Kiranya Bersatu Keluar Ph Idea Mahathir



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan, dakwa Ketua Penerangan Bersatu, Radzi Jidin

Radzi berkata Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat-saat akhir

"Saya juga ingin menjelaskan kepada ahli-ahli Bersatu bahawa perancangan untuk membawa Bersatu keluar dari PH dan membentuk sebuah gabungan politik baru diketahui dan disokong oleh Tun (Dr Mahathir) sendiri

"Hanya di saat-saat akhir di mana perancangan ini sepatutnya dilaksanakan, Tun mempunyai pendirian yang berbeza dengan pendirian parti," kata Radzi pada suatu kenyataan hari ini

Beliau mengulas kenyataan semalam yang dikeluarkan Marzuki Yahya yang masih mengaku setiausaha agung Bersatu

Marzuki semalam, mempertikaikan kesahihan keputusan membawa Bersatu keluar dari PH

Kepimpinan Bersatu yang berpihak kepada presiden parti Muhyiddin Yassin telah menggantikan Marzuki dengan Hamzah Zainuddin. Bagaimanapun, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata Marzuki masih lagi setiausaha agung parti. Marzuki berpihak kepada Mahathir

Bersatu juga sedang dalam pertikaian mengenai jawatan pengerusi parti, satu kem mendakwa masih memegang jawatan itu, manakala satu lagi kem mendakwa Muhyiddin kini pemangku pengerusi Bersatu

Radzi menjelaskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu secara rasmi telah memutuskan untuk keluar PH pada 23 Februari dan membentuk gabungan baru dengan parti-parti lain

Radzi turut menegaskan keputusan itu tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah dibahas di pelbagai peringkat dalam parti selama berbulan-bulan sebelum dimuktamadkan oleh biro politik pada 21 Februari dan MPT Bersatu pada 23 Februari

Atas rasa hormat Tun
Keputusan itu, dakwa Radzi dibuat bersandarkan alasan dakwaan PKR dan DAP telah menekan Mahathir untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri yang menimbulkan kegelisahan dalam Bersatu

"Selain itu, pimpinan dan ahli parti di pelbagai peringkat juga tidak selesa dengan tindak tanduk parti DAP dan mereka rata-rata mahu parti mengkaji semula hubungan Bersatu dengan DAP dalam PH

"Justeru, demi kelangsungan perjuangan parti di masa hadapan, langkah mula diambil untuk membawa
Bersatu keluar dari PH dan membentuk sebuah gabungan politik baru

"Namun, Tun (Dr Mahathir) tidak bersetuju dengan keputusan ini. Sebaliknya, beliau mahu kekal berada dalam PH kerana mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari 2020 telah memutuskan untuk menyerahkan kepada beliau menentukan tarikh bila beliau hendak melepaskan jawatan perdana menteri

"Atas rasa hormat kepada Tun, MPT Bersatu bersetuju memberikan sedikit masa kepada beliau untuk mengumumkan keputusan yang telah dipersetujui oleh mesyuarat MPT. Dengan kata lain, keputusan untuk keluar dari PH telah dibuat, cuma pengumumannya sahaja ditangguhkan," kata Radzi

Dah letak jawatan pengerusi
Bagaimanapun, Radzi berkata Mahathir mengumumkan mengundur diri sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu pada hari berikutnya tanggal 24 Februari dengan alasan beliau tidak lagi mendapat sokongan majlis tertinggi parti

Dr Mahathir juga memperakui Bersatu pada hari yang sama menolak peletakan jawatannya sebagai pengerusi parti - satu langkah yang sering digunakan oleh penyokong Mahathir untuk menekankan bahawa beliau masih menerajui Bersatu

"Oleh kerana Tun telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pada 24 Februari 2020, jawatan Pengerusi dipangku oleh Muhyiddin sehingga pemilihan MPT diadakan untuk memilih Pengerusi baru


"Buat masa ini tarikh pemilihan MPT Bersatu masih belum ditetapkan

"Benar, Mesyuarat Khas MPT pada 24 Februari 2020 telah menolak peletakan jawatan Tun sebagai Pengerusi Bersatu. Namun, setelah disemak dari sudut perlembagaan parti, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Bersatu yang membenarkan MPT mengembalikan semula jawatan pengerusi kepada pemegangnya yang telah meletak jawatan

"Perkara ini adalah di luar batasan bidang kuasa MPT," katanya

Oleh itu, Radzi menegaskan bahawa pemangku pengerusi Bersatu sekarang ialah Muhyiddin. Kedudukan pengerusi Bersatu adalah kuasa tertinggi di dalam parti

Di tengah-tengah percubaan Mahathir menggesa ahli parti supaya tidak menyokong Muhyiddin dan Perikatan Nasional, Radzi menggesa ahli Bersatu untuk mengekalkan perpaduan parti

"Saya juga menyeru kepada semua ahli supaya memberikan sokongan padu kepada Presiden merangkap Pemangku Pengerusi parti dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin,dalam usaha gigih beliau untuk membawa
Malaysia keluar dari krisis Covid-19 seterusnya melonjakkan kembali pertumbuhan ekonomi negara

"Sama-sama juga kita doakan agar Dr Mahathir yang kita kasihi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT," katanya

Bersatu kini terpecah kepada dua kem, penyokong Muhyiddin dan penyokong Dr Mahathir

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali

Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN

Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/05/kiranya-bersatu-keluar-ph-idea-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
We Established The Party To Replace Umno Dr Mahathir Reminds Bersatu Members In Special May 9 Address

We Established The Party To Replace Umno Dr Mahathir Reminds Bersatu Members In Special May 9 Address

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 448 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia chairman Tun Dr Mahathir Mohamad today reminded his party that it was established to replace Umno as the latter has abandoned its responsibilities to the Malay and Bumiputera community In a special May 9 addre...
Keputusan Bersatu Keluar Ph Sudah Dibincang Lama

Keputusan Bersatu Keluar Ph Sudah Dibincang Lama

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 518 hits
Dr Radzi Jidin Foto Bernama KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Dr Radzi Jidin menegaskan kenyataan bekas Setiausaha Agung Bersatu Senator Datuk Marzuki Yahya kelmarin yang mendakwa parti itu tidak pernah membuat keputusan k...
Dr Mahathir Pemimpin Utama Bersatu Ada Kuasa Mutlak Marzuki

Dr Mahathir Pemimpin Utama Bersatu Ada Kuasa Mutlak Marzuki

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 357 hits
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Marzuki Yahya mengingatkan semua pihak bahawa pemimpin utama parti itu adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau mempunyai kuasa mutlak untuk memimpin Bersatu Katanya ia ada selari denga...
Dr M Yang Setuju Bersatu Keluar Ph Dakwa Radzi Jidin

Dr M Yang Setuju Bersatu Keluar Ph Dakwa Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 329 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut bersama dalam usaha membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dakwa Ketua Penerangan Bersatu Radzi Jidin Radzi berkata Dr Mahathir cuma mengubah fikiran pada saat saat akhir Saya juga ingin ...
Dr Mahathir Bersatu Kini Terkontang Kanting Akan Kalah Teruk Pru15

Dr Mahathir Bersatu Kini Terkontang Kanting Akan Kalah Teruk Pru15

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 532 hits
Pada ulang tahun kedua kemenangan PH pada PRU ke 14 Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan kepada anggota Bersatu untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional Dalam satu ucapan menerusi rakaman video pengerusi ...
Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 536 hits
DR MAHATHIR Saya tidak yakin bahawa DAP dengan begitu mudah boleh hancurkan orang Melayu Sebab itu saya berkata tunggulah Gambar failPUTRAJAYA Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak boleh menerima alasan yang...
Dr Mahathir Dan Mukhriz Tidak Dipanggil Mesyuarat Mpt Bersatu

Dr Mahathir Dan Mukhriz Tidak Dipanggil Mesyuarat Mpt Bersatu

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 435 hits
ARIF ATAN Bersatu difahamkan tidak memanggil pengerusi dan timbalan presiden parti untuk Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang dijadualkan berlangsung esok Mengikut notis yang diedarkan panggilan mesyuarat bermula dengan Presiden diikuti...
Bersatu Bakal Pecat Mahathir Dan Mukhriz

Bersatu Bakal Pecat Mahathir Dan Mukhriz

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 555 hits
Senario terburuk Bersatu boleh pecat Dr M Mukhriz Sumber Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dijangka diadakan esok namun pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden parti Mukhriz Mahathir tidak dijemput Beberapa sumber p...
Tiada Ketetapan Bersatu Keluar Ph Mesyuarat 23 24 Feb Marzuki

Tiada Ketetapan Bersatu Keluar Ph Mesyuarat 23 24 Feb Marzuki

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 293 hits
Krisis dalaman Bersatu semakin panas apabila Setiausaha Agung Bersatu yang sah Datuk Marzuki Yahya memaklumkan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 23 dan 24 Feb lalu tidak pernah memutuskan parti itu meninggalkan Pakatan Harapa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab