Terus Lindungi Anak Fda Tangguh Pemberian Vaksin Pfizer Untuk Kanak Kanak Bawah 5 Tahun
Teruslah melindungi anak kecil kita di bawah usia lima tahun kerana sehingga kini pemberian vaksin buat anak-anak di usia ini masih lagi di dalam perbincangan.
Malah menurut laporan Astro Awani, Amerika Syarikat menangguhkan keputusan pemberian vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 4 tahun sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan.
Penangguhan ini dibuat selepas pentadbiran makanan dan ubat-ubatan (FDA) menyatakan ia memerlukan lebih banyak data sebelum membenarkan ibu bapa di seluruh dunia mengambil suntikan itu.
Malah dalam laporannya lagi, FDA merancang untuk membuat keputusan mengenai vaksin kumpulan itu berdasarkan data percubaan awal akibat lonjakan jangkitan disebabkan oleh varian Omicron.
Bagaimanapun keputusan itu dijadualkan minggu depan dengan pelancaran bermula seawal 21 Februari.
Masih perlukan data sebelum buat keputusan
Pada Jumaat lalu, agensi itu berkata ia telah menyemak maklumat ujian klinikal baharu dan memutuskan ia memerlukan lebih banyak data sebelum bergerak ke hadapan.
FDA berkata ibu bapa kepada kira-kira 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur itu harus diyakinkan bahawa agensi itu melakukan yang terbaik untuk memastikan standard yang telah ditetapkan untuk kebenaran.
Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA, Dr Peter Marks berkata, jika sesuatu tidak memenuhi piawaian itu, pihaknya tidak boleh meneruskan keputusan tersebut.
Pfizer-BioNTech telah menyerahkan data mengenai dua dos pertama yang dirancang sebagai rejimen tiga dos untuk kumpulan umur itu awal bulan ini atas permintaan FDA.
Kedua-dua syarikat pembuat vaksin itu tidak mendedahkan data keberkesanan.
Kelewatan itu mungkin mengecewakan ibu bapa kanak-kanak yang lebih muda yang terpaksa berhadapan dengan kuarantin dan penutupan prasekolah dan pusat jagaan harian.
Jadi teruslah melindungi anak kecil kita daripada ancaman virus berbahaya ini. Elakkan sama sekali membawa anak ke tempat yang sesak dan sentiasalah patuhi SOP. Lindungi anak kita sebaik mungkin.
Menarik: Halus Sungguh Permainan Anak Kedua, Lila Amina Dah Setahun, Awal & Scha Kongsi Momen Indah
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Astro Awani
The post Terus Lindungi Anak, FDA Tangguh Pemberian Vaksin Pfizer Untuk Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/terus-lindungi-anak-fda-tangguh-pemberian-vaksin-pfizer-untuk-kanak-kanak-bawah-5-tahun/