Kerjasama Dengan Pembangkang Bukan Hanya Beri Manfaat Politik Pakar
Kerjasama dengan pembangkang bukan hanya beri manfaat politik – Pakar
Kerajaan perlu serius dalam usaha mewujudkan kerjasama proaktif dengan blok pembangkang jika mahu pemulihan ekonomi dan kesihatan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Ketua Kluster Keselamatan dan Kestabilan Negara, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Muhammad Fuad Othman berkata, kerjasama itu bukan sahaja akan membawa kebaikan dari sudut politik, malah manfaatnya akan diterjemahkan dalam aspek pemulihan negara pasca COVID-19.
“Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dan pembangkang boleh dilaksanakan dalam kadar yang cepat, tetapi ini bergantung kepada kerajaan, sejauh mana kerajaan boleh memberikan apa yang dikehendaki pembangkang.
“Kerjasama ini akan sekurang-kurangnya membawa keamanan dalam negara, menjernihkan seketika konflik politik dan sekali gus memberikan kerajaan ruang untuk fokus sepenuhnya terhadap memberi khidmat kepada rakyat.
“Kita tahu rakyat sangat dahagakan bantuan, sokongan dan kepimpinan yang kukuh, jadi kerjasama yang bermakna akan memberi peluang untuk kerajaan bergerak dengan lebih efektif,” katanya kepada Astro AWANI.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, Pakatan Harapan sedia menerima CSA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya tawaran itu sama seperti dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Jelas Dr Muhammad Fuad, kerjasama politik seumpama itu bukan perkara asing kerana ia sudah biasa diamalkan negara luar, antaranya Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat, khususnya ketika berhadapan konflik.
“Kerjasama ini perlu dilihat sebagai cara kerja yang akan membawa negara keluar dari krisis pandemik dan ekonomi.
“Mungkin bukan dalam semua aspek, tetapi kerjasama boleh dijalinkan contoh dalam menentukan jumlah pembangkan dalam mana-mana jawatankuasa dan memperkenalkan akta anti lompat parti.
“Memang semua ini akan ambil masa, tetapi ia sudah boleh dimulakan kerajaan sekarang.
“Dengan adanya kerjasama ini, ia akan memperkukuhkan setiap tindakan yang diambil kerajaan selain membantu mengelakkan unsur sabotaj, seterusnya fokus maksima diberikan terhadap usaha mengeluarkan negara dari krisis,” ujarnya.
Beliau juga melihat kerajaan pimpinan Ismail perlu terus memberi perhatian kepada dua perkara utama, iaitu pemberian vaksin dan pelaksanaan dasar untuk membantu peniaga kecil dan sederhana.
“Fokus juga kepada pemberian vaksin dos kedua supaya lebih ramai dapat vaksin lengkap. Kita tahu kesan yang sebenar hanya dapat dilihat apabila kita berjaya capai imuniti kelompok.
“Dalam masa yang sama, fokus kepada usaha merancakkan ekonomi dengan memberi bantuan kepada peniaga kecil dan sederhana. Apabila mereka boleh kembali berniaga, orang ramai sudah ada kuasa membeli, ia sekaligus beri kesan pada ekonomi.
“Kerajaan juga boleh mengintai peluang untuk menarik kembali FDI (foreign direct investment) yang beralih arah sebelum ini,” tambahnya.
Kerajaan sebelum ini dilapor sedang mengadakan rundingan bersama blok pembangkang dalam usaha mewujudkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA).
CSA merupakan satu usaha bagi mengelakkan Parlimen tergantung, dengan parti pembangkang akan bersetuju tidak akan menentang kerajaan minoriti tipis melalui undi percaya, mahupun undi bajet, namun mempunyai hak menentang peraturan atau undang-undang lain.
Kerjasama dengan pembangkang bukan hanya beri manfaat politik – Pakar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen
Mujur bukan Azmin Menteri Kewangan – Chin Tong
DAP berhentilah bergantung pada PKR – Rafizi
Lupuskan jawatan menteri sukan, kata veteran
UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid
Cantik Neelofa, peminat dakwa seri ibu hamil
Jodoh saya dari ‘level’ sama – Vida
Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda [VIDEO]
Resepi Sup Gear Box Sedap Semacam
Ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia tak divaksin
Nazri Aziz sahkan mahu berundur dari dunia politik
Layari Laman Facebook MYKMU
Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara
Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia
The post Kerjasama dengan pembangkang bukan hanya beri manfaat politik – Pakar appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/08/29/kerjasama-dengan-pembangkang-bukan-hanya-beri-manfaat-politik-pakar/