2 Kali Dr M Langgar Manifesto Ph Kata Pemimpin Pkr




Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi membuat keputusan memalukan apabila secara terang-terangan melanggar janji manifesto Pakatan Harapan (PH) dengan membuat keputusan memangku jawatan menteri pendidikan.
Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali berkata sehingga kini masih tidak ada kenyataan jelas dari Pejabat Perdana Menteri berhubung tempoh Mahathir akan memangku jawatan itu selepas penyandangnya, Maszlee Malik meletakkan jawatan.
“Dahulu dia sudah ambil jawatan menteri pendidikan, kemudian dia tarik diri sebab melanggar manifesto dan ditentang orang parti serta orang awam. Jadi, apa yang dibuatnya hari ini adalah dia melanggar sekali lagi apa yang sudah dilanggar sebelum ini.
“Ini tindakan memalukan kerana kita tidak tahu berapa lama dia hendak jadi pemangku, boleh jadi seminggu dan boleh jadi setahun. Apakah akhirnya orang akan katakan Mahathir pecat Maszlee supaya dia boleh ambil balik jawatan itu,” katanya kepada FMT.
Janji 12 dalam manifesto PH adalah menghadkan tempoh perkhidmatan perdana menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri.
Dinyatakan, tempoh jawatan perdana menteri akan dihadkan kepada 2 penggal sahaja bahkan perdana menteri juga tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan menteri kewangan.
Hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata, Kabinet setuju melantik Mahathir sebagai pemangku menteri pendidikan sehingga menteri pendidikan baru dilantik.
Keputusan dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 8 Jan. Pelantikan Mahathir berkuat kuasa 3 Jan bagi menggantikan Maszlee yang meletak jawatan pada tarikh sama.
Syed Husin berkata, menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, beliau akhirnya memahami kenyataan Maszlee sewaktu meletakkan jawatan tempoh hari, yang menyatakan beliau memulangkan semula jawatannya kepada perdana menteri.
“Sebab itu saya nyatakan, Mahathir adalah Mahathir dan dia selalu buat apa yang dia suka,” katanya.
Mahathir pada mulanya menamakan dirinya untuk portfolio pendidikan selepas kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14, 2 tahun lalu.
Beliau bagaimanapun terpaksa melepaskan jawatan itu keesokan harinya berikutan kritikan sebilangan pemimpin PH yang merujuk kepada janji pakatan politik tersebut bahawa perdana menteri tidak dibolehkan memegang jawatan dalam kementerian lain.
Beliau kemudiannya menamakan Maszlee untuk jawatan tersebut.
Ini merupakan kali ke-2 Mahathir memimpin portfolio pendidikan. Beliau memegang jawatan itu selama 4 tahun dari 1974 hingga 1978 di bawah pentadbiran bekas perdana menteri ke-3, Abdul Razak Hussein.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/10/2-kali-dr-m-langgar-manifesto-ph-kata-pemimpin-pkr/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Mereka Mahu Saya Berundur Sekarang Saya Akan Berundur Mahathir Pemimpin Pkr Tak Sabar Tunggu Anwar Jadi Pm

Jika Mereka Mahu Saya Berundur Sekarang Saya Akan Berundur Mahathir Pemimpin Pkr Tak Sabar Tunggu Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 536 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersedia berundur dari jawatan penting itu sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan mahu dia berbuat demikian Jika mereka mahu saya berundur sekarang saya akan berundur Mahathir Pemimpin PKR tak sabar tu...
Yang Langgar Manifesto Bukan Sahaja Mahathir Tetapi Menteri Kabinet Juga

Yang Langgar Manifesto Bukan Sahaja Mahathir Tetapi Menteri Kabinet Juga

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 1256 hits
ULASAN MALAMTINDAKAN Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri pendidikan walaupun tindakan itu bertentangan dengan manifesto dan prinsip kerajaan PH ia juga memberi petunjuk lain yang sungguh memualkan Dr Mahathir kata kabinet bersetuju...
Bekas Pemimpin Umno Boleh Bertanding Dalam Pemilihan Ppbm Jika Bersih Kata Dr Mahathir

Bekas Pemimpin Umno Boleh Bertanding Dalam Pemilihan Ppbm Jika Bersih Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 520 hits
January 13 2020 8 11 PMPPBM akan mengadakan pemilihan bermula akhir Jan ini sehingga April 2020 melibatkan semua peringkat parti HULU SELANGOR Bekas ahli dan pemimpin Umno boleh bertanding dalam pemilihan PPBM sekiranya bersih kata Dr Mahat...
Mahathir Langgar Manifesto Sekali Lagi

Mahathir Langgar Manifesto Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 535 hits
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad akhirnya dilantik untuk memangku jawatan Menteri Pendidikan yang dikosongkan oleh Dr Mazlee Malik Disebut dalam kenyataan media hari ini bahawa keputusan itu dibuat oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat kab...
Rombak Kabinet Mengapa Saya Perlu Risau Kata Menteri Pelancongan

Rombak Kabinet Mengapa Saya Perlu Risau Kata Menteri Pelancongan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 327 hits
Sinar Harian MOHAMADDIN Ada perlu tanya Tun Dr Mahathir jika ada rombakan nanti Gambar fail KUALA LUMPUR Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi tidak risau jika berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat selepas pelet...
Usah Pedulikan Apa Orang Lain Kata Dengan Perancangan Kita

Usah Pedulikan Apa Orang Lain Kata Dengan Perancangan Kita

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 499 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua disebabkan tahun 2020 ni nak aktifkan semula penulisan dalam blog yang dah lama bersawang ni aku akan banyak bercerita mengenai perancangan dan aktiviti berbeza tahun 2020 ni Antara perkara yang aku...
Posisi Bercinta Tentukan Jenis Kelamin Anak Ini Kata Dokter Boyke

Posisi Bercinta Tentukan Jenis Kelamin Anak Ini Kata Dokter Boyke

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 363 hits
Benarkah posisi bercinta dapat menentukan jenis kelamin anak Dokter Boyke langsung menjawabnya untuk kalian
Kroni Orang Paling Berpengaruh Ph Akan Ganti Maszlee Kata Annuar Musa

Kroni Orang Paling Berpengaruh Ph Akan Ganti Maszlee Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 766 hits
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa kesal dengan tindakan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan berkuatkuasa hari ini Menurutnya ahli parlimen Bersatu itu menjadi mangsa percaturan walaupun walaupun prestasinya buka...
To Debate Satanic Us Trade Deal

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Quantum Sensing Transforming Measurement For Industry Innovation

Welcome Embrace No No But Rape Is Fine Pas Trolled Over Hypocrisy In Criticising Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalendar Akademik Tahun 2026 Bagi Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Padang On Wheels Shah Alam Masakan Padang Asli Gurame Fresh Padu

Minyak Tak Meletup Dah 6 Bahan Rahsia Elak Minyak Merecik Ketika Goreng Ikan

Keropok Ikan Dari Masjid

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025