Kerajaan Pn Mengakui Ph Tidak Jual Aset Th Pada Orang Bukan Islam


Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) - yang dikecam teruk serta didakwa dikuasai orang bukan Islam semasa Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan - kini mencatat lebihan aset sebanyak RM1.9 bilion

Menurut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin laporan prestasi Tabung Haji pada setengah tahun pertama 2020 menunjukkan aset yang dimiliki agensi itu laha sebanyak RM78.0 bilion

"Kedudukan terkini aset Tabung Haji pada 30 Jun seperti yang diumumkan dalam laporan prestasi setengah tahun pertama 2020 adalah berjumlah RM78.0 bilion, dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam

Muhyiddin berkata demikian sebagai menjawab soalah Dr Mujahid Yusof (PH-Parit Buntar) yang meminta perdana menteri menyatakan kedudukan aset terkini Tabung Haji

"Adakah benar kerajaan terdahulu (PH) telah menjual banyak aset Tabung Haji dan membiarkan Tabung Haji dikuasai oleh orang bukan Islam?" tanya beliau

Untuk rekod selepas menjadi kerajaan PH giat melakukan penstrukturan semula Tabung Haji selepas mendapati wujud ada beberapa isu semasa ditadbir BN

Misalnya mengenai pembayaran dividen yang sepatutnya dibuat hanya jika ia mencatat keuntungan dan asetnya melebihi liabiliti

Pada Julai 2018, Jabatan Audit Negara melaporkan aset Tabung Haji adalah lebih rendah berbanding liabiliti sebanyak RM4.1 bilion sehingga memerlukan pelan pemulihan semula

Antara yang kuat mengecam kerajaan sebagai "jahat" ketika itu ialah ulama PAS, Ahmad Dusuki Abdul Rani, yang turut memberikan cadangan bagaimana Tabung Haji patut dikelola

“Ni tengok bagaimana jahatnya yang dilakukan ini. Yang tanggung ini, kamu kena tanggung sampai di akhirat Allah SWT. Jangan main-main... harta orang Islam kan ni

“[...] Yang ni, kalau orang sebut, sampai masuk dalam kubur orang sebut. Orang sebut sampai masuk dalam kubur,” katanya dalam satu rakaman ceramah yang disiarkan di saluran YouTubenya. 
Pembangkang ketika itu juga mendakwa Tabung Haji sudah dikuasai bukan Islam - merujuk kepada Lim Guan Eng yang menjadi menteri kewangan PH

Pada Feb lalu pula ada pihak menyebarkan gambar kunjungan hormat dan sesi penerangan Mujahid mengenai gagasan Rahmatan lil Alamin ke atas Lim di pejabatnya

Gambar itu kemudian didakwa kononnya menjadi bukti Lim mempengerusikan mesyuarat berkaitan Tabung Haji

Muhyiddin berkata selaras dengan perlaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing dipindahkan kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang dimiliki penuh oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD)

"Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam," katanya.- mk



Berminat beriklan di web Addin?Klik link di bawah:-http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/07/kerajaan-pn-mengakui-ph-tidak-jual-aset.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Ekonomi Jual Aset Negara Dap Yang Kena

Menteri Ekonomi Jual Aset Negara Dap Yang Kena

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 271 hits
Anggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah menjual sebarang aset kerajaan ketika menggalas jawatan sebagai menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan Lim berkata demikian semasaperbahasan di Dewan Rakyat hari i...
Kerajaan Bagi Bantuan Pusat Asuhan Tunas Islam Milik Pas

Kerajaan Bagi Bantuan Pusat Asuhan Tunas Islam Milik Pas

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 450 hits
Asalkan kena pada sasaran dan dimanfaatkan itu penjelasan diberi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad mengenai pengagihan bantuan daripada Tabung Musa adah Covid 19 selepas ia menimbulkan kritikan pembangkang sejak semalam...
Jual Aset Negara Guan Eng Salahkan Azmin Pulak Dia Haritu Menteri Apa

Jual Aset Negara Guan Eng Salahkan Azmin Pulak Dia Haritu Menteri Apa

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 379 hits
Dalam parlimen Guan Eng suruh tanya Azmin tentang penjualan aset negara secara lambak masa rejim Gagalkrasi PH memerintah Bulan Mac lalu Guan Eng suruh siasat Muhyiddin pula kerana hutang negara bertambah RM140 bilion pada zaman PH Jual ase...
Jual Aset Yayasan Selangor Demi Kurang Beban Hutang Rm34 Juta

Jual Aset Yayasan Selangor Demi Kurang Beban Hutang Rm34 Juta

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 371 hits
Amirudin Shari berkata kerajaan negeri bercadang menggantikan aset dijual dengan aset lebih berdaya saing dan menguntungkan selain membaik pulih aset utama Yayasan Selangor di Kampung Baru Ampang Point dan Bukit Bintang SHAH ALAM Menteri Be...
Barisan Kepimpinan Kerajaan Pn 4 Melayu Islam 8 Bukan Melayu Islam

Barisan Kepimpinan Kerajaan Pn 4 Melayu Islam 8 Bukan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 386 hits
Tok Peti belah Utara hidup lagi ka Langsung takde bunyi pulak Melayu Islam terancam 1 YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin 2 YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 3 YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 4 YB Datuk Seri Wee Ka Siong 5 YB...
Dah Terjawab Siapa Jual Aset Negara

Dah Terjawab Siapa Jual Aset Negara

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 220 hits
Zain AzmanAnggota Parlimen Bagan Lim Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah menjual sebarang aset kerajaan ketika menggalas jawatan sebagai menteri kewangan dalam kerajaan Pakatan Harapan Lim berkata demikian semasaperbahasan di Dewan Rak...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia