Kenyataan Media Oleh Hassan Karim




Kenyataan Media
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Hassan bin Abdul Karim

Tajuk: Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan
Masa Sudah sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur

2.Pada tahun 1996 selepas Pilihanraya Umum 1995, apabila Parti Semangat 46 menjadi semakin ektrem Melayu dengan mengubah menjadi Parti Melayu Semangat 46, maka Gagasan Rakyat iaitu Gabungan Parti-Parti Pembangkang yang terdiri daripada Parti Melayu Semangat 46, DAP, PRM dan IPF gagal menangani isu-isu perkauman, lalu menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak, Gagasan Rakyat pecah dan terkubur.

3.Selepas Pilihanraya Umum ke-11 pada tahun 2004, Barisan Alternatif nama baru bagi Gabungan Parti -parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP, Parti Keadilan Nasional dan PRM sekali lagi pecah dan terkubur menjelang pilihanraya Negeri Sarawak apabila PAS dan DAP berbalah secara terbuka dalam isu-isu yang melibatkan kaum dan agama.

4. Selepas bebas dari penjara Anwar Ibrahim telah menjelajah ke seluruh tanahair untuk membina gabungan parti-parti pembangkang dalam menghadapi  Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008. Usaha gigih Anwar itu membina asas Pakatan Rakyat dan buat pertama kali dalam pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 itu Barisan Nasional hillang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan. Anwar Ibrahim muncul sebagai tenaga yang menyatukan parti-parti pembangkang pelbagai kaum dan agama itu.

5. Sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 Anwar Ibarhim menjadi tenaga penggerak membina Gabungan Pakatan Rakyat untuk tujuan mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya. Walaupun Pakatan Rakyat gagal mencapai tujuan itu tetapi buat pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di parlimen. Anwar Ibrahim dilihat sebagai ancaman kepada Rejim Barisan Nasional. Lalu konspirasi politik yang jahat dilancarkan untuk menyerang Anwar sehingga beliau dipenjarakan selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

6.Apabila berlaku vakum dalam kepimpinan Pakatan Rakyat selepas PRU-13 dan selepas Anwar dipenjarakan dan sikap PAS yang semakin ektreme dalam isu-isu berkaitan kaum dan agama, maka Pakatan Rakyat juga pecah menjelang pilihanraya Negeri Sarawak yang diadakan berasingan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

7.Kini isu 3 R (race,religion dan royalty) muncul kembali di persada politik Malaysia, iaitu isu kaum, agama dan raja. Yang terkini dilihat Tun Dr Mahathir Mohamaed selaku Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan sudah seperti hilang punca dan hilang daya untuk menghadapi kritikan-kritikan dari pelbagai pihak terutama dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sehingga menuduh Dong Zong sebagai pertubuhan rasis atau perkauman.

8. Sebagai seorang Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (Pakatan Harapan) yang turut menandatangani surat yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir untuk dilantik menjadi Perdana Menteri  sebaik sahaja PH memenangi cukup majoriti untuk membentuk kerajaan selepas PRU-14 pada 9 Mei 2018, saya berpendapat masa sudah sampai untuk Tun Dr Mahathir Mohamaed berundur sebagai Perdana Menteri. Beliau sudah jelas kelihatan tidak dapat menangani banyak isu dalam negara sekarang.

9. Untuk selamatkan Kerajaan Pakatan Harapan, saya percaya tiada jalan lain ketika ini untuk elakkan PH supaya jangan pecah menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi seperti apa yang berlaku pada Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, saya berharap dan memohon supaya Tun Dr Mahathir  yang berjiwa besar mengambil langkah yang berani seperti Sir Winston Churchil Perada Menteri British yang berundur selepas berjaya membawa Britain dan Pihak Berikat memenangi Perang Dunia Kedua mengalahkan Kuasa Paksi Fasis Jerman dan Jepun dan menyerahkan kuasa Perdana menteri kepada pemimpin yang lain.

10, Tun Dr Mahathir Mohamaed akan tetap dikenang dan dihormati kerana telah berjaya memimpin PH menumbangkan BN dalam PRU-14 dan membentuk kerajaan baru PH melalui proses peralihan kuasa dengan aman dan teratur. Tetapi perkembangan terkini dalam tanahair dengan munculnya isu-isu yang banyak untuk memecahbelahkan rakyat, maka sudah sampai masanya proses peralihan jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim dapat dilaksanakan dengan segera sekarang ini sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan hendak diselamatkan.

Sekian.

Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Rabu 14 Ogos 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/08/kenyataan-mesia-oleh-hassan-karim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gesaan Hassan Karim Tidak Selari Dengan Hasrat Rakyat

Gesaan Hassan Karim Tidak Selari Dengan Hasrat Rakyat

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 171 hits
Muttakhir ini kita dihujani dengan pelbagai isu yang menguji keutuhan kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia Sebagai rakyat yang bertanggung jawab kita harus menjadi benteng yang mempertahankan dan menyuburkan keharmonian ini Pemimpin rakyat...
Terjemahan Kenyataan Media Ts Shafee Berkenaan Saksi Pendakwaan Husni Hanadzlah

Terjemahan Kenyataan Media Ts Shafee Berkenaan Saksi Pendakwaan Husni Hanadzlah

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 195 hits
Nabeel Naqie IIHari ini berkenaan kenyataan Bekas Menteri Kewangan ke 2 Dato Seri Husni Hanadzlah saya rasa anda semua boleh nampak tanpa saya menyatakannya bahawa ia adalah kenyataan dari seorang yang sedang marah Saya cuba mencari jawapan...
Kenyataan Media Pimpinan Utama Pakatan Harapan

Kenyataan Media Pimpinan Utama Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 272 hits
15 Ogos 2019Lipatganda Usaha Untuk Pastikan Negara Kekal Makmur Bersatu Padu Dihormati SemuaMutakhir ini pelbagai isu menjadi perbualan rakyat Malaysia Dari cabaran ekonomi kepada persoalan persepsi kaum atau agama kepada pendidikan khat ke...
Kenyataan Media

Kenyataan Media

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 250 hits
KENYATAAN MEDIAPEMUDA AMANAH TERENGGANU KESAL DONG ZONG GAGAL MENJIWAI SEMANGAT NASIONAL ANCAMAN KEPADA PERPADUAN NASIONAL13 OGOS 2019Pengumuman Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan pengenalan tulisan jawi dalam silibus matapelajara bah...
Pomdam Jaya Investigasi Penembakan Oleh Anggota Tni Di Tamansari Jakbar

Pomdam Jaya Investigasi Penembakan Oleh Anggota Tni Di Tamansari Jakbar

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 166 hits
Polisi Militer Kodam Jaya terus melakukan investigasi atas penembakan yang dilakukan Pratu IJ terhadap warga sipil berinisial AS di Tamansari Jakarta Barat Penyelidikan dilakukan untuk mengetahui ada atau tidaknya keterlibatan oknum TNI
Tragis Dilakukan Oleh Isteri Kepada Kekasih Suami

Tragis Dilakukan Oleh Isteri Kepada Kekasih Suami

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 872 hits
Isteri bogelkan kekasih suami tuang sos ikan dan serbuk ciliBerang dan cemburu seorang wanita bertindak menanggalkan pakaian perempuan simpanan kepada suaminya sebelum menuangkan sos ikan dan serbuk cili ke badan wanita itu lapor Daily Mail...
Prabowo Dan Ahok Disambut Meriah Oleh Kader Pdip Di Kongres V

Prabowo Dan Ahok Disambut Meriah Oleh Kader Pdip Di Kongres V

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 201 hits
Dalam acara ini turut hadir pula Ketua Umum NasDem Surya Paloh Ketua Umum Golkar Airlangga Hartarto Ketua Umum PKPI Diaz Hendropriyono Ketua DPR Bambang Soesatyo Selain itu sejumlah menteri juga hadir
Terbukti Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Difitnah Oleh Umat Islam Yang Fobia Tak Tentu Pasal

Terbukti Drama Demi Tuhan Aku Bersaksi Difitnah Oleh Umat Islam Yang Fobia Tak Tentu Pasal

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 419 hits
Kupasan dibawah membetulkan fitnah terhadap krew produksi Demi Tuhan Aku Bersaksi Lepas neh agaknya apa lagi alasan mereka yang tergamak melakukan tuduhan dan fitnah meskipun tak pernah menonton drama tersebut di kaca tv Oleh DEMI TUHAN AKU...
Obat Hormon Pengendali Siklus Menstruasi Tak Boleh Dikonsumsi Oleh Sembarang Orang

Obat Hormon Pengendali Siklus Menstruasi Tak Boleh Dikonsumsi Oleh Sembarang Orang

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 256 hits
Dokter spesialis obstetri dan ginekologi konsultan M Ilhamy Setyahadi menyampaikan orang yang punya riwayat seperti asma dan kelainan jantung harus menghindari obat hormon siklus pengendali siklus menstruasi
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim