Husni Mengaku Tipu Media Kerana Najib


Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau berbohong kepada pihak media berhubung alasan peletakan jawatannya sebagai menteri pada 2016 untuk melindungi bekas perdana menteri Najib Razak.
Ahmad Husni, 67, berkata beliau memberitahu pihak media bahawa peletakan jawatan itu tiada kaitan dengan syarikat SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun sebenarnya ia adalah bagi melindungi dan menghormati Najib sebagai perdana menteri ketika itu.

Loading… Saksi pendakwaan ke-56 itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Muhammad Shafee Abdullah berkaitan berita yang disiarkan media bahawa peletakan jawatan beliau tiada kaitan dengan (isu yang melanda) kedua-dua syarikat.
“Yang Arif, anda mahu saya hormat PM atau tidak? Atas rasa hormat, saya beritahu kepada media, ia tak ada kaitan (dengan 1MDB dan SRC).Iklan
“Saya bercakap (macam) itu, (sebab) saya nak lindungi “kisah sebenar” Saya tidak mahu ceritakan kisah sebenar kepada media. (Jadi) Saya kata saya berhenti (secara) sukarela.
“Surat khabar, dia tulis macam-macam, dia akan akan burukkan PM (Najib). Saya tidak bercakap benar (ketika itu). Saya nak lindungi PM,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh Muhammad Shafee pada hari ke-50 perbicaraan kes Najib yang membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Terdahulu, Ahmad Husni berkata keputusan untuk melepaskan jawatannya secara suka rela dibuat selepas membaca berita bahawa beliau dipindahkan ke Unit Pembangunan Ekonomi (EPU).
Ketika itu, beliau ingin menghadiri Mesyuarat Majlis Ekonomi dan memandangkan mesyuarat yang sepatutnya bermula pukul 9.00 pagi berlangsung lewat, beliau sempat membaca surat khabar.
“Pada 27 Jun 2016, hari Isnin, biasanya kami ada Mesyuarat Majlis Ekonomi, biasanya (mesyuarat) bermula pukul 9.00 pagi tetapi pada hari itu, ia bermula pukul 11 pagi. Saya baca surat khabar (yang melaporkan bahawa) saya dipindahkan ke EPU,” katanya.
Ahmad Husni berkata selepas membaca berita itu, beliau mendiamkan diri dalam mesyuarat dan selepas mesyuarat tamat, beliau menemui Najib untuk bertanyakan perkara berkenaan.
“Saya beritahu PM saya faham yang beliau mahu memindahkan saya ke EPU, PM kemudian jawab, “ya, saya ‘pindah’ kamu ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya mahu kamu ke kementerian lain untuk cabaran baru,” katanya.
Ahmad Husni berkata beliau kemudian memberitahu Najib “tolong turunkan saya” sebelum kembali ke pejabatnya.
“Lepas itu PM telefon saya, tanya “ini sukarela ya Husni?” dan saya menjawab ya,” katanya sambil memaklumkan bahawa beliau kemudian mengemaskan barangan dan dokumennya sebelum pulang ke rumah.
Kepada soalan Muhammad Shafee adakah saksi itu berhenti kerana dia dipindahkan ke kementerian lain, Ahmad Husni menjawab “ya.”
“Ya, (tapi) ia bukan pasal pertukaran tu semata-mata. Ada (isu) lebih besar dari itu, saya berjanji kepada Allah, (ada) isu lebih besar,” katanya yang mahu menjelaskan lanjut namun dipotong oleh Muhammad Shafee.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/husni-mengaku-tipu-media-kerana-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tak Izin Saya Dapatkan Dana Src Di Switzerland Husni

Najib Tak Izin Saya Dapatkan Dana Src Di Switzerland Husni

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 466 hits
Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengizinkan delegasi Kementerian Kewangan Bank Negara Malaysia dan Kumpulan Wang Persaraan dihan...
Husni Saya Diberi Amaran Akan Serangan Raja Petra Jika Cemuh Najib

Husni Saya Diberi Amaran Akan Serangan Raja Petra Jika Cemuh Najib

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 865 hits
Bekas menteri kewangan II Ahmad Husni Hanadzlah mendakwa beliau telah diberi amaran tentang kemungkinan serangan daripada penulis blog Raja Petra Kamarudin jika beliau enggan berjumpa dengan perdana menteri ketika itu Najib Razak pada 2016 ...
Najib Trial Day 49 Angry Man Husni S Testimony Leads To Hearing Being Postponed

Najib Trial Day 49 Angry Man Husni S Testimony Leads To Hearing Being Postponed

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 916 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 49th day today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of...
Mengaku Pegawai Ma 5 Orang Ini Tipu Korban Sampai Ratusan Juta

Mengaku Pegawai Ma 5 Orang Ini Tipu Korban Sampai Ratusan Juta

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 334 hits
Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Raden Prabowo Argo Yuwono mengatakan kejadian tersebut terjadi pada 12 April 2019 dan 16 Juni 2019 Kejadian ini sendiri telah dilaporkan oleh korban atas nama inisial S dan MBI
Najib Mengaku Rm42 Juta Dari Src Dimasukkan Ke Dalam Akaunnya

Najib Mengaku Rm42 Juta Dari Src Dimasukkan Ke Dalam Akaunnya

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR Seorang peguam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku dalam saman fitnah yang difailkan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bahawa RM42 juta dari SRC Interna...
Pegawai Bank Mengaku Guna Duit Sendiri Untuk Kawal Atur Akaun Najib

Pegawai Bank Mengaku Guna Duit Sendiri Untuk Kawal Atur Akaun Najib

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR Seorang bekas pegawai bank yang menguruskan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia terpaksa menggunakan wangnya sendiri untuk mengawal atur akaun itu pada 2014 Joanna ...
Husni Najib S Aide Told Me Ex Pm Had Arranged For Blogger Raja Petra To Attack Me

Husni Najib S Aide Told Me Ex Pm Had Arranged For Blogger Raja Petra To Attack Me

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 921 hits
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah shed some light today over why he resigned from his posts in Umno and Barisan Nasional after resigning from his position as second finance minister in June 2016 Responding to former premier Datuk Seri Najib ...
Najib Mengaku Ada Simpan Duit Untuk Parti

Najib Mengaku Ada Simpan Duit Untuk Parti

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 391 hits
Bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam program Wacana Ilmu Hard Truth Cash is King anjuran Penerangan Umno Malaysia di Menara Dato Onn baru baru ini berkata sebagai Presiden UMNO beliau mengakui menyimpan duit yang digunakan untuk...
Terjemahan Kenyataan Media Ts Shafee Berkenaan Saksi Pendakwaan Husni Hanadzlah

Terjemahan Kenyataan Media Ts Shafee Berkenaan Saksi Pendakwaan Husni Hanadzlah

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 289 hits
Nabeel Naqie IIHari ini berkenaan kenyataan Bekas Menteri Kewangan ke 2 Dato Seri Husni Hanadzlah saya rasa anda semua boleh nampak tanpa saya menyatakannya bahawa ia adalah kenyataan dari seorang yang sedang marah Saya cuba mencari jawapan...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Nasi Lemak Malam

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Jangan Jahil Murakkab

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi