Kalau Sampai Kena Paksa Kot Malu Kot Dulu Pun Orang Tak Paksa Tapi Umno Rasa Liabiliti Buat Parti




Berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan berhubung peralihan kuasa, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini menyarankan agar perkara itu boleh dipaksakan kepada Tun Mahathir Mohamad.Menurut beliau, PH mungkin terpaksa mengambil pendekatan tersebut kerana rakyat mula kehilangan sabar berhubung janji penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim.“Jika Tun Mahathir sedia melepaskan jawatannya dengan rela, proses peralihan akan berjalan dengan sangat lancar,” kata Rafizi seperti dipetik akhbar South China Morning Post.Bagaimanapun, tambahnya, masalah utama sekarang ialah kerana Tun Mahathir masih tidak menunjukkan komitmen yang jelas ke arah peralihan kuasa itu.Dari satu sudut, saranan Rafizi ini ternampak suatu tindakan yang agak kasar terhadap seorang Perdana Menteri dan ketua kerajaan, malah dikatakan sesuatu yang tidak patut dilakukan.Tetapi jika tiada pilihan, sebenarnya itulah pilihan yang terbaik bagi PH demi kelangsungan masa depannya.Menghampiri tempoh dua tahun PH menjadi kerajaan, demi kestabilannya, menetapkan tarikh khusus peralihan kuasa adalah sangat perlu pada ketika ini.Selama ini pun ketidaktentuan berhubung tarikh peralihan kuasa itulah yang telah meretakkan PH dan memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk mengambil kesempatan.Kiranya Tun Mahathir menunjukkan keikhlasan yang tulen dan tidak terus berdolak-dalik berhubung janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, PH tidak akan berdepan dengan banyak masalah seperti sekarang ini.Ini tidak, walaupun mulut Tun Mahathir selalu berkata “akan menunaikan janji serta saya akan mengotakan janji”, persoalannya kenapakah beliau masih liat menetapkan tarikhnya untuk berundur?Bukankah sebelum ini Tun Mahathir selalu berkata hasratnya bersama PH hanya untuk menumbangkan BN dan kemudian menyebut, tempoh dua tahun menjadi Perdana Menteri adalah mencukupi baginya untuk memulihkan keadaan negara yang telah dirosakkan oleh Najib Razal?Bukankah juga, sebelum ini Tun Mahathir beberapa kali melafazkan ucapan terima kasih kepada Anwar kerana sanggup menerimanya dalam PH, meskipun pernah memecat, menganiaya, mengaib dan memenjarakan bekas timbalannya itu?Apa sudah jadi sekarang, apakah setelah kuasa berada dalam tangan, Tun Mahathir jadi lupa kepada semua pengorbanan dan kemaafan yang pernah Anwar berikan kepadanya?Dalam hal ini, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas kepada PH dan juga kepada Anwar serta kepada pengundi yang telah memberi kemenangan kepada gabungan itu menjadi kerajaan, beliau tiada pilihan lain selain bersetuju menetapkan tarikhnya berundur demi memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.Kelancaran proses peralihan kuasa dengan sendirinya akan menyumbang kepada kestabilan dan keyakinan rakyat kepada PH untuk menjadi kerajaan dengan lebih lama lagi.Kiranya Tun Mahathir enggan berbuat demikian, bukan saja PH akan terjebak ke dalam kancah perpecahan, bahkan akan memalukan dirinya sebagai seorang negarawan jika pendekatan paksa akhirnya terpaksa diambil untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa.Sama ada paksaan itu berjaya akan tidak, itu bukanlah soalnya, namun jika sampai ke tahap itu yang berlaku, yang utama menerima kesan buruknya ialah Tun Mahathir.Paksaan itu akan menjadikan beliau dilihat oleh rakyat sebagai seorang tua yang tamak, sentiasa lapar dengan kuasa, mudah mungkir janji, menikam orang yang pernah menolongnya serta tidak boleh dipercayai sehingga ke akhir hayatnya.Apakah, dalam perjalanan menuju alam baqa yang bila-bila masa jemputan Malaikat Maut boleh diarahkan Tuhan datang kepadanya, itu yang menjadi pilihan Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 11/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/kalau-sampai-kena-paksa-kot-malu-kot.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bukan Parti Bapa Kamu Shahidan Beritahu Lokman

Umno Bukan Parti Bapa Kamu Shahidan Beritahu Lokman

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 532 hits
Pemimpin Umno Perlis Shahidan Kassim mendakwa Lokman Noor Adam cuba mewujudkan perpecahan dalam parti PETALING JAYA Pemimpin Umno Perlis Shahidan Kassim menyelar Ahli Majlis Tertingginya Lokman Noor Adam berhubung dakwaan bekas naib preside...
Saya Bayar Rm30 Dulu Boleh Tak Cikgu Ibu 6 Anak Tahan Malu Minta Tangguh Bayar Yuran

Saya Bayar Rm30 Dulu Boleh Tak Cikgu Ibu 6 Anak Tahan Malu Minta Tangguh Bayar Yuran

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 677 hits
Tidak semua orang dapat merasai kehidupan yang senang Ada juga yang terpaksa hidup dalam kemiskinan disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi Bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak sekolah sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tingg...
Rasa Macam Daging Kerbau Tapi Liat Lelaki Nekad Minta Kaki Yang Putus Buat Lauk

Rasa Macam Daging Kerbau Tapi Liat Lelaki Nekad Minta Kaki Yang Putus Buat Lauk

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 438 hits
Jijik dan meloyakan Itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki sanggup memasak dan menjamah daging yang digoreng daripada bahagian kakinya yang terputus Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Reddit lelaki yang dikenali sebagai Sh...
Orang Muda Lihat Autonomi Umno Sabah Baik Untuk Parti Dan Rakyat Ghazali Ansing

Orang Muda Lihat Autonomi Umno Sabah Baik Untuk Parti Dan Rakyat Ghazali Ansing

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 421 hits
KIMANIS 17 Jan Ketua UMNO Tawau Ghazali Ansing berkata autonomi UMNO Sabah merupakan sesuatu yang cukup baik dan perkara yang amat baharu sekaligus memberi kelebihan dan juga manfaat yang cukup besar bukan sahaja kepada parti malah kepada r...
Mengepam Pertama Kali Susu Malu Malu Nak Keluar Jangan Gelabah Dulu

Mengepam Pertama Kali Susu Malu Malu Nak Keluar Jangan Gelabah Dulu

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 431 hits
Susu ibu dihasilkan mengikut konsep Demand and Supply selagi penyusuan kerap dari anak mahupun rangsangan kerap akan dapat menggalakkan penghasilan susu Bukan sahaja perlu cukup rehat ibu yang menyusukan anak harus mengikut jadual pemakanan...
Belum Rezeki Dapat Anak Tapi Susu Badan Meriah Dah 4 Anak Susuan Rasa Nikmat Ini

Belum Rezeki Dapat Anak Tapi Susu Badan Meriah Dah 4 Anak Susuan Rasa Nikmat Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 483 hits
Rasanya ramai yang tak percaya bagaimana seorang wanita yang tak mengandung tetapi boleh mempunyai susu badan yang banyak sehingga boleh dibuat stok Bukan itu saja mampu lagi menyusukan beberapa orang anak susuan tanpa masalah Inilah yang d...
Autonomi Umno Sabah Beri Kelebihan Kepada Rakyat

Autonomi Umno Sabah Beri Kelebihan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 332 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Moga Jadi Penyambung Legasi Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid

Tradisi Mencandat Sotong Antara Warisan Ekologi Dan Sains Cahaya

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Hold Tight 5 Motorcycle Phone Mounts To Keep You Connected

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kenapa Bukan Diri Sendiri

Resepi Ayam Buttermilk

Panduan Cara Hilangkan Senggugut

Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah