Kelahiran Semula Kisah Cinta Ikonik Rangga Cinta Bawa Kembali Magis Aadc


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dua dekad selepas Ada Apa Dengan Cinta? mencipta fenomena dan menjadi lambang cinta remaja era 2000-an, kisah ikonik itu kini bernafas kembali dalam wajah baharu menerusi Rangga & Cinta, arahan pengarah tersohor Riri Riza. Menggabungkan sastera, irama dan nostalgia cinta dengan sentuhan segar Generasi Z, filem ini bakal menemui penonton Malaysia di pawagam mulai 6 November 2025


Diterbitkan oleh Miles Films dengan penerbit berpengaruh Mira Lesmana selaku peneraju bersama Nicholas Saputra dan Toto Prasetyanto, Rangga & Cinta turut mendapat sokongan Primeworks Studios sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi di Malaysia. Filem ini menampilkan barisan pelakon muda berbakat termasuk Leya Princy, El Putra Sarira, Jasmine Nadya, Kyandra Sembel, Katyana Mawira, Daniella Tumiwa, Rafi Sudirman dan Rafly Altama.
Apabila sastera mempertemukan dua jiwa berbeza!
Kehidupan Cinta (Leya Princy), pelajar 17 tahun yang popular, berbakat seni dan disayangi ramai, kelihatan sempurna dikelilingi geng sahabatnya Alya, Maura, Milly dan Karmen yang juga mengurus kelab majalah sekolah. Namun dunianya mula berubah ketika Rangga (El Putra Sarira), pelajar misteri yang mengekspresikan diri melalui karya sastera, muncul dan menewaskan Cinta dalam pertandingan puisi tahunan sekolah

Berusaha menerima kekalahan dengan tenang, Cinta merancang untuk menemu bual Rangga bagi majalah sekolah. Namun pertemuan pertama mereka tidak seperti yang diharapkan kerana Rangga bersikap dingin dan sedikit angkuh. 
Hari demi hari, ketegangan itu perlahan-lahan menjalin ikatan halus melalui kata-kata sastera. Di sebalik perasaan yang mula mekar, Cinta pula diuji antara mengekalkan kesetiaan kepada sahabatnya atau mengikut bisikan hatinya sendiri


“Bagi saya, Rangga & Cinta mungkin kisah cinta remaja, tetapi ia tetap mencerminkan realiti sosial semasa. Cerita ini membangkitkan emosi yang kuat, cukup peribadi dan sangat relevan bagi penonton masa kini. Ia menggambarkan perjalanan remaja yang tumbuh di persimpangan antara cinta, identiti dan impian,” ujar Riri Riza, pengarah filem ini

Tambahnya lagi, pengalaman mengarahkan filem ini merupakan antara yang paling emosional dalam kariernya. “Ratusan kru dan pelakon telah memberikan dedikasi luar biasa bagi menjayakan filem ini. Setiap perincian, dari jalan cerita, visual hingga muzik, lahir daripada kerjasama yang tulus. Kami berharap penonton dapat merasakan kehangatan dan semangat itu di layar lebar.”
Menariknya, Rangga & Cinta bukan sekadar adaptasi, tetapi sebuah interpretasi baharu muzikal yang mengharmonikan sastera, lagu dan koreografi sebagai bahasa utama penceritaan. Filem ini menampilkan semula lagu-lagu hit Melly Goeslaw & Anto Hoed seperti Suara Hati Seorang Kekasih, Kubahagia dan Bimbang, sambil memperkenalkan tiga lagu baharu, termasuk lagu tema Rangga Cinta nyanyian Eva Celia dan Bilal Indrajaya, yang menjadi simbol penyatuan antara kenangan lama dan baharu


Melalui rakan kerjasama publisiti, Samsung berganding bahu dengan filem Rangga & Cinta menerusi Galaxy S25 FE, meraikan semangat generasi baharu yang kreatif dan ekspresif. Kerjasama ini turut disertai siri kandungan sosial berkonsepkan “meme-fication” yang menghubungkan adegan filem dengan kehebatan AI pintar dan kamera profesional Galaxy S25 FE, menjadikan kisah cinta dan persahabatan ini lebih dekat dengan dunia digital hari ini

Rangga & Cinta menjanjikan pengalaman menonton yang penuh rasa, mengajak penonton menyelami getirnya cinta pertama, manisnya persahabatan dan nostalgia yang kekal hidup dalam ingatan

Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya..Kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.
Bersedia untuk menghayati semula dialog legenda dan menyelami baris-baris puisi yang diungkapkan Rangga buat Cinta secara langsung di pawagam, bermula 6 November 2025! Kongsikan juga pengalaman serta detik tontonan anda di semua platform media sosial dengan tanda pagar rasmi #RanggaCintaDiMalaysia, agar seluruh Malaysia turut merasai magis kisah cinta ini


Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/11/kelahiran-semula-kisah-cinta-ikonik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Rangga Cinta Hidupkan Semula Magis Ada Apa Dengan Cinta

Filem Rangga Cinta Hidupkan Semula Magis Ada Apa Dengan Cinta

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 173 hits
Original Content Lebih dua dekad selepas filem Ada Apa Dengan Cinta mencetus fenomena luar biasa di seluruh Asia Tenggara pengarah tersohor Indonesia Riri Riza kembali menghidupkan kisah ikonik itu menerusi filem terbaharu berjudul Rangga C...
Ujibakat Lebih 700 Remaja Untuk Dapatkan Pelakon Sempurna Rangga Cinta

Ujibakat Lebih 700 Remaja Untuk Dapatkan Pelakon Sempurna Rangga Cinta

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 199 hits
Mira Lesmina penerbit filem Rangga Cinta menyatakan bahawa untuk mendapatkan Rangga dan Cinta yang betul betul tepat prosesnya begitu panjang Menurutnya audition yang agak ketat dilaksanakan dan lebih 700 remaja telah dinilai sebelum akhirn...
Hiburan Kisah Fattah Amin Amira Othman Kronologi Cinta Pasangan Selebriti Jadi Perhatian Netizen

Hiburan Kisah Fattah Amin Amira Othman Kronologi Cinta Pasangan Selebriti Jadi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 192 hits
Kisah percintaan antara pelakon Fattah Amin dan penyanyi terus menjadi tumpuan ramai walaupun pasangan sama cantik sama padan ini sudah sah mendirikan rumah tangga Terbaharu tular di platform TikTok foto foto sekitar majlis merisik pasangan...
Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 171 hits
Kes Thales kini kembali menjadi tumpuan apabila pihak berkuasa Perancis dan UK melancarkan siasatan semula mengenai dakwaan rasuah dalam kontrak pertahanan Ini termasuklah projek kapal selam yang melibatkan Malaysia pada tahun 2002 serta pe...
Terlanjur Nak Bawa Semula Kj Ke Dalam Umno Mengapa Tak Terima Sekali H2o

Terlanjur Nak Bawa Semula Kj Ke Dalam Umno Mengapa Tak Terima Sekali H2o

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 165 hits
1 November 2025Menjadi bualan ramai ketika ini tentang kemungkinan Khairy Jamaluddin akan kembali diterima semula sebagai ahli UMNO Diberitakan isyarat dan restu kemasukan semula KJ itu disampaikan sendiri oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Ham...
Rangga Cinta Begitu Nostalgia Bagi Nicholas Saputra

Rangga Cinta Begitu Nostalgia Bagi Nicholas Saputra

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 184 hits
Rangga Cinta yang merupakan remake filem Ada Apa Dengan Cinta yang diterbitkan pada tahun 2002 Lebih istimewa filem ini turut menyaksikan Nicholas Saputra sebagai penerbit Agak unik juga menyaksikan pelakon utama filem asal turut bekerjasam...
Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 185 hits
LANGKAWI Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa pulang sumbangan RM1 juta untuk kebajikan rakyat di kawasannya selepas berjaya mengharungi cabaran Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi semalam dalam masa kurang 1...
Hiburan Nubhan Bawa Anak Anak Jumpa Pembantu Rumah Respon Isteri Curi Tumpuan Ramai Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya

Hiburan Nubhan Bawa Anak Anak Jumpa Pembantu Rumah Respon Isteri Curi Tumpuan Ramai Bibik Lebih Layak Ke Dari Ibunya

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 198 hits
Tindakan penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia membawa ketiga tiga anaknya berjumpa dengan pembantu rumah bagi mengubati rindu telah menarik perhatian ramai termasuk isterinya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek View this post on Instagram...
Hang Bawa La Dia Balik Oi Kedah Tak Silap Dia Orang Kedah Ambik Jadi S U Hang Oun Boleh La

Hang Bawa La Dia Balik Oi Kedah Tak Silap Dia Orang Kedah Ambik Jadi S U Hang Oun Boleh La

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 205 hits
Ini punya ni Bab kena buang kerja tu secara peribadi aku pun tak berapa setuju Bagi aku agak keras Tapi tu keputusan Bukan keputusan kerajaan Mungkin RHB menjaga imej mereka RHB tak dapat terima yang staf mereka melakukan kejelikan RHB tak ...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya