Tiada Guna Menang Jawatan Parti Tapi Kalah Pilihan Raya Kata Pemimpin Ppbm


BernamaMarzuki Yahya berkata, agak sukar untuk kepimpinan PPBM memperbaiki keretakan jika berlaku perpecahan akibat tindakan mengejar jawatan dan pangkat dalam pemilihan parti pada Jun ini.
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung PPBM, Marzuki Yahya mengingatkan mereka yang ingin bertanding dalam pemilihan parti pada Jun ini berpegang kepada prinsip perjuangan demi agama, bangsa dan negara, bukannya mengejar jawatan serta peluang bergelar calon pilihan raya.

Katanya, tiada tempat untuk mana-mana individu yang berhasrat bertanding dalam pemilihan parti semata-mata demi kepentingan diri.

“Penubuhan PPBM bukan kerana jawatan dalam parti atau kepentingan individu. Tidak ada guna ada perebutan sewaktu pemilihan ini bagi pelbagai jawatan, tetapi parti ini tidak dihormati dan kalah dalam pilihan raya.

“Dalam prinsip kekeluargaan, keharmonian itu penting, bukan saling berpecah belah, menjatuhkan satu sama lain kerana jawatan dan pangkat. Ia tidak kekal, tapi yang akan kekal adalah kesejahteraan dan kemakmuran negara jika kita bersatu padu,” katanya kepada Bernama di pejabatnya baru-baru ini.

PPBM akan mengadakan perhimpunan agung 4 hari bermula 25 Jun ini, dan turut akan menjalankan pemilihan buat pertama kali sebelum perhimpunan itu.

Pencalonan bagi pemilihan parti akan bermula 26 Jan ini, disusuli mesyuarat peringkat cawangan mulai 15 Feb sehingga 29 Mac, manakala mesyuarat di peringkat bahagian pada 18 April.

Sebanyak 189 bahagian layak bersidang, manakala jumlah ahli yang layak menyertai persidangan ialah 363,167 orang.

Pemilihan barisan jawatankuasa peringkat cawangan dan bahagian, termasuk sayap Wanita dan Pemuda akan diadakan dalam mesyuarat cawangan.

Persidangan bahagian pula akan memilih Majlis Pimpinan Tertinggi, iaitu barisan kepemimpinan parti peringkat pusat.

Persidangan Wanita dan Pemuda Bahagian pula perlu diadakan sebelum persidangan bahagian dan ia akan memilih Jawatankuasa Wanita dan Pemuda peringkat pusat.

Marzuki yang juga timbalan menteri luar berkata, disebabkan parti itu yang masih muda dan baru, agak sukar untuk kepimpinan membaiki keretakan jika berlaku perpecahan disebabkan tindakan mengejar jawatan dan pangkat dalam pemilihan.

Katanya, setiap ahli perlu menggunakan pemilihan itu untuk memilih kepimpinan terbaik dalam usaha membantu kedudukan parti untuk terus menjadi “pendinding” kerajaan sewaktu diuji, dihentam dan diserang kritikan serta kecaman pelbagai pihak.

Beliau berkata, rakyat akan menilai sejauh mana PPBM, ahli dan kepimpinannya mampu bertahan dalam kedudukan sedia ada dan terus memperjuangkan nasib mereka khasnya dalam membantu merapatkan jurang serta meningkatkan ekonomi negara.

“Orang yang pertikai cara kerja kita ini akan sentiasa ada. Kita seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk memperbaiki negara bersama (Perdana Menteri) Dr Mahathir (Mohamad).

“Kita perlu ada legasi yang baik untuk ditinggalkan kepada anak muda, pewaris negara dengan memperbaiki kelemahan yang ada, mengelakkan perpecahan kaum, tidak bermain sentimen atau perkara sensitif hingga merosakkan negara.”

Marzuki turut menepis khabar angin PPBM akan terkubur tanpa kehadiran Mahathir suatu hari nanti kerana pemimpin datang dan pergi, tetapi yang kekal ialah asas perjuangan parti yang perlu disemai dan ditanam dalam setiap ahli, termasuk yang tidak berjawatan.

“Sudah pastinya patah tumbuh hilang berganti. Apa yang diserapkan Tun kepada kami selama ini adalah semangat perjuangan dan setiap kehendak mahupun kepentingan diri diletakkan di tepi, kepentingan negara pula kita angkat.”

PPBM yang ditubuhkan pada 24 Jun 2016, kini mempunyai 377,057 ahli daripada 2,946 cawangan di seluruh negara.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/tiada-guna-menang-jawatan-parti-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ppbm Seluruh Negara Bantah Desakan Tun M Letak Jawatan

Pemimpin Ppbm Seluruh Negara Bantah Desakan Tun M Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 421 hits
Pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia seluruh negara hari ini membantah tindakan segelintir pemimpin politik dalam Pakatan Harapan mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mei ini Wakil kepimpinan ...
China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

China Guna Wechat Pengaruhi Pilihan Raya Luar Termasuk Malaysia

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 403 hits
Pengaruh media memang tidak boleh dipandang remeh Walaupun manfaatnya dalam perkongsian berita dan maklumat memang tidak boleh disangkal ia juga menjadi platform penyebaran berita palsu untuk mempengaruhi pandangan rakyat Kebimbangan terhad...
Bekas Pemimpin Umno Boleh Bertanding Dalam Pemilihan Ppbm Jika Bersih Kata Dr Mahathir

Bekas Pemimpin Umno Boleh Bertanding Dalam Pemilihan Ppbm Jika Bersih Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 527 hits
January 13 2020 8 11 PMPPBM akan mengadakan pemilihan bermula akhir Jan ini sehingga April 2020 melibatkan semua peringkat parti HULU SELANGOR Bekas ahli dan pemimpin Umno boleh bertanding dalam pemilihan PPBM sekiranya bersih kata Dr Mahat...
Pilihan Raya Pbt Bakal Hakis Kepentingan Melayu

Pilihan Raya Pbt Bakal Hakis Kepentingan Melayu

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 379 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Kekalkan status quo demi kestabilan politik keharmonian negaraBANGI Pilihan raya pihak berkuasa tempatan yang dicadangkan DAP boleh menyebabkan bilangan orang Melayu dalam lembaga dan jawatankuasa pengurusan ...
Pas Saran Pemimpin Dap Yang Rasis Tidak Hormat Perlembangaan Dilucut Jawatan

Pas Saran Pemimpin Dap Yang Rasis Tidak Hormat Perlembangaan Dilucut Jawatan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 626 hits
Pas menyarankan agar pemimpin DAP yang bersifat rasis tidak menghormati Perlembagaan dan sejarah negara selain tidak berdaya saing dilucutkan daripada jawatan menteri atau timbalan menteri Menurut Ketua Penerangan Pas Kamaruzaman Mohamad pe...
Kalau Sampai Kena Paksa Kot Malu Kot Dulu Pun Orang Tak Paksa Tapi Umno Rasa Liabiliti Buat Parti

Kalau Sampai Kena Paksa Kot Malu Kot Dulu Pun Orang Tak Paksa Tapi Umno Rasa Liabiliti Buat Parti

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 621 hits
Berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan berhubung peralihan kuasa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli baru baru ini menyarankan agar perkara itu boleh dipaksakan kepada Tun Mahathir Mohamad Menurut beliau PH mungkin terpaksa mengambil pen...
Hahaha Pemimpin Islam Nak Tunjuk Hebat Kena Naik Mercedes Tapi Kerajaan Yang Beli

Hahaha Pemimpin Islam Nak Tunjuk Hebat Kena Naik Mercedes Tapi Kerajaan Yang Beli

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 598 hits
Sirah Rasulullah dan kehidupan salah seorang pembesar Islam itu kisah yang dipetik Timbalan Menteri Besar Kelantan semasa memberikan justifikasi terhadap pembelian kereta Mercedes Benz oleh kerajaan negeri baru baru ini Menurut Mohd Amar Ab...
2 Kali Dr M Langgar Manifesto Ph Kata Pemimpin Pkr

2 Kali Dr M Langgar Manifesto Ph Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 769 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuat keputusan memalukan apabila secara terang terangan melanggar janji manifesto Pakatan Harapan dengan membuat keputusan memangku jawatan menteri pendidikan Bekas timbalan presiden PKR Sy...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi