Tiada Keperluan Pertikai Keabsahan Pm Pakar Perlembagaan



(Bernama) – Tiada keperluan untuk pembangkang mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penilaian dibuat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memilih perdana menteri menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata ini memandangkan keabsahan seseorang perdana menteri itu wujud apabila beliau telah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong, mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani Surat Cara Pelantikan.
Perdana menteri yang ada sekarang telah melalui kesemua proses itu, katanya.
“Selepas lalui proses itu maka Perdana Menteri dapat keabsahan untuk laksana tanggungjawab. Kalau kita kata perlu tunggu usul undi percaya di Dewan Rakyat baru dapat keabsahan, maknanya arahan perdana menteri sebelum pengesahan di Parlimen itu tidak sah dan kedudukannya boleh dipertikai.
“Bahkan (kedudukan) menteri-menteri pun boleh dipertikai kerana perdana menteri yang nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka, jadi saya rasa itu satu hujah yang tidak wajar,” katanya ketika menjadi panel webinar Intelektual Negara bertajuk “Usul Undi Percaya: Masih Perlukah?’ di Kuala Lumpur, malam tadi.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa yang luas dalam melantik Perdana Menteri, Muhammad Fathi menjelaskan bahawa Seri Paduka sangat teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak dalam membuat sebarang keputusan memilih pemimpin nombor satu negara itu.
Jelas beliau, ini dibuktikan dengan tindakan Seri Paduka meminta Surat Akuan Bersumpah dari Ahli Parlimen, memanggil 114 Ahli Parlimen bagi mengesahkan kepercayaan mereka terhadap Ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan sebagai perdana menteri serta mengadakan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
“Dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan sudut moral sah, dari sudut kaedahnya sangat kukuh maka sepatutnya semua pihak terima dan move forward (terus mara) jangan tengok belakang terus bergerak laksanakan tanggungjawab,” katanya.
Menerusi pendekatan diambil Datuk Seri Ismail Sabri dalam mengadakan perbincangan dengan pembangkang dan memberi ruang kepada mereka untuk berada di dalam jawatankuasa penting kerajaan, Muhammad Fathi berpendapat ia merupakan satu perkara yang amat besar.
“Jadilah pembangkang baik dengan ruang yang ada ini, kita nak pembangkang yang kuat supaya proses semak imbang berjalan dengan hebat, dalam keadaan pembangkang kuat dan diberi peluang terlibat gunakan ruang ada untuk beri sumbangan pada negara,” katanya.
Senada dengan Muhammad Fathi, Pengerusi Kelab Usahawan dan Profesional Malaysia (KUPM) Datuk Dr Sr Kamarul Rashdan Salleh berkata usul undi percaya tidak wajar diteruskan kerana faktor kestabilan negara, selain kerajaan perlu menumpukan kebajikan rakyat dari pelbagai sudut.
“Pengharapan biarlah usul undi percaya tidak berlaku, bukan kerana takut tapi dalam keadaan semua parti tiada majoriti, tapi berapa kali nak cerita benda sama,” katanya.
Kamarul berkata polemik politik yang melanda negara ini tidak boleh diteruskan kerana ia akan menjejaskan seluruh perancangan kerajaan baharu.
“Saya yakin Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) akan memainkan peranan beliau dalam menasihati Seri Paduka tentang aspek undi percaya tidak perlu diadakan dan kerajaan perlu fokus dalam menangani pandemik COVID-19,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/09/06/tiada-keperluan-pertikai-keabsahan-pm-pakar-perlembagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Tidak Perlu Pertikai Keabsahan Pm Melalui Usul Undi Percaya Kata Pakar

Pembangkang Tidak Perlu Pertikai Keabsahan Pm Melalui Usul Undi Percaya Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 171 hits
BERNAMA Yang di Pertuan Agong sangat teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak dalam membuat sebarang keputusan memilih pemimpin nombor satu negara itu Yang di Pertuan Agong telah meminta surat akuan bersumpah daripada ahli Parlimen d...
Isu Keabsahan Bukan Keperluan Undang Undang Cuma Asas Moral Kepada Kedudukan Pm Aziz Bari

Isu Keabsahan Bukan Keperluan Undang Undang Cuma Asas Moral Kepada Kedudukan Pm Aziz Bari

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 163 hits
Abd Razak Mohd AliSeptember 5 2021 Abdul Aziz Bari berkata isu keabsahan bukan isu undang undang tetapi lebih bersifat politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana Menteri Gambar failBahkan kata beliau dengan adanya amala...
Covid 22 Lebih Bahaya Dari Varian Delta Pakar

Covid 22 Lebih Bahaya Dari Varian Delta Pakar

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 404 hits
Belum reda varian Delta saintis menjangka ada satu lagi varian baru yang lebih bahaya Covid 22 Lebih Bahaya Dari Varian Delta Pakar Switzerland Beri Amaran SEJAK awal kemunculannya sehingga ke hari ini virus Covid 19 tidak menunjukkan tanda...
Perubahan Iklim Ekonomi Dunia Bakal Hadapi Kerugian Pakar

Perubahan Iklim Ekonomi Dunia Bakal Hadapi Kerugian Pakar

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 277 hits
GENEVA Perubahan iklim sedang berlaku kita harus bertindak sekarang kata Ketua Ekonomi Swiss Reinsurance Company Dalam satu temu bual dengan Xinhua pada Isnin Jerome Haegeli berkata keadaan itu boleh menjejaskan ekonomi dunia terutama negar...
2 Sebab Perlu Khidmat Pakar Kawalan Makhluk Perosak

2 Sebab Perlu Khidmat Pakar Kawalan Makhluk Perosak

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 501 hits
Pelbagai situasi akan kita hadapi dalam kehidupan ini Jika berlaku kebakaran kita akan hubungi pihak bomba Jika mengalami kesakitan kita akan jumpa pakar atau doktor di hospital Begitu juga kalau rumah ada makhluk perosak kita akan hubungi ...
Serahkan Amanah Kepada Pakar Dalam Bidangnya

Serahkan Amanah Kepada Pakar Dalam Bidangnya

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 142 hits
Pada zaman silam ulama mentafsirkan apabila sesuatu bencana diturunkan menandakan kemurkaan Ilahi terhadap perbuatan dosa dan kezaliman manusia Oleh itu di samping usaha begitu gigih yang diterokai untuk mencari formula mengatasi wabak manu...
Kerjasama Dengan Pembangkang Bukan Hanya Beri Manfaat Politik Pakar

Kerjasama Dengan Pembangkang Bukan Hanya Beri Manfaat Politik Pakar

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 136 hits
Kerjasama dengan pembangkang bukan hanya beri manfaat politik Pakar Kerajaan perlu serius dalam usaha mewujudkan kerjasama proaktif dengan blok pembangkang jika mahu pemulihan ekonomi dan kesihatan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berke...
Kes Tembak Anggota Tudm Polis Sedang Tunggu Laporan Pakar Patologi Aidi

Kes Tembak Anggota Tudm Polis Sedang Tunggu Laporan Pakar Patologi Aidi

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 171 hits
Polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi mengenai empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan di kem TUDM Kota Samarahan 13 Ogos lepas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aid...
Pakar Kongsi 8 Fakta Penting Tentang Anak Lelaki Baru Senang Nak Handle

Pakar Kongsi 8 Fakta Penting Tentang Anak Lelaki Baru Senang Nak Handle

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 371 hits
Orang orang tua selalu cakap kalau ada anak lelaki cabaran untuk menguruskan mereka agak berbeza berbanding anak perempuan Hal ini kerana anak lelaki lebih cenderung dengan aktiviti lasak dan sentiasa bertenaga serta aktif dalam melakukan s...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever