Terjemahan Kenyataan Media Ts Shafee Berkenaan Saksi Pendakwaan Husni Hanadzlah


Nabeel Naqie IIHari ini berkenaan kenyataan Bekas Menteri Kewangan ke-2, Dato’ Seri Husni Hanadzlah…saya rasa anda semua boleh nampak tanpa saya menyatakannya bahawa ia adalah kenyataan dari seorang yang sedang marah
Saya cuba mencari jawapan kenapa beliau sangat marah. Mungkinkah beliau marah kerana beliau terpaksa meletakkan jawatan kerana beliau dipindahkan ke Kementerian yang lain
Namun saya tetap tak faham jika ini (pindah kementerian) adalah puncanya kerana semua orang berpindah. Ia proses mendapatkan pengalaman. Begitulah caranya anda menjadi Perdana Menteri. Menimba pengalaman dari pelbagai kementerian untuk maju ke hadapan
Tapi beliau (Husni) sungguhpun sudah berada di Kementerian Kewangan selama 7+2 tahun , beliau mahu kekal di sana.
Jadi testimoni beliau di mahkamah tadi memberi indikasi yang beliau marah kerana itu
Namun lebih dari itu di mahkamah terdedah yang beliau marah dengan banyak sebab lain. Kita dapati yang beliau fikir DSN adalah individu di belakang seorang wanita yang merupakan kakitangan Husni yang telah membuat laporan polis terhadap beliau kerana menjadi mangsa gangguan seks
Laporan itu adalah terperinci dan juga melibatkan 2 wanita lain
Saya tidak dapat membayangkan bagaimana Dato’ Seri Najib Tun Razak (DSN) boleh dituduh di belakang semua ini. Dan saya bertanya kepada Husni apakah penyebabnya yang menyebabkan anda percaya DSN adalah dalang di belakang aduan polis wanita ini terhadap anda dan beliau memberikan beberapa alasan yang bagi orang yang biasa berada di mahkamah tidak dapat diterima sebagai bahan bukti di mahkamah
Kerana kebanyakan kenyataanya adalah hearsay (dengar cakap) dan kemudian beliau rumuskan berdasarkan situasi-situasi itu, dalang di belakang laporan polis terhadap Husni adalah DSN
Sebagai contoh, Husni berikan contoh Mesyuarat Ekonomi. Menurut Husni, setelah tamat Mesyuarat itu, 3-4 jam kemudian minit mesyuarat itu telah sampai ke tangan Raja Petra Kamarudin. Sedangkan Raja Petra ni memang mahir mendapatkan maklumat
Beliau boleh dapat information berkenaan pelbagai perkara. Pada satu ketika dahulu, Raja Petra adalah musuh saya. (TS Shafee pernah menyaman Raja Petra kerana memfitnah beliau). Dia dapat maklumat tentang apa yang tulis di drawing board pejabat saya
Jadi, jika orang lain dapat maklumat dengan caranya, bagaimana pula anda boleh salahkan Perdana Menteri? Namun Husni berpandangan, yang semua ini adalah berpunca dari DSN, bocorkan maklumat dengan tujuan untuk sabotaj beliau
Dia juga menyalahkan DSN bagi masalah anaknya. Anaknya MD di New Pantai Expressway yang merupakan syarikat subsidiari IJM, sebuah syarikat kontraktor yang besar. Setelah satu mesyuarat, anaknya telah dipecat dan syarikat itu kehilangan kontrak bernilai 1 billion ringgit
Itu juga sebagai seorang ayah pasti membuatkan anda marah. Malangnya, beliau menyalahkan DSN. Kesemua yang saya katakan ini adalah fakta. Saya tak berikan komen peribadi
Perkara ketiga setelah kita buktikan bahawa inilah salah faham Husni dan mungkin motif baginya marah terhadap DSN, kita juga telah buktikan bahawa DSN tidak menyembunyikan maklumat berkenaan SRC dan 1MDB dari Husni.
Kerana kedua-dua syarikat ini adalah syarikat utama MKD. MKD memiliki pemantauan paling ketat ke atas mereka
Sungguhpun saksi ini (Husni) mendakwa DSN mengatakan kepada beliau supaya jangan masuk campur urusan SRC dan 1MDB, Husni tetap masih terlibat. Ini hanya membawa makna, beliau tidak diberitahu spt itu oleh DSN. Mungkin beliau salah faham
Contohnya adalah apabila Husni kata beliau mencadangkan kepada DSN untuk pergi ke Switzerland. Namun saya tanya kepada beliau, apakah anda tahu sebelum anda cadangkan (jika benar anda cadangkan), keseluruhan ahli lembaga pengarah SRC telah pergi ke Switzerland dan mengesahkan wang ada di sana. Mungkin kerana itu DSN tidak jawab kenyataan dia. Saya tak fikir DSN telah katakan kepada Husni, “Jangan pergi Switzerland.”Jika anda mempunyai alasan yang kukuh bagi mendapatkan balik wang, saya tidak nampak mengapa Perdana Menteri akan menghalang/atau tidak membenarkannya. Jadi saya fikir terdapat salah faham yang serius di pihak Husni dalam aspek itu
Demikian juga, Husni mengatakan beliau tidak terlibat namun beliau terus menerus menandatangani dokumen-dokumen penting berkenaan jaminan kerajaan
Beliau menandatangai dokumen kelulusan  melibatkan SRC dan juga EPU. Beliau luluskan dan tulis sokong. Anda tidak boleh katakan sebagai seorang Menteri…..(Husni kata MOF 1&2 tiada bezanya dari segi fungsi) dan saya bersetuju. Memang betullah. Kerana tugas di MOF adalah sangat besar
Inilah yang saya bangkitkan kepada beliau. Anda tidak boleh sebagai menteri, pergi ke kabinet, setelah meluluskan, meluluskan dan meluluskan, dan kemudian berkata, siapalah saya untuk membantah
Jika sedemikian, anda tidak menjalankan tugas anda sebagai seorang Menteri kerana anda ada tanggungjawab kolektif dan juga tanggungjawab internal
Jika anda mahu mengkritik, maka itulah masanya (kabinet). Anda bangkitkan rasa tidak puas hati anda dan alasan-alasannya, dan sekiranya majoriti di dalam kabinet tetap meluluskannya, maka anda ada tanggungjawab kolektif untuk mempertahankannya sungguhpun anda mempunyai pandangan peribadi yang berbeza
Namun Husni tidak pernah membangkitkannya secara peribadi di dalam kabinet dan tidak ada rekod dia menyatakan rasa tidak puas hatinya, bantahannya dan alasan-alasan tidak menyokong. Kita juga telah berjaya buktikan bahawa tidak ada satu dokumen pun dari Husni yang diserahkan kepada DSN yang telah merekodkan pandangan-pandangan Husni dan rasa tidak puas hatinya
Sebagai seorang Menteri…negara kita mengamalkan polisi Westminister. Polisi British
Tanggungjawab kolektif, tanggungjawab individu, letak jawatan jika anda tidak bersetuju (dengan sesuatu yang serius)…Anda (Menteri) tidak boleh jadi seperti mentaliti orang Malaysia biasa, orang Melayu yang cakap berlapik-lapik dan akhirnya tidak membangkitkan isu penting yang mengganggu anda dan akhirnya memberi kesan kepada rakyat
Jadi saya telah katakan kepada beliau yang beliau ada segala peluang untuk menyatakan pandangan dan bantahannya namun anda tidak melakukannya. Inilah fakta-fakta yang telah berlaku di mahkamah berkenaan Husni dari kelmarin sehingga hari ini
Apabila seorang saksi memberi keterangan, kita perlu tetapkan kredibiliti saksi. Saksi akan menjadi sangat credible sekiranya dia tidak mendapat apa-apa manfaat dari kesaksiannya
Saksi bebas adalah sangat credible. Namun sekiranya anda ada motif untuk mengenakan Najib dan kami berjaya tunjukkan 3 motif, maka Hakim perlu meneliti kenyataan saksi tersebut di dalam konteks tersebut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/08/terjemahan-kenyataan-media-ts-shafee.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media

Kenyataan Media

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 216 hits
KENYATAAN MEDIAPEMUDA AMANAH TERENGGANU KESAL DONG ZONG GAGAL MENJIWAI SEMANGAT NASIONAL ANCAMAN KEPADA PERPADUAN NASIONAL13 OGOS 2019Pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan pengenalan tulisan jawi dalam silibus matapelajara bah...
Ahmad Husni Hanadzlah Patut Beritahu Mahkamah Bagaimana Dia Bantu Kalahkan Umno Didalam Pru14

Ahmad Husni Hanadzlah Patut Beritahu Mahkamah Bagaimana Dia Bantu Kalahkan Umno Didalam Pru14

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 204 hits
Yang lebih penting ialah Husni perlu bagitahu makhamah yang isu 1MDB adalah salah satu sebab Umno dan Barisan Nasional kalah pilihan raya pada Mei 2018 dan ini bermakna sebahagian besar kekalahan Umno dan Barisan Nasional disebabkan oleh pe...
Kenyataan Media Oleh Hassan Karim

Kenyataan Media Oleh Hassan Karim

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 271 hits
Kenyataan MediaAhli Parlimen Pasir GudangHassan bin Abdul KarimTajuk Kerajaan Pakatan Harapan Perlu DiselamatkanMasa Sudah sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur2 Pada tahun 1996 selepas Pilihanraya Umum 1995 apabila Parti Semangat 46 menjad...
Husni Mengaku Tipu Media Kerana Najib

Husni Mengaku Tipu Media Kerana Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 254 hits
Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berbohong kepada pihak media berhubung alasan peletakan jawatannya sebagai menteri pada 2016 untuk melindungi bekas perdana mente...
Kenyataan Media Pimpinan Utama Pakatan Harapan

Kenyataan Media Pimpinan Utama Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 228 hits
15 Ogos 2019Lipatganda Usaha Untuk Pastikan Negara Kekal Makmur Bersatu Padu Dihormati SemuaMutakhir ini pelbagai isu menjadi perbualan rakyat Malaysia Dari cabaran ekonomi kepada persoalan persepsi kaum atau agama kepada pendidikan khat ke...
Saksi Kemalangan Maut Diminta Tampil Buat Laporan

Saksi Kemalangan Maut Diminta Tampil Buat Laporan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 274 hits
12 Ogos 2019 2 22 PM KUALA LUMPUR Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang kelmarin untuk tamp
Setya Novanto Jadi Saksi Sidang Sofyan Basir

Setya Novanto Jadi Saksi Sidang Sofyan Basir

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 94 hits
Setya Novanto Jadi Saksi Sidang Sofyan Basir Sementara dalam kasus ini Setya Novanto pernah menjadi saksi atas pihak lainnya yakni Eni Maulani Saragih bekas Wakil Ketua Komisi VII DPR dan Johannes Budisutrisno Kotjo pemilik saham Blackgold ...
Mulan Jameela Cs Ajukan Saksi Tambahan Putusan Gugatan Caleg Gerindra Ditunda

Mulan Jameela Cs Ajukan Saksi Tambahan Putusan Gugatan Caleg Gerindra Ditunda

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 140 hits
Gugatan diajukan oleh 14 orang kader Gerindra termasuk Mulan Jameela kepada kepada Dewan Pimpinan Pusat Gerindra dan Dewan Pembina Partai Gerindra yang dipimpin Prabowo Subianto Gugatan dimasukkan ke Pengadilan Negeri Jakarta Selatan terkai...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened