Awas Ubat Batuk Selsema Jangan Diberikan Kepada Kanak Kanak Bawah 2 Tahun


Kenapa ubat batuk dan selsema tak boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah 2 tahun? | Betul ke tak boleh? Tapi kenapa kadang-kadang bila ke klinik, doktor ada je memberikan ubat batuk dan selsema kepada anak kecil kita? 
Orait

Sebenarnya maksud "tak boleh" disini menerangkan bahawa produk ‘cough and cold’ over-the-counter (OTC: ubat yang boleh didispens tanpa preskripsi) adalah tidak boleh digunakan untuk merawat kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun. 
Biarpun ubat batuk dan selsema merupakan ubat bawah kategori C, yang boleh dibeli tanpa arahan doktor, namun bagi kes kanak-kanak, peraturannya adalah berbeza!
Laporan USFDA menyebut bahawa penggunaan produk ‘cough and cold’ adalah tidak berkesan untuk rawatan kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah.


Sejak tahun 2008 pihak U.S Food and Drug Administration (USFDA) telah mengeluarkan amaran berkenaan penggunaan ubat ‘cough and cold’ pada kanak-kanak. Pihak USFDA telah memberi amaran terhadap penggunaan produk ‘cough and cold’ adalah tidak dibenarkan bagi merawat kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun. Jika ia diberikan kepada kanak-kanak, kemungkinan berlakunya adverse reaction yang serius adalah tinggi dan berisiko hingga menyebabkan kematian.
Laporan USFDA juga menyebut bahawa penggunaan produk ‘cough and cold’ adalah tidak berkesan untuk rawatan kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan ke bawah. Walaubagaimanapun pihak USFDA masih lagi menjalankan pemantauan yang berterusan bagi memastikan tahap keselamatan pengunaan persediaan tersebut dikalangan kanak-kanak.


Ibu-ibu tahu tak, keberkesanan ubat cough and cold OTC cuma dikaji dalam kalangan orang dewasa dan bukannya kanak-kanak?
Setakat ni takde sebarang bukti yang menunjukkan kanak-kanak mendapat kesan yang sama seperti orang dewasa. Hanya ada bukti lemah yang menunjukkan produk cough and cold OTC membantu orang dewasa. Tak ada sama ada ramuan di dapur rumah mahupun produk cough and cold OTC yang boleh mempercepatkan pemulihan anak ibu-ibu semua. Selsema biasanya berlarut sampai tujuh hingga 10 hari. Walaupun beberapa ubat OTC melegakan simptom, keberkesanannya masih dipertikai

Ilmu farmaseutikal untuk ibu bapaAS rasa perlunya pendedahan serba sedikit ilmu farmaseutikal terhadap ibu bapa. Sekurang-kurangnya ilmu yang melibatkan ubat-ubatan yang common di kalangan kanak-kanak. Maklumat tambahan berkenaan fungsi ubat cough and cold yang boleh dibeli secara OTC ini tadi perlu di sampaikan kepada masyarakat terutama golongan ibubapa baru, sebab ramai yang tak faham, sebenarnya ubat ni cuma mengawal dan mengurangkan simptom batuk dan selsema sahaja. Ia sikit pun tak tolong dalam menyembuhkan batuk dan selsema tu okey? 

Saya selalu menganggap bahawa selsema dan batuk adalah bukan penyakit tetapi salah satu daripada mekanisma pertahanan diri (imuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada reflek untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan reflek batuk dan bersin. Maka jika ianya bukannya penyakit, maka tidak perlulah diberikan ubat. -Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Eh doktor cakap macam tu, so wajar ke ibu biarkan saje batuk dan selsema tu pulih sendiri?
Kalau ibu ada anak yang masih dalam pantang (bawah 3 bulan), terus bawa jumpa doktor seawal tanda pertama selsema itu muncul. Dan bagi kanak-kanak yang lebih besar, ada beberapa petanda yang menunjukkan badan kanak-kanak itu lemah dan perlukan sokongan ubat. Antaranya adalah:

      i. batuk dan selesema tak nampak berkurangan dan berlarutan melebihi lima hari
      ii. suhu badan anak melebihi 39°C;      iii. anak mengadu sakit telinga, susah bernafas, dan bernunyi wheezing semasa bernafas.
      iv. keluar mukus hijau yang pekat dari hidung dan pabila batuk
Bila ibu nampak dua daripada semua tanda di atas, ibu kena cepat bawa anak berjumpa doktor. Takut-takut, kalau ibu berlengah sikit masa je lagi, by time paru-paru anak ibu tu dah pun dijangkiti kuman atau pneumonia.


Baca juga : Tips Menguruskan Selsema Bayi dengan Berkesan

Doktor memberikan ubat selsema dan batuk kepada anak saya? Apa perlu buat?
Ibu boleh je memberikan ubat-ubat tersebut kepada anak ibu, takde masalah. Cuma ikut je aturan cara pengambilan yang dah ditetapkan doktor. InsyaAllah, dosnya selamat dan paling minima dah tu. Ok kat sini AS nak senaraikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa sebagai panduan untuk menguruskan batuk dan selsema kanak-kanak berserta dengan ubat-ubatannya sekali. Jom kita tengok satu-persatu:

   1. Jangan bagi anak-anak ambil ubat batuk dan selsema orang dewasa. Sediaan orang dewasa adalah tak sesuai bagi kanak-kanak.

   2. Tanya habis-habis pada ahli farmasi yang bertugas. Kalau ibu ada pertanyaan dan masalah mengenai penggunaan ubat batuk dan selsema yang diberikan tu, jangan simpan je dalam hati. Peliisss, tanya! Kami sedia membantu

   3. Jauhi produk ubat batuk dan selsema ini dari kanak-kanak, dan pilih ubat dengan penutup keselamatan (child-proof cap)
   4. Biasakan diri untuk check label ubat terlebih dulu sebelum ibu nak bagi pada anak. Kami anggotaa kesihatan juga manusia. Jadi kesilapan dan kecuaian juga mungkin boleh berlaku.

   5. Amalkan tabiat "ingin tahu" walaupun pada adatnya ibu bukanlah "ahli" dalam alkisah ubat-ubatan ni. Setiapkali dapat ubat, pastikan ibu tahu nama bahan aktif yang terdapat dalam produk tersebut. Ada sesetengah klinik swasta, mereka tak menulis nama bahan aktif pada botol ubat, maka di situlah ibu kena buka mulut dan bertanya apakah nama ubat tersebut.

Nota: "Ubat demam, Ubat batuk kahak, ubat selsema" Ketiga-tiganya bukanlah nama ubat. Nama ubat bermaksud, nama kimia ubat tersebut atau dipanggil active ingredient.

   6. Baca maklumat ubat pada leaflet. Dalam leaflet ni ada mencatatkan simptom – simptom yang dapat dikawal oleh ubat tersebut. Produk ubat cough and cold biasanya mempunyai lebih dari satu bahan aktif contohnya decongestant, cough suppressant, expectorant, atau anelgesic

   7. Berhati–hati jika bagi anak ibu lebih dari sejenis produk cough and cold. Pastikan produk tersebut tak mengandungi bahan aktif yang sama sebab keadaan macam tu boleh menyebabkan anak korang overdose (menerima dos ubat yang berlebihan).

  8. Pastikan ibu membaca dengan teliti arahan penggunaan ubat seperti yang terdapat pada maklumat ubat (drug facts) dalam leaflet. Maklumat ini akan memberitahu ibu tentang dos dan kekerapan pengambilan ubat tersebut. Penggunaan berlebihan atau penyalahgunaan produk ubat cough and cold ini boleh menyebabkan kesan buruk seperti masalah pernafasan, denyutan jantung menjadi cepat dan sawan

 9. Sentiasa gunakan cawan penyukat yang disedikan bersama ubat tersebut. Elakkan dari menggunakan sudu dapur sebab sudu kegunaan dapur ni sukatannya berbeza-beza. Sebolehnya dapatkan picagari untuk memberikan ubat pada anak-anak

  10. Ibu perlu faham bahawa penggunaan produk ubat cough and cold OTC hanya bertujuan untuk mengawal simptom macam hidung tersumbat, demam dan kesakitan tetapi tak menyembuhkan penyakit tersebut. Persediaan ni bukan merawat punca kepada simptom batuk dan selsema dan ia juga tidak mempercepatkan proses penyembuhan

  11. Demam, batuk dan selsema adalah normal bagi kanak–kanak di sepanjang proses tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, kanak-kanak lazimnya akan pulih dengan sendiri.

  12. Demam, batuk dan selsema yang biasanya disebabkan oleh jangkitan virus boleh diuruskan dengan rehat yang sempurna, dan pengambilan air yang cukup

  13. Batuk dan selsema juga kadang kala boleh menjadi petanda kepada penyakit–penyakit lain, makanya ibu-ibu kena jumpa doktor kalau tahap kesihatan mereka nampak makin menurun dan anak-anak nampak tak aktif dan lemah.


Rujukan : Portal myHealth KKM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2017/06/kenapa-ubat-batuk-dan-selsema-tak-boleh-diberikan-pada-kanak-kanak-bawah-dua-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Hampir 13 Kes Baharu Sabah Adalah Kanak Kanak Di Bawah 11 Tahun

Covid 19 Hampir 13 Kes Baharu Sabah Adalah Kanak Kanak Di Bawah 11 Tahun

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 180 hits
Sebanyak 505 kes hari ini melibatkan kanak kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin dengan 209 kes lagi membabitkan kanak kanak yang belum layak mendapat vaksin Sabah rekod 3 971 kes baharu COVID 19 KOTA KINABALU Sabah merekodkan jumla...
270 000 Kanak Kanak Bawah 12 Tahun Dijangkiti Covid 19

270 000 Kanak Kanak Bawah 12 Tahun Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 162 hits
270 000 kanak kanak bawah 12 tahun dijangkiti Covid 19 Seramai 270 000 kanak kanak bawah umur 12 tahun dilaporkan dijangkiti Covid 19 antara Julai dan Disember tahun lalu kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali Beliau berkata d...
Terus Lindungi Anak Fda Tangguh Pemberian Vaksin Pfizer Untuk Kanak Kanak Bawah 5 Tahun

Terus Lindungi Anak Fda Tangguh Pemberian Vaksin Pfizer Untuk Kanak Kanak Bawah 5 Tahun

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 217 hits
Teruslah melindungi anak kecil kita di bawah usia lima tahun kerana sehingga kini pemberian vaksin buat anak anak di usia ini masih lagi di dalam perbincangan Malah menurut laporan Astro Awani Amerika Syarikat menangguhkan keputusan pemberi...
Prn Johor Untuk Pilih Kerajaan Lima Tahun Pengundi Jangan Keliru

Prn Johor Untuk Pilih Kerajaan Lima Tahun Pengundi Jangan Keliru

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 212 hits
agendaily com24 2 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengundi jangan keliru dengan Pilihan Raya Negeri Johor yang diadakan kali ini dengan menganggap boleh mengundi sekali lagi pada pilihan raya umum untuk memilih ker...
Kanak Kanak 5 Tahun Jatuh Dari Rumah Tingkat 10 Dipercayai Ditinggal Bersendirian

Kanak Kanak 5 Tahun Jatuh Dari Rumah Tingkat 10 Dipercayai Ditinggal Bersendirian

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 159 hits
Seorang kanak kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10 bangunan kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras dekat Kajang 10 Februari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerima panggilan kecemasan pada jam 8 20 pagi daripada ora...
Alamanda Membawakan Keriangan Tahun Baharu Cina Kepada Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik

Alamanda Membawakan Keriangan Tahun Baharu Cina Kepada Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 242 hits
ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN TAHUN BAHARU CINA KEPADA KANAK KANAK KURANG BERNASIB BAIK Assalammualaikum semua Tidak lengkap sambutan perayaan jika tidak disambut dengan semua Sama ada bersama keluarga sahabat kenalan dan pengikut di media ...
Kanak Kanak Diculik Ditemui Lepas 2 Tahun Dibawah Tangga

Kanak Kanak Diculik Ditemui Lepas 2 Tahun Dibawah Tangga

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 151 hits
Kanak kanak diculik ditemui lepas 2 tahun dibawah tangga Selepas dua tahun hilang seorang kanak kanak perempuan berusia enam tahun ditemui dalam keadaan sihat dalam sebuah bilik diubah suai di bawah tangga di New York Amerika Syarikat Pihak...
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 246 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Jangan Terlebih Atau Terkurang Ini Panduan Pemakanan Untuk Kanak Kanak Istimewa

Jangan Terlebih Atau Terkurang Ini Panduan Pemakanan Untuk Kanak Kanak Istimewa

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 187 hits
Anak anak istimewa sememangnya perlu diberikan perhatian yang lebih dan ini termasuklah dalam soal pemakanan mereka setiap hari Menurut Pegawai Dietetik Puan Rose Hanizan Mat Hassan setiap jenis penyakit mempunyai keperluan kalori serta pen...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco