Terkni Pemuda Umno Cabar Speaker Nafi Surat Makluman Muhyiddin Hilang Majoriti Kepada Agong


 

August 12, 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan surat kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti.
Beliau berkata, dalam surat itu Muhyiddin hanya mempunyai 100 sokongan Ahli Parlimen selepas 14 Ahli Parlimen menarik balik sokongan kepada perdana menteri.
“Pemuda Umno meminta Azhar segera menafikan surat ditularkan walaupun beliau tidak mahu komen kerana melibatkan Istana Negara.
“Kegagalan melakukannya hanya mengesahkan surat tersebut dan zahirkan bahawa perdana menteri secara rasmi sudah sah hilang majoriti dan mesti segera lepaskan jawatannya berdasarkan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Menara Datuk Onn.
Semalam, Azhar menafikan laporan sebuah portal yang memetik beliau memaklumkan bahawa kerajaan pimpinan Muhyiddin sudah hilang sokongan majoriti.
Azhar berkata, laporan itu adalah berita palsu.
Sebelum ini, tersebar berita kononnya dilapor sebuah portal dalam satu laporan bertajuk “Perdana Menteri terima surat Speaker maklum tiada majoriti, mahu bubar Parlimen” yang memetik Azhar sebagai berkata beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Muhyiddin.
Dalam pada itu, Asyraf berkata isu keabsahan kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin disifatkan agak kritikal.
Katanya, ini kerana ini melibatkan dasar polisi kerajaan, status pinjaman dibuat kerajaan dan status segala kontrak dan waran diluluskan kerajaan.
“Pemuda Umno desak perdana menteri segera letak jawatan sekiranya hilang majoriti untuk elakkan implikasi besar terhadap keabsahan serta urusan kerajaan yang boleh dipersoalkan kelak,” katanya.
Asyraf juga berkata, Pemuda Umno telah membuat satu laporan polis berkenaan keabsahan status perdana menteri mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, keabsahan perdana menteri ini dipersoalkan berasaskan dua faktor iaitu pertama surat Presiden Umno, Zahid Hamidi yang diutuskan kepada Agong pada 30 Julai lalu.
“Ini beserta 14 akuan Ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.
“Dengan penarikan 14 Ahli Parlimen tersebut, kerajaan berasaskan kedudukan tempat duduk di Dewan Rakyat yang muktahir iaitu 114 hilang 14 sokongan menjadikan sokongan tinggal 100 Ahli Parlimen. Justeru hilang majoriti,” katanya.
Asyraf berkata faktor kedua beliau membuat laporan polis berdasarkan surat Azhar kepada Agong yang menyatakan Muhyiddin tinggal 100 sokongan Ahli Parlimen.
“Kita nak tahu surat itu benar atau palsu,” katanya.
Menurut laporan, 15 Ahli Parlimen Umno sudah menarik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan pimpinannya, sama ada secara terbuka atau melalui akuan berkanun (SD), menyebabkan gabungan pemerintah itu hanya mempunyai sokongan kira-kira 100 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi.
Blok pembangkang mempunyai 105 Ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH), Pejuang, Warisan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan MUDA, termasuk bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik yang menjadi ahli Bebas.
Penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen daripada Umno itu menjadikan jumlah mereka yang menentang Muhyiddin seramai 120 daripada keseluruhan 220 Ahli Parlimen.
Kini perdana menteri itu hanya mempunyai sokongan 100 Ahli Parlimen manakala dua kerusi kosong susulan kematian penyandangnya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/terkni-pemuda-umno-cabar-speaker-nafi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Dewan Rakyat Nafi Keluar Surat Mengatakan K Jaan Hilang Majoriti Kepada Pm

Speaker Dewan Rakyat Nafi Keluar Surat Mengatakan K Jaan Hilang Majoriti Kepada Pm

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 221 hits
Yang di Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini mengeluarkan kenyataan media susulan pengeluaran surat menyatakan kerajaan telah hilang majoriti Dalam kenyataan tersebut Azhar berkata beliau menafikan laporan sebuah berita por...
Pengakuan Ismail Bukti Muhyiddin Hilang Majoriti Soal Keabsahan Sekarang Di Tangan Agong Kata Shahrir

Pengakuan Ismail Bukti Muhyiddin Hilang Majoriti Soal Keabsahan Sekarang Di Tangan Agong Kata Shahrir

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 211 hits
August 8 2021 Shahrir Abd Samad berkata kenyataan Ismail Sabri Yaakob sendiri mengesahkan dan membuktikan Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen JOHOR BAHRU Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh menentukan keabsahan M...
Lagi Sd Ahli Parlimen Dihantar Kepada Agong Umno Ulangi Muhyiddin Tiada Majoriti

Lagi Sd Ahli Parlimen Dihantar Kepada Agong Umno Ulangi Muhyiddin Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 214 hits
August 4 2021 7 25 PMPETALING JAYA Umno hari ini menghantar warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan senarai Ahli Parlimen parti itu yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana...
Jika Hilang Majoriti Nasib Muhyiddin Bergantung Pada Agong

Jika Hilang Majoriti Nasib Muhyiddin Bergantung Pada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 522 hits
MUHYIDDIN YASSIN dan AHMAD ZAHID HAMIDI PETALING JAYA Keabsahan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan jatuh ekoran penarikan sokongan UMNO boleh ditentukan menerusi pertemuan bersemuka setiap ahli Parl...
Sokongan Majoriti Tindakan Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Kauboleh

Sokongan Majoriti Tindakan Muhyiddin Cabar Kuasa Agong Kauboleh

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 180 hits
Keengganan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan yang mana beliau wajib mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat malah secara jelas mencabar kuasa Yang di ...
After Umno Opposition Sends Letters To Agong Rejecting Muhyiddin Party Sources

After Umno Opposition Sends Letters To Agong Rejecting Muhyiddin Party Sources

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 283 hits
After Umno revealed from 13 MPs addressed to the Yang di Pertuan Agong rejecting Prime Minister Muhyiddin Yasin party sources from the opposition bloc said they too have sent similar letters to the palace With the opposition s 105 MPs the s...
Tolak Muhyiddin Selepas 14 Mp Umno 105 Ahli Parlimen Pembangkang Pula Utus Surat Ke Istana

Tolak Muhyiddin Selepas 14 Mp Umno 105 Ahli Parlimen Pembangkang Pula Utus Surat Ke Istana

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 288 hits
August 10 2021 Selepas Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sumber dalaman blok pembangkang berkata bahawa pembangkang pula telah mengutuskan surat kepada Yang di Pertuan A...
Agong Perkenan Surat Peletakan Jawatan Pm Muhyiddin Jadi Caretaker Kata Istana Negara

Agong Perkenan Surat Peletakan Jawatan Pm Muhyiddin Jadi Caretaker Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 271 hits
August 16 2021 3 04 PMPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada sesi menghadap pagi tadi di Istana Negara Menurut kenyataan Istana N...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Crisis Management 101

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Kesan Kehadiran Belalang Pelesit

Agar Agar Pandan Santan Segera

Siri Vivo V30 Adalah Hadiah Yang Sempurna Untuk Hari Ibu

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Siapalah Punya Kerja

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin