Terengganu Batal Bazar Ramadan Gesa Peniaga Guna Alternatif Dalam Talian



PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu memaklumkan tiada penganjuran bazar Ramadan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Alias Razak memaklumkan mengenai pembatalan itu selepas diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu yang dipengerusikan Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar semalam.

“Memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April depan, iaitu 10 hari sebelum awal Ramadan dan mengambil kira suasana tidak menentu ketika ini, kerajaan negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan bazar Ramadan tahun ini.

“Ini kerana risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian berlakunya penularan semula virus Covid-19, sekali gus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.

“Bagi mencapai hasrat pembasmian wabak ini secara total, kerajaan negeri bersetuju untuk meminta semua PBT di negeri ini membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini kerana ia (bazar Ramadan) tidak termasuk dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services),” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama Alias turut menyarankan kepada peniaga bazar Ramadan supaya membuat persediaan berikutan pembatalan itu dengan menimbangkan alternatif jualan lain seperti perniagaan secara dalam talian.


Alias Razak
Beliau berkata, peniaga juga boleh melakukan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk, termasuk makanan, menggunakan platform seperti GrabFood, Foodpanda atau cara lain yang difikirkan sesuai.

“Mengusahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian (online) atau apa saja alternatif lain yang difikirkan sesuai,” katanya.

Beliau berkata, keputusan kerajaan membatalkan aktiviti itu dibuat setelah memperhalusinya dengan cermat dengan mengambil kira kemaslahatan, kesihatan serta nyawa semua pihak.

“Kerajaan negeri juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen tinggi rakyat negeri ini yang berjaya melepasi paras 95% kepatuhan kepada PKP (perintah kawalan pergerakan) yang diisytiharkan oleh kerajaan persekutuan sejak 18 Mac lalu dan berharap komitmen rakyat ini akan berterusan hingga akhir,” katanya.

Alias ketika dihubungi FMT berkata, aktiviti biasa lain ketika bulan Ramadan di negeri itu akan diperincikan dan diputuskan dalam masa terdekat, sama ada ia diteruskan atau sebaliknya.

“Petang nanti kita akan adakan sidang media,” katanya ringkas.

Semalam Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob membayangkan kemungkinan tiada bazar Ramadan di negeri itu pada tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri bagaimanapun belum memutuskan secara muktamad berhubung perkara itu dan akan menelitinya berdasarkan keadaan semasa penularan wabak Covid-19.

Selain Terengganu dan Kelantan, Negeri Sembilan turut mengambil langkah sama dan diumumkan 26 Mac lalu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/terengganu-batal-bazar-ramadan-gesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Terengganu Wujud Bazar Ramadan Online

Covid 19 Terengganu Wujud Bazar Ramadan Online

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 186 hits
KUALA TERENGGANU 30 Mac Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu akan menyediakan satu platform perniagaan online atau secara atas talian kepada peniaga Bazar Ramadan tahun ini Pengerusi Jawatankuasa Sumber Man...
Batal Bazar Ramadan Langkah Terbaik Bendung Covid 19

Batal Bazar Ramadan Langkah Terbaik Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 239 hits
Ia berisiko tinggi memandangkan menjadi lokasi tumpuan ramai orang 03 04 2020KUALA LUMPUR 9 Syaaban 1441H Jumaat Meskipun terbayang terbayang tiada lagi juadah beraneka rasa terhidang di atas meja semasa berbuka puasa namun bagi rata rata m...
Negeri Sembilan Batal Bazar Ramadan

Negeri Sembilan Batal Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 190 hits
Selepas Singapura Negeri Sembilan juga memutuskan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan Memetik Harian Metro keputusan itu diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempo...
Anwar Gesa Jangan Salah Guna Agama Tangani Covid 19

Anwar Gesa Jangan Salah Guna Agama Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 287 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak menggunakan alasan agama kononnya mereka tidak perlu takut kepada virus Covid 19 Menurut beliau kenyataan itu hanya akan memberikan imej negatif kepada Islam seda...
Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu

Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 257 hits
Ramadhan 2020 Tiada Bazar Ramadhan Di Negeri Terengganu Tiada Bazar Ramadhan di Terengganu Berikut kenyataan media tiada Bazar Ramadhan di Negeri Terengganu Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius akan masalah Covid 19 yang sedang melan...
Covid 19 Tiada Bazar Ramadhan Di Terengganu Tahun Ini

Covid 19 Tiada Bazar Ramadhan Di Terengganu Tahun Ini

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 261 hits
Gambar HiasanKUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu hari ini mengambil keputusan membatalkan penganjuran bazar Ramadan di semua kawasan pihak berkuasa tempatan pada tahun ini bagi menangani penularan wabak koronavirus secara total Pembatalan ...
Guna Kain Lampin Ganti Pampers Anak Itu Lebih Jimat Buat Masa Sekarang Kena Cari Alternatif Bijak

Guna Kain Lampin Ganti Pampers Anak Itu Lebih Jimat Buat Masa Sekarang Kena Cari Alternatif Bijak

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 207 hits
Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan rata rata rakyat Malaysia tiada punca pendapatan bagi yang bekerja gaji harian Ramai yang terkesan dan mula berjimat cermat Namun mungkin ada yang kurang bernasib baik Ketika inilah kita ...
Kit Siang Gesa Adakan Sidang Parlimen Kecemasan Atas Talian

Kit Siang Gesa Adakan Sidang Parlimen Kecemasan Atas Talian

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 174 hits
Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa kerajaan Perikatan Nasional supaya meneroka kemungkinan untuk mengadakan sidang parlimen kecemasan secara maya atau atas talian bagi membincangkan cara membendung penularan pabdemik Co...
Kkm Pastikan Crowd Control Di Bazar Ramadan

Kkm Pastikan Crowd Control Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 220 hits
Prosedur pengurusan bazar Ramadan di WP tahun ini akan dipertingkat bagi mengelak orang ramai bersesak di gerai jualan PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan sebarang penganjuran Bazar Ramadan tahun ini mestilah perlu memastika...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist