Alamanda Membawakan Keriangan Tahun Baharu Cina Kepada Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik
ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN TAHUN BAHARU CINA KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK | Assalammualaikum semua! Tidak lengkap sambutan perayaan jika tidak disambut dengan semua. Sama ada bersama keluarga, sahabat, kenalan dan pengikut di media sosial. Pasti kita akan meraikan dengan gembira walaupun berlainan agama dan bangsa.
Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk dan sambutan perayaan haruslah bersama-sama dengan mereka yang kurang bernasib baik. Barulah perayaan diraikan dengan penuh kegembiraan.
ALAMANDA MEMBAWAKAN KERIANGAN TAHUN BAHARU CINA KEPADA KANAK-KANAK KURANG BERNASIB BAIK
Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (CNY), Pusat Membeli belah Alamanda (Alamanda) meraikan keceriaan perayaan bersama kanak-kanak dari Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor
Pada 26 Januari 2022, sekumpulan 15 kanak kanak berumur di antara 2 hingga 12 tahun telah diraikan dengan sambutan perayaan yang penuh bermakna di Alamanda.
Mereka telah disantuni oleh pihak pengurusan setibanya mereka di perkarangan Alamanda dan disajikan dengan makan tengahari CNY yang istimewa di Secret Recipe
Untuk memeriahkan acara lagi, kanak-kanak ini dibawa menaiki tunggangan permainan di dalam pusat membeli belah sebelum dibawa ke Centre Court untuk menyaksikan persembahan tarian singa.
Kanak-kanak ini juga menerima Ang Pow dan limau mandarin dari Pang Sook Fong, Pengurus Besar Alamanda, sebagai sebahagian dari tradisi sambutan Tahun Baharu Cina.
Lebih bermakna lagi apabila rakan niaga yang lain turut menyumbang snek dan barangan lain kepada kanak-kanak ini
Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Tahun Harimau melambangkan permulaan baharu ketika mana kita berada dalam pemulihan dari pandemik ini.
Ia juga merupakan waktu terbaik untuk merasai kembali beraya bersama-sama. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati mereka yang serba kekurangan.
Justeru itu, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami rasa begitu bertuah untuk menjadi hos kepada kanak-kanak ini dan begitu berharap acara ini akan mejadi kenangan yang tak dapat dilupakan oleh mereka.”
Puan Foo Jong Hong, selaku penjaga Persatuan Kebajikan Anak Anak Yatim Sayang KL dan Selangor, berkata, “Layanan istimewa CNY daripada Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini.
Ketika orang lain berpeluang meraikan CNY bersama yang tersayang, kanak-kanak ini menyambutnya kali ini bukanlah hanya sekadar menerima angpow atau barangan, tetapi layanan dah perhatian yang istimewa.”
MENGENAI PUSAT MEMBELI-BELAH ALAMANDA
Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi.
Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.
Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun. Pusat membeli-belah ini terdiri daripadabpelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam.
Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah
ALAMANDA | FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2022/02/alamanda-membawakan-keriangan-tahun.html