Terlepas Konvo Akibat Kemalangan Kawan Kawan Datang Bawa Jubah Raikan Di Hospital


Terlepas Konvo Akibat Kemalangan, Kawan-Kawan Datang Bawa Jubah Raikan Di Hospital
Apabila menamatkan pengajian tinggi, majlis konvokesyen menjadi salah satu momen bermakna yang akan dihadiri oleh kebanyakan graduan.
Ia juga bukan sekadar hari untuk menerima skrol atau sijil, tetapi merupakan simbol pencapaian kepada usaha dan kegigihan para graduan yang menuntut ilmu selama bertahun-tahun.
Bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang untuk meraikan hari bermakna itu kerana berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Faris Faizal yang mengalami kemalangan seminggu sebelum konvokesyen.
Susulan musim konvokesyen ini, Faris mengimbas kembali detik-detik itu yang berlaku pada tahun lalu.
Menerusi video itu, dia sepatutnya menghadiri Majlis Konvokesyen pada November 2024 tetapi takdir tidak menyebelahi apabila berlaku satu kemalangan yang membuatkannya dimasukkan ke hospital.
Kemalangan seminggu sebelum konvo “Seminggu sebelum Majlis Konvokesyen di MMU Cyberjaya, aku terlibat dalam kemalangan yang mengubah segalanya.
“Setelah 4 tahun berjuang dalam pengajian undang-undang, impian untuk menggenggam segulung ijazah di hadapan ibu bapa musnah sekelip mata. Itu adalah titik paling gelap dalam hidupku,” katanya.
Namun, dia juga meluahkan rasa syukur apabila sahabat-sahabatnya hadir ke hospital dan meraikan hari penuh makna itu bersama.
“Tapi Allah telah menggantikan dengan sinar sahabat-sahabat yang hadir ke hospital, bawa jubah konvo dan raikan bersama. Kenangan itu takkan pernah aku lupa. Terima kasih kerana telah membuat aku rasa ‘aku masih layak dirai’,” ujarnya.
Ketika dihubungi SK, Faris berkata kemalangan yang menimpanya berlaku pada 29 November tahun lalu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Johor Bahru.
@_farisfaizal Seminggu sebelum Majlis Konvokesyen di MMU Cyberjaya, aku terlibat dalam kemalangan yang mengubah segalanya. Setelah 4 tahun berjuang dalam pengajian undang-undang, impian untuk menggenggam segulung ijazah di hadapan ibu bapa musnah sekelip mata. Itu adalah titik paling gelap dalam hidupku. Tapi Allah telah menggantikan dengan sinar sahabat-sahabat yang hadir ke hospital, bawa jubah konvo dan raikan bersama. Kenangan itu takkan pernah aku lupa. Terima kasih kerana telah membuat aku rasa ‘aku masih layak dirai’. #spinalcordinjuryrecovery #spinalcordinjurysurvivor #Love #throwback #mmu
♬ original sound – hikayatseorangfaris – hikayatseorangfaris

Menurutnya, dia terlanggar sebuah kereta yang secara tiba-tiba melakukan brek kecemasan.
“Saya tidak dapat mengelak daripada melanggar kereta tersebut. Kecederaan yang saya alami di bahagian luar adalah minimum dan kebanyakannya calar pada lengan dan kaki, namun pelanggaran tersebut telah menyebabkan tulang belakang saya patah dan saraf tunjang cedera,” katanya.
Ujarnya lagi, apabila sedar, kakinya terasa kebas dan dia tidak dapat menggerakkan bahagian bawah badan.
BACA: Nahas Bas UPSI: Bapa Pelajar Hiba Terima Ijazah Milik Anak Beberapa bulan berlalu, Faris yang merupakan graduan jurusan Undang-Undang memulakan terapi dan pemulihan sejak Januari hingga Jun 2025 di KPJ Abdul Samad.
Keadaannya juga semakin bertambah baik apabila menyertai program pemulihan di Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka.
Kini, Faris boleh bergerak dengan lebih bebas termasuk memandu sendiri, berenang dan bermain boling.
“Perjalanan ini bukanlah mudah, namun ia mengajar saya bahawa dengan semangat, sokongan, dan keyakinan, segala kemungkinan itu akan berlaku. Saya masih terus melangkah, terus berkembang, dan ini hanyalah permulaan bagi hidup yang penuh makna,” katanya kepada SK.
Sumber: _farisfaizal
The post Terlepas Konvo Akibat Kemalangan, Kawan-Kawan Datang Bawa Jubah Raikan Di Hospital appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/14/terlepas-konvo-akibat-kemalangan-kawan-kawan-datang-bawa-jubah-raikan-di-hospital/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Betul Ke Kenderaan Baharu Kena Bawa Slow Dulu Tak Boleh Terus Lenjan

Betul Ke Kenderaan Baharu Kena Bawa Slow Dulu Tak Boleh Terus Lenjan

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 168 hits
Betul Ke Kenderaan Baharu Kena Bawa Slow Dulu Tak Boleh Terus Lenjan Memiliki kereta atau motosikal hasil usaha sendiri merupakan impian setiap orang Perasaan apabila pertama kali melihat kenderaan itu di depan mata pastinya tidak dapat diu...
Bot Bawa Bawa 90 Pati Karam 6 Ditemukan Selamat

Bot Bawa Bawa 90 Pati Karam 6 Ditemukan Selamat

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 185 hits
Suharmin Yusufsuharmin yusuf hmetro com myLangkawi Sebuah bot dipercayai membawa 90 pendatang asing tanpa izin daripada Myanmar Bangladesh dan Rohingya pecah di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia Thailand dengan enam ditemui selama...
Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 232 hits
LANGKAWI 9 November Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis menemui beberapa mangsa disyaki imigran dari Myanmar di sekitar perairan Langkawi semalam dipercayai susulan insiden bot yang membawa kira kira 300 penumpang imigra...
Hiburan Nubhan Bawa Anak Anak Jumpa Pembantu Rumah Respon Isteri Curi Tumpuan Ramai Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya

Hiburan Nubhan Bawa Anak Anak Jumpa Pembantu Rumah Respon Isteri Curi Tumpuan Ramai Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 217 hits
Tindakan penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia membawa ketiga tiga anaknya berjumpa dengan pembantu rumah bagi mengubati rindu telah menarik perhatian ramai termasuk isterinya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek View this post on Instagram...
Hang Bawa La Dia Balik Oi Kedah Tak Silap Dia Orang Kedah Ambik Jadi S U Hang Oun Boleh La

Hang Bawa La Dia Balik Oi Kedah Tak Silap Dia Orang Kedah Ambik Jadi S U Hang Oun Boleh La

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 216 hits
Ini punya ni Bab kena buang kerja tu secara peribadi aku pun tak berapa setuju Bagi aku agak keras Tapi tu keputusan Bukan keputusan kerajaan Mungkin RHB menjaga imej mereka RHB tak dapat terima yang staf mereka melakukan kejelikan RHB tak ...
Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 195 hits
LANGKAWI Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa pulang sumbangan RM1 juta untuk kebajikan rakyat di kawasannya selepas berjaya mengharungi cabaran Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi semalam dalam masa kurang 1...
Kelahiran Semula Kisah Cinta Ikonik Rangga Cinta Bawa Kembali Magis Aadc

Kelahiran Semula Kisah Cinta Ikonik Rangga Cinta Bawa Kembali Magis Aadc

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDua dekad selepas Ada Apa Dengan Cinta mencipta fenomena dan menjadi lambang cinta remaja era 2000 an kisah ikonik itu kini bernafas kembali dalam wajah baharu menerusi Rangga Cinta arahan pengarah tersoho...
Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 207 hits
Dunia penghantaran gas memasak kini melangkah ke fasa baharu dengan pelancaran awal aplikasi Gasbee sebuah platform pintar yang menjanjikan pengalaman tempahan gas yang lebih mudah selamat dan efisien Majlis pra pelancaran yang diadakan di ...
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 217 hits
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah RM500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia KUALA LUMPUR Kira kira RM500 000 diperlukan bagi membawa pulang jemaah haji Malaysia Asmah Mansor 71 yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Saudi German Hospit...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Cerita Banjir Perlis 2025 Day 1

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti