Panduan Membaca Oleh Tun Dr Mahathir


A Kadir Jasin بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Bersama murid-murid selepas merasmikan Dekad Membaca Kebangsaan
NOTA KEPALA: Rencana ini dipadankan daripada kolum saya dalam Sinar Harian, Ahad 16 Februari.
TIDAK ada agama atau kepercayaan yang memberi keutamaan kepada membaca lebih daripada Islam. Justeru, barang siapa yang benar-benar mengamalkan perintah tersebut, dia akan menjadi manusia yang berpengetahuan tinggi.

Umat Islam sering diingatkan tentang ayat satu hingga lima surah al-Alaq menyeru manusia supaya membaca.

Malangnya, kajian akademik dan pemerhatian rambang tidak membuktikan hal itu. Sebaliknya tabiat dan kegemaran membaca di kalangan orang Malaysia makin menurun.

Malah, ada pakar mengatakan Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya paling kurang membaca. Keadaan ini menjadi bertambah buruk berikutan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ini amatlah merugikan kerana ledakan ICT sepatutnya memudahkan kebolehcapaian kepada maklumat dan ilmu dan negara kita adalah antara tang terawal menyediakan prasarana ICT.


Sebagai penulis yang turut terlibat dengan penerbitan, saya bimbang hal ini bukan andaian lagi tetapi sudah menjadi kenyataan. Bilangan yang membaca akhbar, majalah dan buku semakin kecil.

Benarlah seperti kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika melancarkan Dekad Membaca Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Khamis lalu bahawa pengaruh teknologi digital terhadap masyarakat begitu besar sehingga sumber bacaan tradisional seperti surat khabar dan buku semakin diketepikan.

Katanya, banyak syarikat akhbar gulung tikar kerana jualan yang merosot manakala buku tinggal mengumpul debu di perpustakaan atau di atas rak.

Namun demikian, Dr Mahathir yakin ini tidak bermakna rakyat Malaysia berhenti membaca.

Yang berubah ialah kaedah penyampaian bahan bacaan di mana hampir semua akhbar mempunyai versi digital dan buku juga diterbitkan dalam format itu.

Membaca=Berfikir


Setiap kali saya ditanya mengenai penulisan khususnya bagaimana menjadi wartawan, penulis dan pengucap yang baik, saya kata dengan banyak membaca.

Hakikatnya adalah mustahil seseorang itu boleh berfikir, menulis dan berucap dengan baik kalau dia tidak membaca. Membaca, berfikir dan menulis adalah kegiatan tiga serangkai.

Dalam kaitan itu, pandangan Dr Mahathir mengenai membaca daripada sudut sains adalah amat berguna kerana beliau bukan sahaja seorang doktor perubatan tetapi juga seorang pemikir dan penulis yang diiktiraf dunia.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa beliau adalah pemikir dan penulis ulung negara-negara membabangun dan dunia Islam dalam zaman selepas menjajahan.

Beliau mula menulis untuk bacaan umum sejak zaman penjajahan lagi. Sepanjang yang dirakamkan, tulisan pertama beliau terbit dalam akhbar Straits Times, Singapura, pada 20 Julai 1947, ketika beliau menuntut ilmu perubatan di negeri selat itu.

Saya bernasib baik menemui tulisan awal beliau ketika menjadi wartawan dan pengarang di New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (1976-2000). Saya kumpul dan terbitkan semula tulisan beliau itu dalam buku bertajuk “The Early Years 1947-1972”.

Sejak itu beliau menghasilkan tidak kurang daripada 20 buah buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai pelbabagai tajuk, daripada politik kepada ekonomi, hal ehwal antarabangsa dan panduan berniaga.

Banyak karya beliau telah diterjemakahkan ke bahasa-bahasa lain seperti Arab, Cina, Perancis dan Jepun.

Jadi nasihat dan panduan beliau mengenai membaca amatlah sesuai dan berguna.

Dalam ucapan di UKM itu, Dr Mahathir, antara lain, berkata, amalan membaca menjadi salah satu kaedah senaman dan latihan minda yang berkesan.

Ia membantu memperkuat rangkaian otak dan merangsang pertumbuhan rangkaian saraf baru.

Jika seseorang itu membaca sesuatu berulang kali, apa yang dibacanya itu akan lebih melekat di ingatan. Dengan itu dia tidak mudah lupa.

Membaca dengan banyak juga boleh mempertingkatkan kecerdasan emosi (emotional intelligence atau EQ) dan kecerdasan intelektual (intelligence Quotient atau IQ) seseorang.

Kedua-dua unsur kecerdasan itu, kata Dr Mahathir, amat penting bagi membolehkan seseorang menangani pelbagai keadaan dan merebut peluang pembangunan diri.

Jadi marilah kita membaca supaya menjadi lebih bermaklumat, cerdas minda dan kuat tubuh badan.

Tidak salah kita menggunakan komunikasi digital, termasuk platform media sosial, untuk membaca, menimba ilmu dan berkongsi maklumat benar dan berguna.

Wallahuaklam.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2020/02/panduan-membaca-oleh-tun-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perletakan Jawatan Tun Dr Mahathir Catat Rekod Jadi Perdana Menteri Tiga Kali

Perletakan Jawatan Tun Dr Mahathir Catat Rekod Jadi Perdana Menteri Tiga Kali

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 422 hits
Bacaan saya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi menunjukkan sikap kebertanggungjawaban beliau kepada parti parti komponen Pakatan Harapan Dengan meletakkan jawatan maka Tun Dr Mahathir akan terlepas...
Terkini Tun Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Perdana Menteri Kepada Agong

Terkini Tun Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Perdana Menteri Kepada Agong

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 336 hits
Terkini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara mengejut dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Yang di Pertuan Agong sebentar tadi Perkara ini dilakukan apabila Presiden PKR D...
Tun Mahathir Ada Ke Kat Rumah Azizah Anwar Mat Sabu Guan Eng Di Rumah Mahathir

Tun Mahathir Ada Ke Kat Rumah Azizah Anwar Mat Sabu Guan Eng Di Rumah Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1172 hits
Sumber dari Jabatan Perdana Menteri memaklumkan segala mesyuarat yang telah dijadualkan melibatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada hari ini telah dibatalkan Sementara itu tiga pemimpin utama Pakatan Harapan iaitu Presiden AMANAH Mohama...
Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 671 hits
Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Tun Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri yang telah dihantar kepada Yang di Pertuan Agong pada jam 1 tengahari kata pejabatnya dalam satu kenyataan media Sebel...
Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Jpm Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

Tun Dr Mahathir Letak Jawatan Jpm Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 280 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dilaporkan akan meletakkan jawatan hari ini bukannya selepas persidangan APEC pada November 2020 seperti yang dimaklumkannya sebelum ini Setakat ini Jabatan Perdana Menteri ketika ditanya hanya meminta semua ...
Tun Mahathir Dapat Sokongan 130 Kerusi Parlimen Tubuh Perikatan Nasional

Tun Mahathir Dapat Sokongan 130 Kerusi Parlimen Tubuh Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1173 hits
Perikatan Nasional yang bakal dibentuk adalah gabungan dari parti Bersatu UMNO Pas Warisan dan Gabungan Parti Sarawak Dr Mahathir dapat sokongan 130 kerusi Parlimen Sumber Sudah ada 130 kerusi itu jumlah sokongan kerusi Parlimen yang dikata...
Harga Barang Melambung Tolak Kerajaan Tun Mahathir

Harga Barang Melambung Tolak Kerajaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 355 hits
Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Tun Mahathir biar pun diberi masa hampir dua tahun tetapi tidak mahu melaksanakan reformasi menyeluruh sebagaimana dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Hal ini kerana kerajaan yang dipimpinnya...
Tun Dr Mahathir Tiba Di Istana Negara

Tun Dr Mahathir Tiba Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 365 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara dipercayai bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini Dr Mahathir tiba pada 4 45 petang menaiki kenderaan Proton Perdana diiringi oleh p...
Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

Tun Mahathir Letak Jawatan Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 432 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Loading Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini demikian menurut satu kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu di sini Ke...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan