Rakaman Suara Muhyiddin Bawa Bersatu Keluar Ph Tanpa Mandat



Hujah pemimpin Bersatu kononnya pengerusi parti itu Tun Mahathir bersetuju untuk meninggalkan Pakatan Harapan dipatahkan dengan pendedahan rakaman suara mirip presiden parti berkenaan Muhyiddin Yassin.
Rakaman itu dikatakan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti berkenaan keluar PH dan kini beredar di Internet.
Seseorang dalam rakaman itu memberitahu mesyuarat supaya memberi kepercayaan kepada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir untuk memutuskan sama ada akan kekal atau meninggalkan PH.
“Dan di kala itu mungkin kita boleh tunggulah bila Tun jumpa dengan ketua presiden parti, okay we wait for one week, for whatever it is, then we will be more sober. Hari ni a bit emosional.
(Oklah kita tunggu selama satu minggu, untuk apa sahaja, maka kita akan lebih tenang. Hari ni agak emosional).
“Dan kita fikirkan soal yang paling besar dalam sejarah kita iaitu out of PH moving to the coalition, but we still be the government. Government led by Bersatu, that is important,” kata suara itu dipetik Malaysiakini.
(…Keluar dari PH untuk berpindah gabungan, tapi kita masih kerajaan. Kerajaan yang dipimpin Bersatu, itu penting)
Portal ini difahamkan ia dirakam di penghujung mesyuarat pada 23 Februari.
Suara itu menyebut untuk menunggu seminggu lagi sebelum membuat keputusan keluar PH tetapi masih berada dalam kerajaan dipimpin Bersatu.
Video itu dikatakan menjadi bukti bahawa Bersatu tidak membuat keputusan muktamad sama untuk keluar PH pada 23 Februari.
Ini berlaku selepas ketua penerangan Bersatu, Radzi Jidin mendakwa keputusan telah dibuat dalam mesyuarat berkenaan dan Mahathir menyokong keputusan meninggalkan PH sebelum berubah fikiran.
Pada malam 23 Februari, Muhyiddin dan pemimpin Bersatu yang lain telah berkumpul dengan kumpulan yang diketuai bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, pemimpin Umno dan PAS di Hotel Sheraton di Petaling Jaya, dalam apa yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton”.
Ini mencetuskan krisis politik selama seminggu setelah Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Krisis itu berakhir apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dari gabungan Perikatan Nasional (PN) pada 2 Mac.
Mahathir mendakwa Muhyiddin dan penyokongnya mengabaikan hasratnya untuk kekal berada dalam PH berikutan mesyuarat Majlis Presiden Harapan pada 21 Februari.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa semasa mesyuarat berkenaan, Mahathir menerima tekanan agar menetapkan tarikh untuk mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Bersatu kemudian bertindak balas dengan mengancam untuk keluar daripada gabungan itu.
Namun, pada akhirnya, PH menyerahkan kepada Mahathir untuk membuat keputusan bagi menentukan tarikh beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Sebelumnya, dikatakan mesyuarat pada 23 Februari menyaksikan setiausaha politik Mahathir, Zahid Mat Arip telah mengasak Majlis Tertinggi Bersatu agar menyokong langkah keluar daripada PH.
Perkara itu diperkukuhkan apabila lelaki dalam rakaman audio berkenaan menggambarkan mesyuarat itu sebagai “emosional”.
Selain memberi mandat kepada Mahathir untuk memutuskan apakah Bersatu harus meninggalkan PH, rakaman itu juga menjelaskan bahawa Mahathir pada masa itu merancang untuk melakukan rombakan kabinet.
Mahathir sebelum ini mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.
Kedua-dua pemimpin berkenaan terlibat dalam ‘perang terbuka’ menjelang persidangan parlimen Isnin depan, yang merupakan kali pertama diadakan semenjak kejatuhan kerajaan PH.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27619

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

Kalau Bersatu Tak Keluar Ph Melayu Akan Dihancurkan Dap Tun M Dakwa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 585 hits
DR MAHATHIR Saya tidak yakin bahawa DAP dengan begitu mudah boleh hancurkan orang Melayu Sebab itu saya berkata tunggulah Gambar failPUTRAJAYA Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau tidak boleh menerima alasan yang...
Video Audio Rakaman Mirip Suara Muhyiddin Matlamat Utama Ialah Halang Anwar Dari Menjadi Pm

Video Audio Rakaman Mirip Suara Muhyiddin Matlamat Utama Ialah Halang Anwar Dari Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 345 hits
Rakaman suara mirip Muhyiddin beredar di Internet13 Mei 2020Rakaman suara yang dikatakan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu sebelum parti itu keluar Pakatan Harapan kini beredar di Internet Dalam rakaman itu suara yang mirip dengan presiden...
Tindakan Muhyiddin Jadi Penyebab Bersatu Bakal Lenyap

Tindakan Muhyiddin Jadi Penyebab Bersatu Bakal Lenyap

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 336 hits
ARIF ATAN Bersatu bakal lenyap disebabkan tindakan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Februari lalu membawa keluar parti itu dari Pakatan Harapan Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata penubuhan parti berlogokan bunga raya i...
Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

Pas Kata Kerajaan Kedah Akan Bertukar Tapi Pemuda Bersatu Mahu Keluar Pn Umno Tolak Pn Camner

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 532 hits
Perubahan dalam kerajaan Kedah tidak dapat dielakkan lagi kata Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya Ahmad mendakwa antara sebabnya adalah Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir kini mendapat kurang daripada separuh sokongan di kalangan wakil ra...
Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

Kemelut Umno Bersatu Di Johor Dan Perak Sedang Ancam Kedudukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 411 hits
Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila bila masa Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyeba...
Bagaimana Jika Muhyiddin Dipecat Daripada Bersatu

Bagaimana Jika Muhyiddin Dipecat Daripada Bersatu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 430 hits
Shahbudin Husin Berdasarkan rakaman audio mesyuarat MPT Bersatu yang dibocorkan serta perkembangan semasa adalah jelas Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti telah melakukan dua kesalahan disiplin yang serius Kesalahan pertama membawa Bersa...
2 Adun Kedah Keluar Pkr Dan Isytihar Sokong Muhyiddin Tamparan Besar Pada Mukhriz

2 Adun Kedah Keluar Pkr Dan Isytihar Sokong Muhyiddin Tamparan Besar Pada Mukhriz

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 652 hits
SUNGAI PETANI Dua Adun PKR di Kedah hari ini mengumumkan keluar parti hari ini suatu tamparan pada Menteri Besar Mukhriz Mahathir yang selama ini bertahan dengan sokongan 17 daripada 36 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Adun Sidam Rober...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine