Tergoda Dengan Lima Produk Baru Daripada Lengquas Kena Cuba Ini
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari tu Maha ada hebohkan pada semua tetang kat sosial media 'Hari Terbuka LengQuas' yang diadakan dua hari iaitu 25 dan 26 Mac 2022 bertempat di Dapur Setempat KOPETRO Taman Bukit Serdang Sri Kembangan Selangor. Siapa sini yang ada pergi pada hari terbuka tu. Korang kongsikanlah pengalaman pergi sana sebab macam-macam dia orang buat sepanjang dua hari tu
Maha sendiri juga ada kat sana pada hari pertama tu awal pagi dah sampai kat sana semangat sebab Maha suka produk dari LengQuas ni. Pada hari tu mereka adakan pelbagai program seperti jualan produk LengQuas pada harga kilang boleh beli banyak dan murah. Juga ada makanan percuma dihidangkan kepada semua tetamu, juga pendaftaran agen baharu untuk mereka yang nak menjana pendapatan dengan jual produk LengQuas.
Paling best masa Maha pergi sana rupanya mereka ada melancarkan lima lagi produk baharu di bawah jenama LengQuas. Apa lagi Maha pun tak lepas peluang lah grab untuk dapatkan semua produk baharu tu dengan harga kilang murah. Produk LengQuas ni senang Maha suka sebab selain senang untuk disediakan hanya lima minit sahaja panas dalam microwave ia juga kena dengan selera kita orang Malaysia ni. Tapi lima produk baharu yang mereka perkenalkan ini sangat istimewa dan lain siap ada citarasa luar negara lagi.
Bila Maha tengok ada empat produk baharu mereka mengikut menu antarabangsa sebab katanya mereka nak meluaskan lagi pasaran produk ini ke peringkat lebih jauh agar orang luar juga boleh nikmatinya. Empat yang baharu itu iaitu Ayam Pedas Korea, Puff Daging, Ikan Merah Kukus dan juga Daging Perap Barbeku. Manakala satu lagi adalah menu tempatan iaitu Ayam Cili Padi untuk mereka yang suka rasa pedas-pedas tekak Melayu. Produk lain LengQuas korang boleh tengok kat posting yang Maha dah buat sebelum ini kat sini.
Ayam Pedas Korea
Dalam banyak-banyak menu baharu LengQuas yang ini mesti menjadi kegilaan ramai. Siapa suka rasa pedas ayam goreng Korea boleh cuba ini. Dalam satu pak ini ada tiga ketul daging ayam tengok lah bahagian mana dan saiz sederhana. Rasa sos pedas tu memang terasa dan juga ada taburan bijan putih dalamnya sekali. Sedap makan macam tu sahaja atau nak makan dengan nasi pun boleh. Ada berani cubalah
Puff Daging
Ini pun sangat menarik bagi Maha sebab ia menggunakan daging batang pinang dalamnya sebab itu dagingnya akan lembut bila dipanaskan. Disalur dengan puff pastri yang rapuh diluar dan juga ada sama sos sekali. Ia sesuai untuk makan sebagai minum petang atau juga kalau waktu nak puasa ni sesuai juga makan waktu sahur kenyang satu pek ni
Ikan Merah Kukus
Ini untuk mereka yang nak makan makanan sihat kukus style hehehe. Ada daging ikan merah yang telah dimasak bersama dengan pelbagai bahan rempah dan juga kicap dan ada rasa halia. Sebab itu Maha kata orang nak diet sesuai cuba yang ini. Makan macam sahaja boleh kalau Maha suka makan dengan nasi putih layan
Daging Perap Barbeku
Ini bahagian daging terbaik dipilih supaya ia tidak liat dan juga dimasak dengan sos terayaki bersama dengan kicap cair, minyak bijan dan juga macam-macam lagi lah bahan untuk mejadi ia sesedap rasa. Orang Malaysi kalau makan ni macam daging masak kicap tapi ini barat style. Sangat sesuai kalau bawa travel luar negara atau untuk student sana nak makan.
Ayam Cili Padi
Ini memang selera orang Malaysia yang suka makan tak sah kalau tak pedas dengan cili padi. Menggunakan daging ayang dan juga dimasak bersama dengan serai, cili padi, lada hijau dan memang terangkat kepedasannya. Kalau duduk dirantauan rindu masakan Melayu boleh bawa ni dan panaskan kat sana senang sangat
Semua produk LengQuas ni ia adalah produk sedia untuk dimakan sebab ia telah dimasak dan dibekukan sebab itu ia kena simpan dalam peti sejuk beku baru ia tahan laman. Nak makannya pun mudah hanya keluarkan dan tebuk 3 ke 4 lubang diatasnya kemudian masuk dalam microwave dan panas selama lima minit. Lepas tu terus makan panas-panas sangat sedap dan mengancam. Kalau tak ada microwave korang boleh kukus atas air panas lebih kurang 5 ke 6 minit juga senang sangat.
Boleh juga buat persediaan untuk Ramadan yang akan tiba tak lama lagi sebab itu Maha pergi hari terbuka hari tu beli stock banyak-banyak. Bangun sahur dah malas nak sedia bahan untuk masak hanya ambil produk LengQuas dan panaskan sahaja terus boleh makan dengan nasi putih. Orang bujang ini jer lah caranya untuk bersahur dengan mudah dan sedap.
Kalau korang nak cari produk ni pun sekarang ni mereka dah ada lebih daripada 800 ejen seluruh Malaysia yang terdiri daripada kafe-kafe, stesen-stesen minyak, kedai-kedai serbaneka dan juga pasaraya ternama seperti ST Rosyam Mart. Tapi mereka masih mencari siapa nak jadi ejen lagi jadi jangan lepas peluang menjana pendapatan dengan produk LengQuas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2022/03/tergoda-dengan-lima-produk-baru-daripada-Lengquas-kena-cuba-ini.html