Th Jurunilai Ditukar Kerajaan Ph Dahulu Untuk Turunkan Nilai Aset
Ramai yang bertanya tentang penjualan tanah ladang Tabung Haji dengan harga RM4,000 satu hektar oleh kerajaan PH seperti didedahkan dalam parlimen hari ini.
Sebab itu, saya rumuskan apa yang telah berlaku:
** NOMBOR 1. Tanah tersebut dibeli dari syarikat bukan bumiputera pada Februari 2013 dengan harga RM264 juta.
Oleh kerana pengeluaran dan keuntungan semakin meningkat, nilai tanah itu meningkat menjadi RM366.5 juta pada tahun 2017 seperti dinyatakan dalam laporan tahunan THP 2017.
** NOMBOR 2. Setelah PH menang PRU14, mereka tukar jurunilai bagi THP. Jurunilai menggunakan andaian yang tak masuk akal.
Akibatnya, nilai buku tanah tersebut disusutnilai 67% dari RM366.5 juta menjadi RM122.4 juta walaupun syarikat intu mencatat pengeluaran dan pendapatan yang meningkat dengan laju.
(Jurunilai THP sehingga ditukar PH ialah syarikat terkenal CH Williams Talhar & Wong)
** NOMBOR 3. Tanah yang disusutnilai dari RM366.5 juta dijual oleh PH dengan harga RM170 juta (iaitu RM4,000 satu hektar seperti disebut menteri pagi ini) pada Disember 2019.kepada syarikat bukan Bumiputra milik keluarga Lim.
Trend pengeluaran Buah Tandan Segar dari ladang Tabung Haji dijual PH dengan harga RM4,500 satu hektar yang digelar Mujahid sebagai sebagai aset yang tidak berprestasi dan patut dijual.
Nilai buku pada tahun 2017 = RM366 juta. Harga jualan pada Disember 2019 = RM170 juta.
Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) ladang itu sedang naik berganda kerana pokok-pokok ditanam TH semakin matang dan mula berbuah.
Pengeluaran pada tahun 2018 = 52,040 tan.
Mengikut harga tertinggi BTS pada Disember 2019 iaitu RM637 satu tan, nilai pengeluaran pada tahun 2018 sudah RM33 juta.
Mengikut laporan TH sendiri, ladang itu berpotensi untuk mencapai pengeluaran BTS sekurang-kurangnya 160,000 tan setahun apabila pokok matang dan tanah selesai ditanam.
Jika pengeluaran mencapai 160,000 tan maka hasil jualan pengeluaran BTS setahun mencecah RM100 juta.
Tetapi telah dijual dengan harga RM170 juta oleh PH
Tanya Kekanda 3 soalan ini sahaja dan gerenti dia akan terciduk: (take note Azeez)
1. Jual untuk bayar hutang kepada siapa?
(Jawapan: Bayar kepada Tabung Haji)
2. Kenapa tukar jurunilai untuk susutnilai aset sebanyak 67%. Dan selepas itu dijual pada harga jauh di bawah harga buku tahun 2017 pada ketika nilai aset dan harga sawit rendah?
3. Perlukah menjual sehingga 76.2% daripada jumlah keluasan ladang milik THP?
Dan bagaimana nak beli balik dengan harga rendah apabila harga sawit memulih?
Dari FB NAJIB RAZAK
The post TH : Jurunilai ditukar kerajaan PH dahulu untuk turunkan nilai aset ? appeared first on My KMU NeT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2020/07/23/th-jurunilai-ditukar-kerajaan-ph-dahulu-untuk-turunkan-nilai-aset/