Thailand Berdepan Cabaran Selamatkan Gajah Kelaparan Dan Menganggur


BANGKOK, 23 Jun (Bernama) — Di bawah terik matahari, kelihatan dua gajah betina, Gai Na dan To-Me bersiar-siar di tebing sungai di Elephants World di barat wilayah Kanchanaburi.
Gai Na berumur 60 tahun dan To-Me 56 tahun bermain-main dan mandi di sungai itu, sambil diperhatikan pengembala gajah Ehdar, 24, yang duduk di bawah pokok.
“Seronok melihat mereka bebas bermain. Mereka menjalani kehidupan yang lebih tenang di sini berbanding haiwan yang ada dikandang,” katanya kepada Bernama.
Elephants World, terletak kira-kira 200 kilomter dari Bangkok, menyediakan penempatan dan makanan untuk sebilangan kecil gajah tempatan yang tua dan cedera.
Gai Na dan To-Me bernasib baik berbanding gajah lain yang terpaksa melalui kehidupan di kandang, taman hiburan atau tempat perlindungan, ada yang kelaparan akibat pandemik COVID-19.
Wabak itu menyebabkan industri pelancongan di seluruh dunia terjejas, jutaan orang kehilangan pekerjaan termasuk gajah di Thailand yang bergantung hidup kepada pelancong, sementara beberapa pengusaha kandang merancang menghentikan operasi dan ada yang terpaksa menjual gajah mereka.
Larangan perjalanan dan penutupan kem gajah untuk membendung penularan COVID-19 pada pertengahan Mac lalu, memaksa pengusaha menjual gajah mereka dan pengembala terpaksa bergelut untuk menyediakan makanan.
Kira-kira 1,000 gajah dan pengembala hilang pekerjaan.
Di Chiang Mai sahaja, lebih 100 gajah dan pengembala menganggur, terpaksa pulang ke kampung halaman di daerah Mae Chaem di utara Thailand, didiami oleh kumpulan etnik Karen-an, yang memelihara gajah sejak turun-temurun.
Dianggarkan 4,400 gajah tawanan di Thailand dan lebih separuh bekerja di industri pelancongan dengan menawarkan khidmat menunggang dan melakukan aksi di kem komersial.
Pengasasnya Samat Prasitpon, berkata akibat sekatan perjalanan udara di seluruh dunia, Elephants World terjejas apabila kehadiran pelancong merudum pada akhir Januari sebelum ia ditutup pertengahan Mac.
“Berikutan tiada pengunjung, kami berdepan situasi sukar untuk menampung kos perbelanjaan. Kami terpaksa memberhentikan kira-kira 50 peratus pekerja.
“Purata makanan seekor gajah setiap hari ialah 300 kilogram yang kosnya sebulan sekitar US$900,” katanya.
Namun, Samat sedikit lega apabila Elephants World membuka semula pintu kepada pengunjung pada 5 Jun.
Dengan ketiadaan pelancong antarabangsa, beliau berharap penderma menghulurkan bantuan bagi membolehkan kem itu menyediakan keperluan asas.
Hari ini, Elephants World mempunyai 22 ekor gajah sakit, cacat dan serta yang didera. Sebilangan besar gajah dijual dari kem menunggang dan sarkas, dengan harga kira-kira 100,000 baht.
Pengasas Save Elephant Foundation (SEF) di wilayah utara Chiang Mai, Sangdeaun ‘Lek’ Chailert, turut berdepan cabaran untuk meyediakan makanan kepada gajah yang kelaparan selain membantu memindahkan haiwan itu keluar dari kem menunggang gajah, sarkas dan “tempat perlindungan”.
Wabak COVID-19 menyaksikan lebih banyak kem menunggang gajah ditutup, sementara pengusaha mencari jalan untuk menjual gajah mereka bagi memastikan kelangsungan hidup haiwan itu.
Lek Chailert berkata terdapat beberapa kem bertindak kasar semasa melatih gajah untuk membuat persembahan, termasuk mengurung anak gajah serta  memisahkan mereka daripada ibu.
Sebelum wabak COVID-19, aktivis haiwan itu bekerjasama rapat dengan pemilik kem gajah dan pengembala mencari cara untuk memberi makan kepada haiwan tanpa bergantung pada persembahan atau aktiviti menunggang, pada masa sama mengubah kem menjadi tempat perlindungan dengan penjagaan gajah yang beretika.
Beliau juga sedang berusaha membuat perubahan untuk mewujudkan kem gajah yang beretika dan menjadikan ia sebagai tempat perlindungan yang mengutamakan kesejahteraan gajah.
SEF, badan bukan kerajaan, bukan berdasarkan keuntungan, memberi bantuan penjagaan populasi gajah tawanan, kini mengendalikan kira-kira 1,745 ekor gajah dan jumlah itu bertambah dengan cepat.
Beliau menggesa kerajaan memperuntukkan sejumlah tanah untuk penduduk kampung menanam tanaman bagi menyediakan makanan kepada haiwan gergasi dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan penduduk.
Sumber: BERNAMA
The post Thailand Berdepan Cabaran Selamatkan Gajah Kelaparan Dan “Menganggur” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/23/thailand-berdepan-cabaran-selamatkan-gajah-kelaparan-dan-menganggur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Coba Selamatkan Anak Johan Malah Hanyut Di Sungai Dan Meninggal Dunia

Coba Selamatkan Anak Johan Malah Hanyut Di Sungai Dan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 430 hits
Niat Johan Kanda Arifin menolong anaknya yang tercebur ke sungai berujung maut Pria yang tidak bisa berenang ini justru hanyut dan meninggal dunia
Pemindahan Aset Sakit Selamatkan Th Ketika Pandemik Covid 19

Pemindahan Aset Sakit Selamatkan Th Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 350 hits
Oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO pada 18hb Jun yang meminta penjelasan isu Tabung Haji dan penjualan 18 asset Beliau mendakwa tindakan saya lelong aset TH dan saya berbohong kononnya saya...
Ambil Semula Mandat Bukan Gila Kuasa Hanya Selamatkan Rakyat

Ambil Semula Mandat Bukan Gila Kuasa Hanya Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 384 hits
Mandat yang telah dirampas dari Pakatan Harapan oleh kerajaan tebuk atap menyebabkan pelbagai penyelewengan dalam perlantikan jawatan GLC dan pembaziran berlaku Oleh itu menurut Presiden AMANAH Mohamad Sabu usaha Pakatan Harapan Plus untuk ...
Bang Mat Serius Mahu Pakatan Harapan Segera Ambil Alih Pemerintahan Kjaan Pintu Belakang Demi Selamatkan Rakyat

Bang Mat Serius Mahu Pakatan Harapan Segera Ambil Alih Pemerintahan Kjaan Pintu Belakang Demi Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 367 hits
Semua orang kenal Bang Mat suka berlawak Itulah dia yang menjadikan segenap lapisan orang selesa bergaul dengannya Lawak santainya merobohkan tembok pemisah antara dia dan kenalannya 2 Ketika berucap secara serius pun Bang Mat sempat selitk...
Nak Selamatkan Nyawa Adik Memaksa Perompak Bank Bertindak Luar Jangkaan

Nak Selamatkan Nyawa Adik Memaksa Perompak Bank Bertindak Luar Jangkaan

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 291 hits
Semalam sebuah kejadian rompakan yang agak tragis berlaku di bank di Air Tawar 5 Kota Tinggi Johor Keadaan menjadi bertambah tegang apabila penjenayah tersebut bertindak menjadikan salah seorang pelanggan tersebut sebagai tebusan Suspek dil...
Sakit Lutut Selamatkan Ibu Anak Daripada Penyamun Bank

Sakit Lutut Selamatkan Ibu Anak Daripada Penyamun Bank

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 425 hits
Perombak berkenaan menerpa ke arah Ratnah Ahab sambil mengacukan sabit namun wanita itu terjatuh akibat sakit lutut
Polis Selamatkan 28 Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Kulim

Polis Selamatkan 28 Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Kulim

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 278 hits
ALOR SETAR 25 Jun Seramai 28 pendatang tanpa izin pelbagai warganegara dipercayai mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan polis hasil serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Taman MBI Desaku Padang Serai dekat Kulim semalam Ketua J...
Lapan Budak Dilaporkan Mati Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Untuk Selamatkan Rakan

Lapan Budak Dilaporkan Mati Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Untuk Selamatkan Rakan

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 289 hits
Arus kuat yang berlaku di Sungai Fu China telah menyaksikan seorang kanak kanak menghadapi masalah sebelum sekumpulan kanak kanak lain cuba menyelamatkannya Sebelum kejadian mereka telah bermain di tepi tebing sungai dekat Chongqing di prov...
Video Mereka Ditolak M Sia Nelayan Aceh Mengamuk Kerajaaan Tak Izin Selamatkan Pelarian Rohingya

Video Mereka Ditolak M Sia Nelayan Aceh Mengamuk Kerajaaan Tak Izin Selamatkan Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 293 hits
Isu pelarian Rohingya terus menjadi isu hangat Kali ini telah tular video menunjukkan pelarian Rohingya berlabuh di Acheh Penduduk Acheh dikatakan ingin membantu kapal pelarian Rohginya yang ditemui terumbang ambing di laut sejak beberapa h...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah