEMASKINI 11.34PM | Penambahan kenyataan Marzuki Yahya berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu pada akhir Februari lalu, serta kuasa Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi parti.Seorang pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) menyangkal dakwaan bahawa keputusan untuk keluar daripada PH memang telah dibuat oleh kepemimpinan tertinggi parti itu.

Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin, berkata Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memang membincangkan sama ada untuk keluar PH atau tidak, pada 23 Februari lalu.

Bagaimanapun Ulya mendakwa ketetapan MPT ketika itu adalah untuk memberi masa kepada pengerusi Dr Mahathir Mohamad bagi memutuskan perkara berkenaan.

“Sehingga hari ini, MPT masih belum menetapkan apa-apa hubungan politik secara formal.
“Oleh kerana tiada gabungan politik yang dipersetujui oleh MPT, tidak salah untuk model kerajaan Kedah diguna pakai, iaitu PH bersama Bersatu,” katanya yang juga anggota MPT parti itu, dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin hari ini, yang mendakwa keputusan untuk keluar PH diputuskan MPT dalam mesyuarat 23 Februari lalu.

Radzi berkata mana-mana ahli yang ingkar terhadap dasar dan keputusan parti, termasuk sengaja menyertai gabungan parti-parti lain yang bercanggah dengan pendirian parti, boleh digugurkan keahliannya.



Dalam pada itu, Ulya mendakwa yang Bersatu tidak pernah bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan Umno, PAS ataupun Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut mendakwa MPT juga hanya bersetuju dengan Mahathir sebagai calon perdana menteri daripada Bersatu.

“Justeru itu, apabila ahli Parlimen Bersatu yang lain menghantar nama kedua, tindakan itu telah melanggar ketetapan MPT.

“Penting untuk maklum MPT tidak pernah mengubah pendirian ini (calon perdana menteri),” katanya lagi.
Marzuki YahyaDalam pada itu, seorang lagi pemimpin Bersatu Marzuki Yahya dalam kenyataan berasingan, turut mendakwa perkara sama.

"Dua perkara amat jelas diputuskan dalam mesyuarat terakhir MPT pada 24 Februari, iaitu sebulat suara menolak peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai pengerusi, dan sebulat suara menamakan beliau sebagai calon tunggal perdana menteri.

"Mesyuarat MPT pada 23 Februari, tiada keputusan rasmi untuk Bersatu keluar daripada PH.

Walaupun perkara tersebut dibahaskan tetapi akhirnya keputusan sebulat suara memberi sepenuhnya kepecayaan kepada Dr Mahathir selaku pengerusi untuk membuat keputusan," jelasnya, yang menyangkal kenyataan Radzi.

Beliau juga mendakwa MPT Bersatu tidak pernah bersetuju untuk mengadakan sebarang hubungan dengan Umno dan PAS.

Untuk rekod, Jawatan Marzuki sebagai setiausaha agung Bersatu kini dalam pertikaian, susulan pergeseran antara Mahathir dengan presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin memecat Marzuki dan melantik Hamzah Zainuddin sebagai setiausaha agung pada 18 Mac lalu. Bagaimanapun Mahathir berkata pemecatan itu terbatal dan tidak sah kerana tidak memenuhi peraturan parti.

'Pengerusi ada kuasa'

Marzuki turut menyangkal kenyataan Radzi bahawa Mahathir tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani kenyataan bersama PH dan Warisan bagi pihak Bersatu, yang menurutnya bercanggah dengan pendirian parti itu.

Kenyataan itu berkenaan tuntutan agar sidang Dewan Rakyat yang seterusnya diadakan selama dua minggu, bukan hanya sehari seperti yang ditetapkan pada masa ini

"Pemimpin utama parti dan kuasa mutlak untuk memimpin Bersat adalah Dr Mahathir selaku pengerusi, selari dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan perlembagaan parti.

"Ia selaras dengan Fasal 16.2 parti bahawa tugas-tugas pengerusi adalah menjadi pengerusi dan pemimpin utama parti yang bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran serta dasar parti," katanya lagi.

Berkenaan kenyataan Radzi bahawa ahli yang ingkar dengan keputusan parti boleh terlucut keahlian, Marzuki berkata Fasal 10.2.3 Perlembagaan Bersatu tidak terpakai dalam isu itu.

"Persoalan saya kepada Radzi, siapa yang langgar keputusan MPT?...Sebagai ketua penerangan yang ada dalam mesyuarat MPT, beliau seharusnya berpegang teguh kepada keputusan mesyuarat, bukan membelakanginya," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/mpt-bersatu-tak-pernah-buat-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Bersatu Keluar Ph Sudah Dibincang Lama

Keputusan Bersatu Keluar Ph Sudah Dibincang Lama

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 518 hits
Dr Radzi Jidin Foto Bernama KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Dr Radzi Jidin menegaskan kenyataan bekas Setiausaha Agung Bersatu Senator Datuk Marzuki Yahya kelmarin yang mendakwa parti itu tidak pernah membuat keputusan k...
Mpt Bersatu Tidak Pernah Setuju Kerjasama Dengan Umno

Mpt Bersatu Tidak Pernah Setuju Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 268 hits
Ulya Aqamah Husamudin ULASAN Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan BERSATU pusat YB Radzi Jiddin mengenai menghormati pendirian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan sup...
Dr M Yang Setuju Bersatu Keluar Ph Dakwa Radzi Jidin

Dr M Yang Setuju Bersatu Keluar Ph Dakwa Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 329 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dakwa Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin Radzi berkata Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat saat akhir Saya juga ingin ...
Rakaman Suara Muhyiddin Bawa Bersatu Keluar Ph Tanpa Mandat

Rakaman Suara Muhyiddin Bawa Bersatu Keluar Ph Tanpa Mandat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 313 hits
Hujah pemimpin Bersatu kononnya pengerusi parti itu Tun Mahathir bersetuju untuk meninggalkan Pakatan Harapan dipatahkan dengan pendedahan rakaman suara mirip presiden parti berkenaan Muhyiddin Yassin Rakaman itu dikatakan mesyuarat terakhi...
Ph Tidak Pernah Peralatkan Bersatu

Ph Tidak Pernah Peralatkan Bersatu

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 282 hits
Kredit WFAUZDIN NS Saya ingin merujuk kepada satu tulisan oleh Sdr Isham Jalil bertajuk Cadangan Mukhriz adalah Political Suicide Buat Bersatu bertarikh 04 Mei 2020 Bukan niat saya untuk mengulas berkali kali tentang wajar atau tidak Bersat...
Tiga Perempat Sayap Bersatu Tolak Keputusan Bersama Pakatan

Tiga Perempat Sayap Bersatu Tolak Keputusan Bersama Pakatan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 340 hits
Tiga perempat sayap Bersatu tolak keputusan bersama Pakatan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 May 2020 3 03PM
Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 489 hits
Perubahan dalam kerajaan Kedah tidak dapat dielakkan lagi kata Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya Ahmad mendakwa antara sebabnya adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir kini mendapat kurang daripada separuh sokongan di kalangan wakil ra...
Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 536 hits
DR MAHATHIR Saya tidak yakin bahawa DAP dengan begitu mudah boleh hancurkan orang Melayu Sebab itu saya berkata tunggulah Gambar failPUTRAJAYA Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak boleh menerima alasan yang...
Kiranya Bersatu Keluar Ph Idea Mahathir

Kiranya Bersatu Keluar Ph Idea Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 423 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dakwa Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin Radzi berkata Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat saat akhir Saya juga ingin ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord