Pengakuan Ismail Bukti Muhyiddin Hilang Majoriti Soal Keabsahan Sekarang Di Tangan Agong Kata Shahrir


 

Fahmi Yusof -August 8, 2021 Shahrir Abd Samad berkata kenyataan Ismail Sabri Yaakob sendiri mengesahkan dan membuktikan Muhyiddin Yassin hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh menentukan keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri di bawah peruntukan perlembagaan susulan pengakuan Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya disokong 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional, kata veteran Umno, Shahrir Samad.
Beliau berkata kenyataan timbalan perdana menteri itu, adalah bukti jelas bahawa Muhyiddin sudah hilang majoritinya dan kemelut keabsahan kerajaan pimpinannya dapat dirungkai berpandukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, tanpa perlu ke Parlimen.
Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka beliau hendaklah meletakkan jawatan bersama jemaah menteri melainkan jika atas permintaannya, Parlimen dibubarkan oleh Agong.
Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru berkata, peruntukan perlembagaan itu jelas. Justeru, katanya, susulan kenyataan Ismail itu yang “membuktikan” Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoriti, Agong mempunyai kuasa penuh di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menentukan keabsahan beliau, katanya.
“Jelas kerajaan tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti, (dan ini diakui menerusi) kenyataan pemimpin nombor dua negara (Ismail), bukan calang-calang orang bercakap,” katanya ketika ditemui FMT.
“Apa pun, (harus) kembali pada Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43(4) jelas dan terang tak perlu minta nasihat Peguam Negara, Takiyuddin (Menteri Undang-undang) atau Speaker Dewan Rakyat kerana sudah disahkan sendiri melalui kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan (kerajaan Muhyiddin) hanya memiliki sokongan 31 Ahli Parlimen,” kata Shahrir.
Jumaat lalu, 18 Ahli Parlimen BN tampil pada sidang media bersama Ismail sebagai tanda sokongan untuk terus bersama kerajaan PN, selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan PN pimpinannya.
Ismail mendakwa selain 18 yang berkongsi pentas dengannya, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang juga menyokong kerajaan PN.
Bagaimanapun sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen Umno, Noh Omar dan Azeez Abdul Rahim, menafikan mereka bersetuju meningkari arahan MKT itu.
Sebelum kenyataan Ismail itu, Muhyiddin memaklumkan Agong bahawa dia masih mempunyai sokongan majoriti dan akan menguji keabsahannya sebagai perdana menteri menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat bulan depan, satu tempoh yang disifatkan terlalu lama oleh pembangkang dan pelbagai pihak lain.
Shahrir berkata, mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Johor Bahru secara maya yang dipengerusikannya semalam, membuat ketetapan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah “terpakai” susulan ‘pengakuan’ Ismail itu kerana kerajaan PN “hari ini sememangnya sudah hilang kepercayaan majoriti.”
Katanya, Umno Bahagian Johor Bahru tidak mementingkan soal siapa menjadi perdana menteri, sebaliknya mahukan satu kerajaan yang boleh berfungsi dengan baik dan berkesan dalam menguruskan pandemik Covid-19, memulihkan ekonomi rakyat, menangani isu pendidikan dan menghentikan berpolitik untuk mengekalkan kuasa.
“Berpolitik yang dimaksudkan ialah menggunakan agensi penguatkuasa seperti SPRM, LHDN dan terbaharu ROS. Inilah dimaksudkan politiking, penyalahgunaan agensi kerajaan,” kata beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/pengakuan-ismail-bukti-muhyiddin-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Habis Bersilat Akui Sudah Hilang Majoriti Kata Penganalisis

Muhyiddin Habis Bersilat Akui Sudah Hilang Majoriti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 352 hits
Pengumuman Perdana Menteri jelas mengakui beliau tidak lagi menikmati sokongan majoriti di Parlimen kata Mohd Fadzil Abdul Rahman PETALING JAYA Pengumuman Perdana Menteri hari ini melenyapkan semua teka teki dengan Muhyiddin Yassin sendiri ...
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 292 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Jika Hilang Majoriti Nasib Muhyiddin Bergantung Pada Agong

Jika Hilang Majoriti Nasib Muhyiddin Bergantung Pada Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 690 hits
MUHYIDDIN YASSIN dan AHMAD ZAHID HAMIDI PETALING JAYA Keabsahan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan jatuh ekoran penarikan sokongan UMNO boleh ditentukan menerusi pertemuan bersemuka setiap ahli Parl...
Terkni Pemuda Umno Cabar Speaker Nafi Surat Makluman Muhyiddin Hilang Majoriti Kepada Agong

Terkni Pemuda Umno Cabar Speaker Nafi Surat Makluman Muhyiddin Hilang Majoriti Kepada Agong

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 384 hits
August 12 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menafikan surat kepada Yang di Pertuan Agong yang menyatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti Beliau berkata dalam s...
Pakar Bukti Perdana Menteri Hilang Majoriti Boleh Dilakukan Dengan Akuan Bersumpah Mp

Pakar Bukti Perdana Menteri Hilang Majoriti Boleh Dilakukan Dengan Akuan Bersumpah Mp

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 318 hits
SHAH ALAM Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan melihat bukti yang menunjukkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang kepercayaan majoriti sebelum menitahkan semua ahli Parlimen men...
Muhyiddin Hilang Majoriti

Muhyiddin Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 290 hits
Rekod baru 360 korban Covid 19 dalam sehariSeramai 360 orang menjadi korban terbaru akibat Covid 19 dalam tempoh 24 jam Jumlah itu adalah lonjakan yang ketara dari rekod sebelumnya pada empat hari yang lalu Sebanyak 1 723 orang telah mening...
5 Ahli Parlimen Pkr Cuba Dibeli Untuk Keabsahan Muhyiddin Kata Saifuddin

5 Ahli Parlimen Pkr Cuba Dibeli Untuk Keabsahan Muhyiddin Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 276 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Usaha rancak sedang dijalankan untuk membeli Ahli Parlimen pembangkang termasuk lima daripada PKR bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail Beliau berkata Ahli ...
Sidang Media Kem Ismail Sabri Sahkan Muhyiddin Tidak Ada Majoriti

Sidang Media Kem Ismail Sabri Sahkan Muhyiddin Tidak Ada Majoriti

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 240 hits
August 6 2021 Seramai 31 ahli ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional hari ini mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Is...
Undi Sekarang Tentukan Keabsahan Pm Kata Pengamal Undang Undang

Undi Sekarang Tentukan Keabsahan Pm Kata Pengamal Undang Undang

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 258 hits
Penganalisis berkata kerajaan kini hanya mempunyai sokongan 104 Ahli Parlimen manakala 11 lagi Ahli Parlimen BN tidak menyokongnya dan 105 pula daripada parti pembangkang PETALING JAYA Undang undang mengharuskan Muhyiddin Yassin untuk mengu...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English