Tiada Dap Dalam Kabinet Cadangan Anwar


 Wartawan MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Menjelang dua hari sahaja lagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Namun sudah tersebar di media sosial ‘cadangan barisan Kabinet Perpaduan Ummah’ dikatakan bakal dipersembahkan Presiden PKR itu pada 13 Oktober ini.
Seramai 33 jemaah menteri menerusi infografik yang tersebar meluas berkenaan, termasuk Anwar sebagai Perdana Menteri.
Namun tidak ada seorang ahli Parlimen daripada DAP.
Sebaliknya yang kelihatan daripada PKR (11), UMNO (10), Pas (3), MIC (1), MCA (1), Parti Amanah Negara (Amanah) dua orang Ahli Parlimen manakala wakil daripada Parti Warisan Sabah (2).
Juga wakil dari Sarawak iaitu mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dinamakan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Perdana Menteri selain Datuk Seri Nancy Shukri (Batang Sadong) Menteri Wanita dan keluarga.
Selain Anwar sebagai Perdana Menteri, dua lagi Timbalan Perdana Menteri adalah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal.
Manakala Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan pula dinamakan sebagai Menteri Kewangan.
Nama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau dinamakan turut tersenarai sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Selain itu bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah , Datuk Seri Fadillah Yusof turut tersenarai sebagai Menteri Kerja Raya.
Turut terlihat pada gambar adalah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkap Ahli Parlimen Marang yang dinamakan menjadi Menteri Hal Ehwal Agama.
Cadangan Kabinet menerusi infografik itu turut menamakan tiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Mohd Azis Jamman dan Datuk Christina Liew.
Bingkas menyanggah infografik cadangan Kabinet itu adalah Ahmad Maslan.
Beliau menganggap ia tidak lebih sekadar senarai Kabinet rekaan semata-mata.
“Senarai Kabinet fatamorgana! Tiada sebarang perbincangan, maka tiada apa pun keputusan. Senarai kabinet ini hanya khayalan, sekadar infografik rekaan yang tiada sebarang kebenaran,” katanya sambil menegaskan beliau kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Selain itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dinamakan sebagai Menteri Pengajian Tinggi menganggap cadangan Kabinet tersebut tidak berpandukan Perlembagaan kerana beliau tidak lagi Senator.
“Kalau ya pun nak buat poster fitnah seperti ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Nak sangat letak saya sebagai Menteri kena tahu bahawa Perlembagaan tidak membenarkannya kerana tempoh Senator atau Ahli Dewan Negara saya sudahpun berakhir untuk dua penggal, Apa-apapun pendirian Pemuda UMNO tetap kekal mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang jelas menolak kerjasama dengan DAP mahupun Anwar,” katanya menerusi Facebook.
Untuk rekod Anwar sebelum ini yang mendakwa memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen Melayu dan Islam untuk menubuhkan kerajaan mengesahkan bakal mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan bukti. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/tiada-dap-dalam-kabinet-cadangan-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Baru Anwar Tanpa Pemimpin Dap Dalam Kabinet

Kerajaan Baru Anwar Tanpa Pemimpin Dap Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 422 hits
BORHAN AHMADKerajaan baru yang bakal dibentuk selepas 13 Oktober ini besar kemungkinan tanpa DAP menyertai Kabinet walaupun menyokong usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu Ini kerana DAP tidak senang untuk bekerjasama dengan U...
Terkini Dap Sokong Anwar Tolak Berada Dalam Kabinet

Terkini Dap Sokong Anwar Tolak Berada Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 995 hits
infonegarakini comKerajaan baru yang bakal dibentuk selepas 13 Oktober ini besar kemungkinan tanpa DAP menyertai Kabinet walaupun menyokong usaha yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu Ini kerana DAP tidak senang untuk bekerjasama de...
Tidak Kepada Mahathir Anwar Dan Dap Ulang Nazri

Tidak Kepada Mahathir Anwar Dan Dap Ulang Nazri

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 258 hits
October 18 2020 Anwar Ibrahim Dr Mahathir Mohamad dan DAP muncul dalam cakap cakap terbaru mengenai perubahan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Pemimpin veteran Umno Nazri Aziz menolak khabar angin bahawa Umno akan bekerjasam...
Siapakah Menteri Pendidikan Kabinet Anwar Kelak

Siapakah Menteri Pendidikan Kabinet Anwar Kelak

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 480 hits
Farid AttarSebagai rakyat biasa yang sentiasa concern terhadap isu pendidikan negara soalan ini timbul serentak dalam kepala saya saat desas desus timbul berkenaan Langkah Anwar untuk mendirikan kerajaan baharu kerajaan mandat rakyat sepert...
Spekulasi Kerajaan Anwar Tanpa Dap

Spekulasi Kerajaan Anwar Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 403 hits
INI MEMAMG SPEKULASI PUAK UMNO TAPI KITA AKAN LIHAT APA YG TERJADI MEREKA INI MASIH BERCAKAP SOAL PARTI BUKAN INDIVIDU DARI PARTI ITU MANA DIA TAHU YG INDIVIDU2 ITU TIDAK MAHU BEKERJASAMA DGN DAP Kerajaan baru Anwar tanpa pemimpin DAP dalam...
Bagaimana Anwar Dapat 120 Kerusi Tanpa Dap

Bagaimana Anwar Dapat 120 Kerusi Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 293 hits
Ayat selalu kita dengar oleh macai PH yang kembong dengan minum kencing ialah Anwar tak dedahkan kepada Agong senarai 120 MP tu kerana strategi Kalau tengok daripada kenyataan Istana ni aku salute dengan strategy YDP Agong dan juga mungkin ...
Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan

Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 370 hits
Tiada sebarang pertemuan berlaku di antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan Presiden PKR itu yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru Po...
Anwar S Claim Of Forming Govt Weakens Muhyiddin Says Dap

Anwar S Claim Of Forming Govt Weakens Muhyiddin Says Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 282 hits
A former deputy defence minister said today irrespective of whether Anwar Ibrahim has the majority to form a new government the PKR president s claim has weakened the prime minister Liew Chin Tong cited a similar claim made by Anwar in 2008...
Without Dap Anwar S 16 September 2 0 Is Doomed

Without Dap Anwar S 16 September 2 0 Is Doomed

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 263 hits
Another important point to note if Anwar can topple Muhyiddin by getting MPs to cross over that would mean Anwar can also be toppled the same way Hence while Mahathir was PM for 22 months and Muhyiddin for seven months Anwar may be PM for j...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Himpunan Unik Trio Carlo Rino

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi

Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah