Terima Kasih Semua Tun Dr Mahathir


Kuala Lumpur: “Terima kasih semua.”
Itu kapsyen video yang dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang baharu hari ini.
”Don’t be shy, shy (jangan malu, malu),” kata seorang daripada mereka yang hadir di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary, hari ini,  kepada Dr Mahathir semasa isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mahu memeluknya.
Negarawan berusia 94 tahun itu kemudian menjawab, “Sudahlah” sebelum beliau memeluk isterinya selepas diminta berbuat demikian oleh mereka yang hadir di pejabatnya.
Anak pasangan itu, Marina, dilihat merakamkan detik manis ibu bapanya itu.
Setakat 2 petang ini, video berdurasi satu minit itu yang dimuat naik di Instagram telah mencatatkan lebih  610,000 tontonan dan lebih 16,000 komen.
Komen berkenaan secara amnya mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir atas kepimpinan dan sumbangan beliau sebagai perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, dan sekali lagi sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia pada 2018, selepas beliau menerajui Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14.
Mendoakan kesejahteraan beliau, kebanyakan netizen turut memberi komen bahawa ini masanya untuk Dr Mahathir berehat dan meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.
Netizen  @finasaffie berkata: “Terima kasih Tun …Ini masanya untuk anda berehat …luangkan masa anda dengan isteri dan keluarga tersayang …saya akan  sentiasa menyokong anda dan anda akan sentiasa menjadi wira nombor satu saya.”
Sementara, @uyainaarsahd berkata: “Saya amat menyayangi anda berdua.” Seorang lagi pengikut, @aimiezainuddin berkata: “Terima kasih Tun. Jasa Tun akan dikenang sampai bila-bila. Jaga diri Tun.”
Komen diberikan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk @josephine_phen yang memuji Dr Mahathir atas sumbangan beliau terhadap negara.
”Seorang daripada tokoh paling hebat… Terima kasih Tun,” tulisnya.
Terdahulu, negarawan berusia 94 tahun itu yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengadakan sidang media berhubung situasi politik semasa di Yayasan Al-Bukhary, di sini.
Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri interim selepas meletak jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 24 Feb.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri baharu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan  43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: Bernama
The post ”Terima Kasih Semua” – Tun Dr Mahathir appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/01/terima-kasih-semua-tun-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Semua Selesai Tugas Tun M Dipeluk Erat Isteri Dengan Air Mata

Terima Kasih Semua Selesai Tugas Tun M Dipeluk Erat Isteri Dengan Air Mata

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 341 hits
Setiap jatuh bangun seorang suami sudah tentu ada insan bergelar isteri yang sangat setia bersama dalam apa keadaan sekalipun Jika dilihat dalam arena politik yang sedang meruncing ini mereka yang berada di atas pemerintahan semuanya mempun...
Kena Terima Hakikat Kerjaan Ph Gagal Dan Tun Mahathir Gagal

Kena Terima Hakikat Kerjaan Ph Gagal Dan Tun Mahathir Gagal

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 218 hits
PH sendiri yang gagalkan kerajaan PH sendiri apabila PPBM umum keluar dari PH PM ke 7 yang sendiri letak jawatan dan YDP Agong sudah menerima permintaan peletakan jawatannya Ianya cuma perlantikan PM interim sahaja kerana PM ke 8 tak pernah...
Terima Kasih Tun Ini Masanya Untuk Anda Berehat Netizen

Terima Kasih Tun Ini Masanya Untuk Anda Berehat Netizen

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Terima kasih semua Itu kapsyen video yang dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia yang baharu hari ini Don t be ...
Tun Mahathir Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir Terima Semula Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 272 hits
Perrdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu hari ini Loading Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya Bagaimanapun memetik akhbar...
Rentasan Berita 643 Panas Takiyuddin Bongkar Kesalahan Perjanjian Tun Mahathir Dan Anwar

Rentasan Berita 643 Panas Takiyuddin Bongkar Kesalahan Perjanjian Tun Mahathir Dan Anwar

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 339 hits
BANTU BLOG INI DENGAN HANYA MENGKLIK IKLAN ADMIN TIDAK MEMOHON SEBARANG BANTUAN KEWANGAN DARI MANA MANA PIHAK PEMBACA YANG BUDIMAN ANDA BOLEH MEMBANTU DENGAN MENGKLIK IKLAN DI BLOG INI TERIMA KASIH
Panduan Membaca Oleh Tun Dr Mahathir

Panduan Membaca Oleh Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 453 hits
Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Bersama murid murid selepas merasmikan...
Why A Unity Govt Can Throw Out Dr Mahathir Mr Lim Kit Siang Yeo Bee Yin You Are Mistaken About Tun Dr M And Anwar

Why A Unity Govt Can Throw Out Dr Mahathir Mr Lim Kit Siang Yeo Bee Yin You Are Mistaken About Tun Dr M And Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 314 hits
Yeo Bee Yin says the DAP is afraid that they cannot control Dr Mahathir That is why they dont want Dr M as PM Huh After TWO years have gone by So far you have worked with him quite well But what Yeo Bee Yin is actually saying is that the DA...
Anwar Kami Masih Lagi Ph Tun Dr Mahathir Telah Keluar Ph

Anwar Kami Masih Lagi Ph Tun Dr Mahathir Telah Keluar Ph

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 377 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan tidak akan berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun Perdana Menteri Interim itu kembali semula kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Tidak perkara itu tidak ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah