Pemimpin Ppbm Seluruh Negara Bantah Desakan Tun M Letak Jawatan



(Malaysia Gazette) – Pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seluruh negara hari ini membantah tindakan segelintir pemimpin politik dalam Pakatan Harapan (PH) mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mei ini.
Wakil kepimpinan PPBM itu, Datuk Mazlan Hashim berkata, kenyataan sesetengah pemimpin PH  walaupun menggunakan platform sendiri, bukan mewakili parti masing-masing boleh memberi kesan tidak baik kepada pentadbiran negara.
Katanya, kepimpinan PPBM di seluruh negara mengingatkan pihak berkenaan bahawa peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH), bukan individu yang berkepentingan.
“Kami nak ingatkan kepada ‘mangkuk hayun’ (individu yang keluar kenyataan supaya Dr. Mahathir berundur) ini agar jangan bersikap kurang ajar atau cuba mengganggu-gugat pengurusan negara seperti mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan.
“Itu bukan tugas kamu, kita sudah mencapai persetujuan bahawa MPPH yang akan membuat keputusan dan kita serahkan kepada MPPH untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini.
Menurut Mazlan yang merupakan Ketua PPBM Bahagian Kepong, sebelum ini Mahathir jelas menyatakan akan meletakkan jawatan selepas Sidang APEC 2020 pada November ini, kenapa perlu didesak atau ditekan.
Katanya, beliau percaya Mahathir yang juga Presiden PPBM tetap dengan pendiriannya menyerahkan sepenuhnya kepada MPPH berhubung sebarang peralihan kuasa kepada penggantinya.
“Sebarang desakan oleh mana-mana individu, kelompok atau pemimpin parti PH terhadap Perdana Menteri ketujuh adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan bertatasusila.
“Tuduhan golongan ini merupakan satu cabaran kepada muafakat parti yang dijalin sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun 2018.
“Saya ingin mengingatkan bahawa sikap mereka ini adalah ancaman kepada kestabilan pentadbiran negara,” katanya.
Sementara itu, Ketua PPBM Bahagian Bandar Tun Razak, Mohd Shahni Ismail berkata, perhimpunan Ketua-Ketua Bahagian, Ahli Jawatankuasa dan ahli PPBM di depan Yayasan Al-Bukhary petang ini adalah sebagai tanda solidariti mereka kepada Dr. Mahathir.
Beliau turut mengecam segelintir pemimpin dari PH yang begitu gelojoh dan tidak sabar untuk melihat peralihan kuasa berlaku antara Dr. Mahathir dengan pengganti yang disebut-sebut iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita tahu selepas ini Perdana Menteri kelapan sudah menunggu sama ada Anwar atau sesiapa sahaja. Itu kita tidak pasti kerana yang akan menentukan pengganti ialah MPPH,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/01/17/pemimpin-ppbm-seluruh-negara-bantah-desakan-tun-m-letak-jawatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Guna Menang Jawatan Parti Tapi Kalah Pilihan Raya Kata Pemimpin Ppbm

Tiada Guna Menang Jawatan Parti Tapi Kalah Pilihan Raya Kata Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 380 hits
Marzuki Yahya berkata agak sukar untuk kepimpinan PPBM memperbaiki keretakan jika berlaku perpecahan akibat tindakan mengejar jawatan dan pangkat dalam pemilihan parti pada Jun ini PUTRAJAYA Setiausaha Agung PPBM Marzuki Yahya mengingatkan ...
Rasa Ditipu Ribuan Rakyat Tunjuk Perasaan Desak Pemimpin Tertinggi Iran Letak Jawatan

Rasa Ditipu Ribuan Rakyat Tunjuk Perasaan Desak Pemimpin Tertinggi Iran Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 361 hits
Ribuan orang telah berkumpul di luar pintu gerbang Universiti Amir Kabir berhampiran kedutaan Amerika Syarikat di Tehran bagi mengutuk pengakuan Iran menembak jatuh pesawat Ukraine Penunjuk perasaan yang kebanyakannya terdiri daripada pelaj...
Malaysia Kini Jadi Negara Bisu Dan Bakal Lumpuh Kp Sprm Wajib Letak Jawatan

Malaysia Kini Jadi Negara Bisu Dan Bakal Lumpuh Kp Sprm Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 635 hits
Satu kesan paling ketara dan menakutkan berikutan pendedahan sembilan rakaman audio oleh SPRM semalam ialah Malaysia akan menjadi negara yang lumpuh dari segi komunikasi mulai sekarang hingga beberapa bulan akan datang Jika nasib tak baik k...
Pihak Desak Tun M Letak Jawatan Dianggap Bebal Abdul Hadi

Pihak Desak Tun M Letak Jawatan Dianggap Bebal Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 262 hits
Mereka yang mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan pada Mei ini dianggap bebal terutama dalam ilmu agama dan politik Itu konotasi yang diberikan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menurutnya kalau mengikut sistem demokras...
Ph Kalah Lagi Tun Mahathir Wajib Letak Jawatan

Ph Kalah Lagi Tun Mahathir Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 308 hits
ULASAN Keputusan pilihan raya kecil Kimanis Sabah amat memalukan Pakatan Harapan Parti sekutu PH Warisan yang pada pilihan raya umum 14 lalu mendapat kepercayaan besar rakyat dan menang hampir separuh kerusi DUN Sabah tiba tiba dimalukan de...
Maszlee Diarah Letak Jawatan Kerana Sering Ingkar Arahan Kabinet

Maszlee Diarah Letak Jawatan Kerana Sering Ingkar Arahan Kabinet

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 571 hits
KUALA LUMPUR Peletakan jawatan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik didakwa disebabkan beliau sering mengingkari arahan Kabinet Menurut laporan The Malaysian Insight sepucuk surat mengandungi 17 perenggan ditulis sendiri Perdana Menter...
Maszlee Letak Jawatan Bukan Sebab Banyak Buat Silap Pm

Maszlee Letak Jawatan Bukan Sebab Banyak Buat Silap Pm

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 402 hits
PUTRAJAYA Peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan bukan disebabkan beliau melakukan banyak kesalahan kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri menjelaskan sepanjang memegang jawatan Maszlee juga melakukan perkara ba...
Adun Mesti Letak Jawatan Segera

Adun Mesti Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 315 hits
1 Semalam PDRM telah mengesahkan tangkapan terhadap seorang ADUN Selangor dan bbrp yang lain terlibat dalam kegiatan dadah judi dan seks haram 2 Saya amat kesal setelah lebih 24 jam berlalu belum ada kelihatan sebarang tanda2 akan ada keput...
Bekas Senator Dikait Rakaman Audio Gesa Latheefa Letak Jawatan

Bekas Senator Dikait Rakaman Audio Gesa Latheefa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 267 hits
Khairul Azwan Harun berkata tindakan Latheefa Koya mengaibkan serta menjejaskan reputasinya PETALING JAYA Bekas senator Khairul Azwan Harun yang dikaitkan dalam pendedahan rakaman audio Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendesak Lathee...
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2025 Dan Waktu Yang Digalakkan Membayar Zakat Fitrah

Dilema Stem Di Malaysia Apa Yang Silap Dan Bagaimana Memperbaikinya

Bacaan Selawat Dan Tasbih Solat Sunat Tarawih

Settel Baju Melayu Raya

Lirik Lagu Hidayah Damian Mikhail

Menu Ramadan Kari Telur Dan Kambing Cili Padi